بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Bermula dari post sentimen yang bertarikh 21 Dec 2018 sehingalah sentimen yang terkini 09 Julai 2019, admin telah membuat huraian sentimen dan trend secara LIVE di Facebook Group DON TRADER dan juga dibuka perbincangan untuk pelabur umum di group Facebook Group Pelabur Saham Bursa Malaysia. Ia adalah sebahagian dari tugasan dan keperihatin kami untuk membantu, memberi bimbingan ilmiah dalam membina masyarakat pelabur yang berilmu pengetahuan.

Alhamdulillah dan terima kasih pada semua warga pelabur yang telah bekerjasama memberikan komen dan pendapat masing-masing.

Mengenalpasti sentimen dan trend adalah sangat penting kerana ia bakal mempengaruhi kebanyakan pengerakan harga saham dalam pasaran. Kebanyakan pergerakan harga saham akan berpandukan kepada setiap signal sentimen(petunjuk sentimen) yang wujud dalam pasaran. Petunjuk sentimen ini adalah suatu keadaan di mana berlakunya suatu perubahan sifat dalam pasaran yang diertikan kepada bermulanya atau berakhirnya sesuatu aliran menaik atau kejatuhan harga.

Kaedah ilmu DT yang terkandung di dalam website dan Seminar ScriptX telah digunapakai bagi mengenalpasti Signal Sentiment. Kemudian ia akan dipastikan dan dinyatakan dengan kepelbagaian kaedah dalam sudut ilmu kerohanian.

Oleh sedemikian jika warga ahli mampu mengkaji. Hampir semua Signal sentimen yang kami beri ialah sebelum pasaran di buka iaitu sebelum pukul 9.00 pagi bahkan ia awal beberapa hari atau beberapa minggu atau beberapa bulan dari peristiwa. Keilmuan ini ada disebut dan dihuraikan dalam website DON TRADER dan dibuat penyusulan penyaksian dan penghuraian secara LIVE di FB DON TRADER dan di panjangkan penyampaiannya di seminar ScriptX DON TRADER.

Berikut, adalah senarai sentimen yang telah diberi untuk warga DT dan juga pelabur umum beserta kedudukan COP, DJIA, NIKKEI, FTSE dan KLCI semasa sentimen dikeluarkan serta sebahagian kaunter saham dari kebanyakan kategori yang sempat ditinjau dari signal sentimen Dec 2018 sehingga Julai 2019

21 Dec 2018 – Pasaran bersedia untuk berlaku momentum kenaikan yang lebih besar & menyeluruh. Pasaran regional dan global bakal rebound dalam skala besar sepertimana ia menurun, begitu juga dengan COP. Rally mampu berterusan sehingga bulan FEB-MAC 2019.
25 Mac 2019 – NIKKEI open gap down. Hari ni wujud perubahan sentimen kembali. Sesuatu yang perlu dipantau dan dikaji. Masih boleh berlaku *Buy On Dip*.
18 Apr 2019 – Arus tekanan jualan semakin berkurang. Frame rally pasaran masih dalam track. Tema dan trend pasaran yang terbentuk dalam sentimen Rally masih belum sempurna.
27 Mei 2019 – Arus tekanan jualan semakin hilang. Lantunan dan penyerapan kejatuhan sedang berlaku secara bergilir.
04 Jun 2019 – Pasaran hari ini wujud 1 signal sentimen yang merujuk kepada perubahan sifat pergerakan kaunter. Tekanan jualan index global/regional dan kebanyakan kaunter semakin ringan. InsyaAllah ia boleh disimpulkan bahawa frame market rally untuk seterusnya telah bermula kembali.
09 Jul 2019 – Sentimen terkini

Indeks bukanlah sentimen tetapi indeks adalah sebahagian dari sentimen. Indeks tidak menjelaskan kedudukan harga saham yang sebenar. Prestasi keseluruhan kaunter lebih di tunjukan pada FSB Emas(dulu dikenali dengan indeks emas) ia mewakili semua kaunter dalam bursa.

Dalam mana-mana situasi dan keadaan sentimen, setiap masa sentiasa ada kaunter yang melawan arus dan menaik. Cari kaunter terpilih pada setiap masa dan cari timing yang tepat. Kaunter begini mampu menjamin modal dan memberi pulangan yang bagus, walaupun sentimen tidak memberansangkan dan namun ia akan lebih menonjol sebaik sahaja sentimen pulih. Boleh telitikan setiap kaunter-kaunter PUS/PUP yang diberi sejak Dec 2018 hingga terkini, ia jelas menunjukkan market menaik walapun pergerakan indeks adalah sebaliknya.

Di sini, kajian susulan kepada sub sector dan pemilihan kaunter perlu difokuskan, dikaji dan dipilih. Kejayaan dalam pemilihan kaunter serta timing yang betul sangat bergantung kepada penguasaan keilmuan, kemahiran yang di terapkan dalam DON TRADER dan kerezekian warga ahli semua di sisi Allah.

Prestasi Kaunter Berdasarkan Sentimen

Kaunter 1st Liner (Berwajaran Berat)
Kaunter 2nd Liner
Kaunter 3nd Liner (Penny)

Pengalaman & Portfolio

Alhamdulillah & Tahniah Buat Semua Warga DON TRADER

llmu itu bermula dari membaca, mendengar, mengulang-ulang, memahami dan dipraktikkan berkali-kali sehingga kita menyaksikan kebenarannya dengan pengalaman kita. Semakin benar ilmu akan jadikan semakin nyata penyaksian, semakin nyata penyaksian maka akan semakin teguh keyakinan.

Pengalaman ini perlu di ulang-ulang sehingga martabat keyakinan itu meninggi ke beberapa darjat.
Dari sini lah kita mampu berada pada satu tahap yang sempurna dari kaedah ilmu dan amal.
Iaitu berpaksikan kepada keyakinan yang benar.

Don Trader

Melaburlah Dalam Ilmu
Dan
Kemudian Melaburlah Dengan Ilmu

Leave a Reply

Or