1 - Saham Biasa (Common Share)

Saham Biasa merupakan saham yang sering  kita lihat di Bursa Malaysia tidak kira sama ada untuk pelaburan jangka masa panjang mahupun pendek. Apabila membeli Saham Biasa, ia bermakna pembeli saham mempunyai pegangan atau bahagian dalam syarikat tersebut. Pemegang Saham Biasa layak menerima Dividen, Right Issue & Bonus Issue  serta diberikan hak mengundi. Jika berlaku pengundian sewaktu Annual General Meeting (AGM), maka di situ dapat dilihat hak mengundi bagi pemegang Saham Biasa.

Kebiasaannya, pemegang Saham Biasa akan memperolehi keuntungan melalui pertumbuhan modal(capital gain). Apa yang dimaksudkan dengan pertumbuhan modal adalah peningkatan/kenaikan harga saham itu. Saham Biasa lebih cenderung menghasilkan pulangan yang lebih tinggi daripada bon korporat. Syarikat yang menawarkan dividen adalah terhad dan kadar dividen pula tidak tetap dan bergantung pada tahap keuntungan syarikat. Namun, sekiranya syarikat menjadi bankrap, pemegang Saham Biasa tidak akan menerima wang sehinggalah pemiutang, pemegang bon dan pemegang saham yang dipilih (preference share) dibayar terlebih dahulu.

2 - Saham Keutamaan (Preference Share)

Saham Keutamaan adalah berbeza dengan saham biasa. Pulangan pelaburannya lebih terjamin. Dalam pemberian dividen, Saham Keutamaan akan menerima agihan dividen terlebih dahulu berbanding saham biasa. Sama ada syarikat untung atau rugi, dividen yang diberikan adalah pada kadar yang tetap namun tinggi berbanding saham biasa. Jika berlaku bankcruptcy atau pembubaran syarikat, modal saham pemegang Saham Keutamaan akan dibayar dahulu daripada saham biasa. Jika saham biasa mempunyai hak mengundi, saham keutamaan pula adalah sebaliknya.

Cara untuk kenal saham jenis Preferred Share ialah terdapat huruf -PA di belakang nama kaunter.
Contoh kaunter OCR-PA, CONNECT-PA & IGBB-PA (rujuk image)

Saham keutamaan (Preference Share) ini asalnya dari Preferred Right yang dikeluarkan oleh syarikat kepada pemegang Saham Biasa (Common Stock). Pelabur boleh memilih sama ada untuk menjual atau menukar dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Sekiranya pelabur subscribe Preferred Right, mereka akan dapat Preferred Share.
Cara untuk kenal Preferred Right ialah terdapat huruf -PR di belakang nama kaunter. Contohnya TATGIAP-PR (rujuk image)

Recent Posts / View All Posts

Jenis-Jenis Saham

| Asas Saham | No Comments
Saham Biasa merupakan saham yang sering  kita lihat di Bursa Malaysia tidak kira sama ada untuk pelaburan jangka masa panjang mahupun pendek. Apabila membeli Saham…

Sesi Dagangan Bursa Malaysia

| Asas Saham | No Comments
Sesi Dagangan terbahagi pada dua (2) sesi, iaitu sesi pagi dan petang.1st Session ( 09.00 AM - 12.30 PM : Sesi Pagi ) 08:30 AM…

Kenali 6 Jenis Kategori Saham dalam Bursa Malaysia

| Asas Saham | No Comments
Seperti yang kita maklum, saham mempunyai dua(2) jenis saham iaitu Saham Kebiasaan(common stock) dan Saham Keutamaan(preference share). Bagi kategori saham pula dipecahkan kepada beberapa kategori:-Saham…

Leave a Reply

Or