Sentimen dan Trend Semasa

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Sentimen Dan Bagaimana Ia Mempengaruhi Pasaran Saham.

 

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera

 

Sepanjang bulan April sehingga Julai, admin telah membuat huraian trend dan sentimen secara LIVE di Facebook.
Alhamdulillah dan terima kasih pada semua warga pelabur yang telah bekerjasama memberikan komen dan pendapat masing-masing.
Sebagai inisiatif untuk memudahkan bacaan dan rujukan ahli pada masa akan datang, admin telah menyenaraikan perkara-perkara penting semoga maklumat ini dapat memberi manfaat pada semua.

Don Trader: ❝Ianya tidak pernah dibuat sejak 4 tahun ini.
Hanya sejak awal 2018, setelah didapati masyarakat pelabur hilang arah dengan desas-desus dan ayat-ayat CRASH.
Dengan kenaifan saya, ia telah memberanikan diri saya yang kerdil ini untuk tampil menghuraikan ilmu dan mentelaah sentimen bagi membantu dan memberi panduan yang berguna sebagai rujukan kajian atau panduan pembelajaran serta dalam hala tuju pelaburan dan strategi warga ahli semua.
Semoga dengan apa yang mampu saya dedahkan dan kongsikan banyak mendapat manfaat dan pedoman bagi warga ahli untuk meneruskan pelaburan dengan lebih berhemah dan berkesan.
InsyaAllah saya akan bantu semua orang untuk berjaya. Hanya terpulang kepada individu sejauh mana mereka menyahut seruan dan memberi ruang untuk diri mereka maju dan berjaya.❞

Signal Sentimen -25 April 2018

Salam dan selamat sejahtera. Sentimen bakal berlaku perubahan sifat mulai hari ini.
Ia merujuk kepada perubahan aliran pergerakan dan terma yang baru bagi pasaran. Sila tinjau semua peluang dari sebarang kejatuhan harga dalam psaran.

26 April 2018 – Frame RALLY ON TRACK.
Sekarang banyak peluang harga murah. Pandangan saya yang fakir. Rally akan jelas dan momentum kenaikan hebat berlaku setelah
1.Penamaan calon-stage pertama
2.Setelah result PRU diumumkan

Perubahan Trend/Patern Sentimen Selepas Perlaksanaan IDSS -2 May 2018

Selepas perlaksanaan IDSS, trend/patern sentiment sedikit berubah.
kalau kita faham ilmu ScriptX dan sudah mampu mentelaah sentiment, frame, trend dan timing sebelum IDSS, maka kita akn faham sejauh mana setelah IDSS wujud ia telah berubah.

Contoh jika sebelum IDSS,
– bilamana index jatuh 20 point, hampir tiada kaunter 2nd liner dan 3rd liner yang mampu menaik sebanyak 10 sen pd 1 hari.
– jika sebelum ni sesuatu kaunter blue chip sekali jatuh dalam kadar 10-30 sen namun selepas IDSS ia mampu jatih 30-50 sen


03 May 2018 – Pasaran bakal berlaku perubahan sifat bermula hari ini. Ia merujuk kepada perubahan terma/trend sentiment yang perlu di pantau dan dikenalpasti haluan seterusnya.

Keputusan PRU & Superbull -10 May 2018


Keputusan PRU sudahpun di ketahui, pasaran akan meneruskan rentak dan trend yang baru seperti pernghuraian yg lepas.
Dalam hemah kami dengan berlakunya pertukaran pucuk pimpinan baru dan dengan keadaan pelantar sentimen yang telah wujud, pasaran bersedia untuk berlaku SUPERBULL* dalam masa tempoh 5 tahun ke depan.

Semoga kita mampu mengenal pasti peluang2 dengan ilmu yang tepat dan mantap, serta mampu meningkatkan kemampuan kita dalam keilmuan dan kemahiran bagi mejayakan strategi pelaburan masing-masing. InsyaAllah

19 May 2018 – Barisan kabinet telah dibentuk dan pasaran insyaAllah akan bakal berlaku momemtum untuk seterusnya. Rujuk signal dan penghuraian yang lepas, insyaAllah.

Signal Sentimen -21 May 2018


Merujuk kepada huraian dan petunjuk-petunjuk yang lepas, market mampu berlaku momentum kenaikan yang lebih jelas minggu ini, sebarang kenaikan hari ini akan bersambung untuk hari-hari seterusnya.
Peluang masih banyak disebabkan harga kebanyakan kaunter masih berada di sekitar lowest. InsyaAllah

Untuk melihat dan meninjau skala pergerakan, kerangka rally dan framenya.
Anda perlu menilai semua sifat-sifat yang ada pada kebanyakan kaunter-kaunter dalam pasaran.
[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]

  1. Kaunter heavyweight. dari sini anda aka mampu menilai kerangka pergerakan index
  2. Kaunter 2nd liner. 1 dan 2, anda akan mampu mngenal pasti aktiviti-aktiviti portfolio equity player dan foreign/local fund
  3. Kaunter 3rd line atau penny stock, di sini anda akan mampu menilai penyertaan dan aktiviti-aktiviti retail dalam pasaran
[/list]

1,2 dan 3 adalah saling berkait. Dalam perkaitan itu akan terbina 1 hukum dan teori untuk mengenal pasti tahap dan frame pergerakan sesuatu sentimen dan terma dalam market.

Ringkasan Keilmuan DON TRADER -21 May 2018

Group telah lama mendedahkan syllabus ilmu DT secara berperingkat kepada perserta.
Baik melalui website, group FB berbayar dan juga seminar.
Pemantapan ilmu dan kefahaman mampu dibina jika anda benar-benar bersungguh mendalami, memantau, mengkaji dan menyaksikan gelagat pasaran dalam tempoh waktu yang cukup.
Untuk memahami semua gelagat dan sifat pasaran keseluruhannya, anda perlulah memahami gelagat dan sifat semua kaunter dan kategorinya dalam pasaran.
Ini adalah secara asas, dan kemudian anda perlu menguasai suatu bentuk kefahaman di mana sifat-sifat yang bakal memperbaharui dari sifat-sifat yang asal yang mampu berubah. Sepeti contoh:-
[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]
  1. Sesuatu kaunter pada tahan kategori harga 0.30 sen kebawah, sifat que dalam max 5-6 angka dan max vol daily dalam 100-1 bil unit telah berubah mejadi que 3-4 angka setelah ia menaik ke kategori harga 0.70-RM1, vol daily juga mengecil.
  2. Trending dan cara pegerakan harga. Sesuatu trend pada kaunter yang sama mampu berubah dari suatu tahap ke suatu tahap. Harga yang bergerak dalam bentuk wave atau gelombang akan berubah bergerak dalam bentuk bertangga.
[/list]

Kelemahan Retailer Yang Menyebabkan Kegagalan dan Kerugian -21 May 2018

Dalam pemerhatian admin dalam pasaran sejak puluhan tahun.
Ada beberapa elemen yang terpenting yang perlu difahami dan dipraktikkan
[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]
  1. Memahami pasaran dan kaunter sifat dengan hakikatnya
  2. Memahami lapisan peserta dengan sifat dan hakikatnya
  3. Memahami diri sendiri dengan sifat dan hakikatnya
[/list]

Kelemahan retailer yang menyebabkan kegagalan dan kerugian :-
[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]

  1. Mereka tidak belajar dari pengalaman diri sendiri dan orang lain
  2. Mereka merasa cukup dengan ilmu yg mereka ada
  3. Merasa ujub dan bangga(riak) tertutup hati dari cahaya ilmu
  4. Sifat diri mereka dihiasai dengan sifat mukjizat-sifat yang mebinasakan. Lalai dalam kehidupan dan jauh dari hakikat-hakikat kebenaran.
[/list]

Kebanyakan perjalanan mereka dalam pasaran, mereka melalui dengan tiada mengambil pelajaran dan iktibar.
Hanya sekadar ikut-ikutan. Pemikiran dan emosi serta tindak tanduk mereka dibentuk oleh gelagat pasaran, terma dan sentimen.
Mereka hanya menghadapi pasaran dengan sangkaan dan anggan-angan.
Kekadangnya ia seiring dan sebaliknya dengan apa yang berlaku dalam pasaran seharian.
Budaya suka berbual-bual kosong, bercerita dengan kejadian-kejadian.
Sibuk dengan bersosial dan jauh dari adab-adab ilmu dan iman yg sepatutnya dituntut oleh syarak apabila berada dalam pasaran(pasar modal)

Kita benar jika mengatakan pengalaman seseorang yang akan mematangkan mereka dalam pasaran, tapi tidak semestinya lamanya mereka terlibat dalam pasaran menjanjikan mereka berpengalaman dan matang.
Pengalaman ilmu dan pembelajaran yang menentukan kematangan yang tulen. Bukan pengalaman selain darinya.

Keadaan petunjuk sentimen yang dihuraikan pada masa lepas kurang menepati walapun asas kepada pembentukan Rally ke depan masih wujud -30 May 2018

[frame style=”simple”][/frame]

24 May 2018 – Tekanan semakin diserap dengan baik, proses flush Out retailer.
Keadaan sekarang menampakkan tekanan jualan semakin ringan tekanan. Selesai proses penyerapan ini, barulah aliran menaik akan jelas semula.

24 May 2018 – Kita sedang meninjau dan menentukan frame sentimen terbentuk dan momentum Super Rally mampu berlaku untuk prospek seterusnya.
Kebiasaan rally yang besar akan berlaku selepas kejatuhan yang besar(berskala skang) begitu jua setiap kejatuhan yang besar didahului dengan kenaikan yang hebat(heavy volume) insyaAllah.

24 May 2018 – Untuk lengkapkan kitaran dan frame ini. InsyaAllah saya akan postkan signal sentimen dan trend(perubahan sifat) untuk yang seterusnya,
minta rujuk posting-posting sentimen dan trend yang lepas bagaimana harga bertindak menaik selepas wujudnya signal sentimen
kebiasaan kita tak faham keseluruhan ilmu, sebelum berlaku kita tak yakin.
Naik dlu baru percaya, naik tinggi baru yakin, lepas beli jatuh semula.

25 May 2018 – Dalam tinjauan kedudukan semasa kebanyakan kaunter, trend/terma dan tahap perubahan yang telah wujud pada masa-masa yang lepas.
Aliran harga kaunter bergerakan berlawanan dan tidak seimbang.
Dalam keadaan beberapa kaunter terus menekan jatuh dan berada di paras-paras terendah, dalam masa yang sama ada kaunter yang telah terbentuk pelantar harga serta berada dalam kesedian untuk berlaku momentum kenaikan sejak post sentiment yang lepas.
Boleh semak/rujuk setiap date posting dan penghuraian di sana
InsyaAllah teruskan meninjau semua peluang yang wujud dari kejatuhan, pada sekitar pasaran/harga kaunter d paras terendah, sememangnya cerita buruk lebih lebih mempengaruhi keadaan.
Sentiment bukan lah index, namun index adalah sebahgian daripada sentiment. Sesuatu yang berlaziman tapi berlainan.

Pasaran telah memulakan trend/terma yang baru seiring dengan
[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]

  1. IDSS yang diperkenalkan
  2. Isu semasa ekonomi negara dan persekitaran, regional dan global.
[/list]

Pasaran berada dalam tahap flush out peserta sebelum perlu berlaku penyerapan dan melantun menaik semula.
Petunjuk-petunjuk yang baru dalam pasaran dalam menetunkan frame sentimen dan terma seterusnya diperlukan. InsyaAllah

Dari sudut sifat harga, KLCI tidak menunjukan gambaran sebenar potensi dan prospek harga keseluruhan saham.
Dengan wujudnya IDSS, julat pergerakan KLCI menjadi lebih drastik.
Dalam kadar biasa market bergerak 5-10 point, namun pada keadaan sekarang index mudah untuk bergerak 20-50 point.

Index IKLC berada diparas 1700-1800, ini bermaksud rujukan sifat harga 10-30.
Julat pergerakan adalah dalam 50-100 point.(dalam frame/wave yg besar) dan 25 point dalam 1-1 wave adalah kebiasaan.
Jika ada isu yg besar seperti keadaan sekarang, baik dalaman dan luar.
Tekanan ini mampu memberi kesan kepada index untuk bergerak dalam keadaan max.
Cuba dapatkan harga tertinggi index KLCI-sila tolak dengan 50, 50, 50, 50
Max kejatuhan dalam correction adalah 200 point, kejatuhan dalam 100 atau dalam 50 point dalam keadaan kitaran dan maksud kejatuhan yang telah lengkap sudah memadai.
Jika index berada dalam pasar support psikologi, maka kebiasaannya paras ini pecah terlebih dahulu untuk melengkapkan kitaran.
Dalam pantauan akan menguji 1700 ke bawah(max) sebelum ia berlaku momentum semula.

Ini adalah untuk index, tidak semestinya index jatuh harga saham keseluruhan jatuh.
Dalam pasaran, peserta retailer tidak membeli index.
Kita perlu fokus kepada prospek kaunter-kaunter terpilih.
Ini kerana, jika kita tidak membeli index ataupun apa-apa kaunter yang berkaitan index(heavy weight kaunter) kita masih tidak mampu untuk membeli semua kaunter dalam pasaran.
Dalam size dan pecahan modal yang wajar, seorang peserta runcit kebiasaannya memegang 1-5 kaunter sahaja.
Maka di sini pastikan anda membuat pemilihan kaunter yang tepat dengan strategi pecahan modal dan peruntukan cash.

Apa yang perlu kita kaji adalah prospek dan sifat kaunter itu sendiri.
Di mana dalam keadaan di atas harga sesuatu saham mampu menaik walapun index KLCI berada dalam keadaan jatuh(merah)
Sebelum ini kita membuat forcast yang COP mampu bergerak ke paras .74, dan seterusnya ke USD82.
Bagi kerangka momentum, untuk mencapai USD82, COP perlu berada dalam lingkunan USD60-70 dalam beberapa waktu.
Sementara semua isu2(faktor2) kejatuhan sekarang berubah dan meberi petunjuk yang jelas untuk memangkinkan harga semula.

Haluan kejatuhan pasaran sekarang pada akhirnya akan membentuk suatu frame/kerangka rally yang lebih besar.
Semakin besar kejatuhan yang berlaku, maka prospek kenaikan dan peluang ke depan semakin besar.
Seperti itu juga yang bakal berlaku bila setiap kali berlakunya kenaikan besar dalam pasaran.

*Fokus setiap peluang yang wujud dari setiap kejatuhan seperti mana perlunya berhati2 dengan semua risko semasa pasaran mencanak menaik.*

Kedudukan COP Terkini

Untuk petunjuk-petunjuk baru dalam pasaran, insyaAllah kami akan bantu untuk meneruskan huraian-huraian. Kritikan, perbezaan pendapat dan sebagainya amat dialukan. Yang paling penting semua ahli berbincang dan hidupkan budaya ilmu.

Signal Sentimen -18 June 2018

Rujuk Chart berikut untuk melihat kedudukan COP, DJIA, FTSE, NIKKEI dan KLCI pada 18 Jun 2018.

Pada 18 Jun 2018, admin telah buat buka semula post sentimen untuk perbincangan secara LIVE bersama-sama dengan ahli serta warga pelabur di Facebook Group PBSM

Klik SINI untuk bacaan terus ke facebook.

Signal sentimen adalah merujuk kepada perubahan sifat dalam pasaran.
Dalam keadaan sekarang istilah *Buy On Dip* bermaksud *beli semasa harga jatuh*.
Ia akan merujuk bahawa sebarang kejatuhan yang berlaku pada hari ini adalah kejatuhan yang terakhir bagi kebanyakan kaunter sebelum ia menaik kembali.
Ia adalah peluang yang besar bagi peserta yang mampu memahami ilmu untuk bertindak awal dan menjadi penyaksian kepada warga ahli tentang kaedah ilmu yang ingin disampaikan dan dikongsikan.

Sentimen dan Trend adalah perkara yang paling terpenting untuk difahami dan dihadam.
Banyak perkara yang kita tak akan mampu telaah hanya dengan sekadar sumber berita dan fakta, ini kerana harga akan sentiasa bertindak jauh lebih awal dari berita dan fakta.

Kedudukan signal sentimen pada setiap aliran pergerakan harga secara umum, lebih kepada pembentukan kerangka harga,
keadaan sentimen dan trend secara keseluruhannya.
Tempoh sesuatu signal sentimen(perubahan sifat) mampu dipastikan adalah dalam masa 4 hari-iaitu 2 hari sebelum dan selepas wujudnya signal sentimen.
Pada sekitar ini, pasaran dan keadaan sifat saham dan pasaran perlu dikaji dan disimpulakan secara keseluruhan.
Untuk pemahaman lanjut. Sila rujuk posting bab sentimen dan trend di FB atau website.

Strategi Pelaburan Saham -19 Jun 2018

Seterusnya kita perlu fokus pada strategi pelaburan bagi menyesuaikan dengan sebarang keadaan pasaran, risiko dan peluang.
Ada 2 kaedah besar yang perlu kita faham dan pastikan dalam strategi kita.
1.Konsep melabur
2.Konsep trading

Konsep melabur dan trading walaupun ia memerlukan keberkesanan ilmu dan skill yang sama, namun berlainan.
Bagi mengawal risk/reward, konsep trading lebih memerlukan fokus dan ketepatan dalam membuat keputusan dalam mencari entry dan timing pergerakan kaunter.
Jika strategi di sini gagal, maka setiap urusniaga yang kita buat akan berakhir dengan konsep melabur iaitu terpaksa pegang atau CUT LOSS.

Berikut adalah langkah untuk memastikan keadaan kita terjamin dengan pulangan atau keselamatan modal : –
1. Jangan beli harga kaunter yang terlalu menaik tinggi
2. Kawal pecahan modal dengan baik dalam startegi
3. Sentiasa mengawal peruntukan cash dalam kemampuan pelaburan dan trading anda

Kita totally gagal dalam pasaran, jika kita tak mampu kenal pasti prospek kaunter-kaunter yang mampu menaik tinggi,
walaupun setelah kita beli, market jatuh, harga menjunam, tapi pada akhirnya ia menaik grand semula.

Jika kita mampu kenalpasti disini, kita akan faham bahawa kesilapan kita
1. Sebagai predictor(pengamal pasaran dan kaunter) – perlu ilmu dan kemahiran yang tinggi, fokus serta ada risk dan reward yang tinggi
2. Sebagai follower – hanya perlu kenal pasti keadaan sentimen dan trend pasaran – ikut sahaja walapun ia sedikit terlewat,
selagi sesuatu aliran masih tidak sampai kepada tahap kemuncak.

Jika kita mampu kenal pasti prospek sentimen, trend, dan kaunter. Jika setelah kita beli dengan pecahan modal, peruntukan cash yang tepat dan strategi yang berhemah.
Maka kesudahannya insyaAllah terkawal.
Sentimen ada baik dan buruk, harga akan selalu berlaku naik dan turun.
Untung dan rugi adalah perkara lumrah dalam pelaburan dan trading.
Yang paling penting ialah bagaimana kita menguruskannya bagi memperoleh :-
1.Keselamatan Modal
2.Keuntungan dari Modal
3.Keuntungan yang tepat dan luar biasa

1,2 dan 3 ini akan banyak mempengaruhi pora pemikiran dan aktiviti pelaburan dan trading kita seharian.

Sebagai contoh, peserta yang utamakan no 1.
Mereka tidak membeli banyak dan melaburkan semua modal, tidak agresif dan tidak membuat keputusan melainkan setelah mereka memahami danyakin dengan sesuatu perkara dan keputusan.

Peserta no 2 hanya bakal wujud setelah mereka disiplin perkara no 2. dan peserta no 3 perlu menguasai no 1 dan 2.

Kebanyakan dari pserta-peserta, jika kita asyik hanya ingin melabur dan trading tanpa perbaiki ilmu dan skill.
Jika sentimen bagus, kita mudah dapat untung dan lupa.
Setelah market menguji dan berlaku correnction atau jatuh, apa-apa keputusan yang kita yakini benar dan tepat sebelum ini akan jadi salah dan merugikan.
Pola pemikiran dan kreativiti kita akan jadi terbatas dan hanya mampu fokuskan bagaimna hendak recover dan kembalikan modal atau kurangkan kerugian.(tiada dalam list di atas) di sini realiti dan hakikat kebanyakan orang dalam pasaran.

Sifat Berita -19 Jun 2018

Sifat Berita. Sila kaji semua keadaan apabila harga berapa diparas terendah, pasaran akan dibayangi oleh cerita-cerita buruk. Cari ending setiap cerita yang dikeluarkan.
Top 5 Things To Know In The Market On Tuesday
Malaysia could extend tax breaks for key foreign investors — Dr Mahathir

Kaji pergerakan harga berdasarkan sifat berita
1. Harga vs Khabar angin
2. Harga vs Fakta

Contoh : [list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]

  1. Harga spike bersama volume kerana jangkaan atau kabar angin, setelah jangkaan atau khabar angin atau rancangan/plan biz tidak berlaku-masa kenaikan itulah harga tertinggi.
  2. Harga panic selling/sell off semasa khabar angin, cerita atau jangkaan. Bilamana sampai masa ia tidak berlaku, maka masa sell off itu lah harga yang paling terendah.
[/list]

Seperti contoh di atas, cerita-cerita buruk melibatkan beberapa key/faktor yang mampu mempengaruhi COP, ekuiti dan ekonomi secara amnya.

Contoh :
COP jatuh dengan kebimbangan meeting OPEC dan Non OPEC untuk tambah pengeluaran.
Deadline meeting minggu ini pada Khamis dan Jumaat – harga mampu jatuh untuk sampai ke hari tersebut dan peserta cut loss dan setelah sampai kepada peristiwa, sama ada ia berlaku :[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]

  1. Jangkaan berlaku- supply increase – dan harga berhenti jatuh- (harga bertindak lebih awal dari fakta-) bila fakta wujud maka aliran pergerakan harga selesai
  2. Tidak berlaku seperti jangkaan – Sebaik peserta cut loss, harga menaik kembali.
[/list]

Kesimpulan [list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]

  1. Kita ada agenda dan strategi. Market juga ada agenda dan strategi dan agenda market lah yang selalu menang
  2. Sesuatu pada market selalunya tidak berlaku seperti yang peserta harapkan dan takutkan. Ia sentiasa berlaku dengan keperluan dan sifat pasaran sendiri
  3. Harga bergerak lebih awal dari fakta
[/list]

Kedudukan semasa COP, FTSE dan lain-lain -19 Jun 2018

Secara keseluruhan, berpandukan benchmark di atas.
1. COP hanya jatuh sekadar rendah dan tidak pecah harga terendah yang baru
2. FTSE jatuh terendah dan kemudian rebound kembali.
3. Regional index rata-rata dibuka dengan tekanan jatuh antara 2-5%

Index tidak menggambarkan cerita dan keadaan sebenar pasaran. Tahap dan kadar cerita buruk dalam pasaran juga berlegar dalam isu yang sama sebelum ini.
1. trade war
2. europe/itali isu
3. opec meeting- increase supply
4. dalaman politik Malaysia dengan isu hutang

Dari keadaan di atas dan dari pengalaman-pengalaman ilmu yang lepas.
Dapat disimpulkan bahawa, kejatuhan adalah bersifat sementara.
Apabila kebanyakan pegerakan harga saham sudah berlaku kekenyalan.(mulai berlawanan arus) dengan index dan pesekitaran cerita buruk, aliran dan momentum menaik bakal berlaku bila-bila masa sahaja.

Pergerakan Pasaran Mode Bergiliran -19 Jun 2018

Bagi penarifan rating tentang signal sentimen yang wujud, kami dapati ia telah tersasar dari liputan asal, iaitu pergerakan yang lebih menyeluruh. Pergerakan Pasaran masih lebih bersifat Mode Bergiliran. Di mana hanya kaunter-kaunter terpilih masih meneruskan agenda kenaikan mereka masing-masing.

Kebiasaan di dalam market, barisan kaunter yang menaik di awal setiap Rally akan bergerak menaik secara diam tanpa wujud kecairan yang tinggi(liquidity) ia seiring dengan minat belian dan fokus peserta( merujuk kepada di luar radar para peserta) sebab itu pada setiap RALLY besar pada kaunter atau atau sub sector. Kebanyakan kita hanya mampu faham dan yakin sesuatu harga sudah menaik dalam waktu yang agak lewat, iaitu setelah harga bergerak 30-50% dari rekod harga terendah.
[message type=”warning”]Soalan : Ada contoh kaunter tak tuan seperti penerangan di atas?[/message] Kena kaji dan follow semua kaunter, baru kita listkan kaunter mana yang sedang menaik tanpa berada dalam radar peserta secara umum. Kebiasaan peserta suka fokus pada kaunter yang jelas menaik dengan banyak bersmaa volume bukan yang jenis menaik tanpa volume. Contohnya Handal
[frame style=”simple”][/frame]

Dalam bab ini, kita boleh listkan kaunter tersebut dalam beberapa tahap :-[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]

  1. Kenaikan berterusan dgn mid low volume(tanpa seiring dgn sentiment dan index)
  2. Kenaikan dalam up trend tp lebih kepada side way
  3. Kaunter yang harga terus kekal side way, jika ia jatuh, ia tidak pecah kepada sifat harga sesuatu masa
[/list] [message type=”warning”]Soalan : Contoh kaunter SAPNRG, bagaimana nak kaji? Volume volatile sejak 2 bulan dan seolah-olah ramai campur tangan dan sukar nak buat prediction[/message] SAPRNG dalam keadaan dan tahapnya.
Tahap volume sekarang merujuk kepada kecairan/liquidity yang tak pernah berlaku pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Secara asasnya sila fahamkan bahawa tahap volume sesuatu kaunter berdasarkan total of share.
Berbeza jumlah total of share dan float dalam pasaran, menentukan jumlah volume trading seharian.


Keadaan SAPNRG sekarang telah menyaksikan volume harian yang tinggi sejak ia jatuh ke paras RM1 ke bawah(perubahan kategori harga) menentukan perubahan tahap volume[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]

  1. kemudian liquidity terus berlaku setelah ia jatuh ke paras terendah dan rebound besar. (pembentukan psikiologi)
  2. kemudian dengan improvement key develplemnt, recovery biz, dengan project award yang baru
  3. perubahan dan improvement COP.
[/list]

Huraian Sifat Que -21 Jun 2018

Bismillah.
Kita akan cuba kupas secara lebih terperinci melalui sifat-sifat pasaran.
Sifat Que ia melibatkan semua instrument yang mempunyai kaunter que. Index tiada que, kita fokuskan kepada equity(saham)- keberadaan que pada equity merujuk kepada supply dan demand.
Demand dan supply akan merujuk kepada kekuatan dan dorong faktor yang menentukan prospek atau risk.
Dalam sudut ini ada sesuatu kelemahan dan berselindung di mana fake que mampu wujud dan menjadikan apa yang kita nilai dari kefahaman di atas berubah arah- Point untuk di sini adalah mengenal pasti tahap dan haluan kepada activity pengumpulan dan pelepasan.

Seperti yang kita faham, kenaikan saham didahului oleh pengumpulan dan kejatuhan didahului dengan pelepasan.
Jika kita mampu mengesan awal, maka setiap dari akibat(reaksi) market (menaik atau jatuh) ia merujuk kepada pengumpulan atau pelepasan yang lepas.
Contoh seperti sekarang harga saham telah jatuh dari paras tertinggi,
maka pelepasan itu sudah berlaku pada masa yang lepas, berbulan-bulan lamanya.
Pelepasan selalunya berlaku :-
[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]

  1. Pada masa peserta yakin dan dalam trend sideway (di sekitar harga higHest setelah harga saham menaik tinggi dari paras terendah
  2. Pada tahap pertengahan, dikesan perubahan volume yang mendadak-sifat volume
  3. Pada peringkat lowest, untuk jatuh ke sifat harga seterusnya.
[/list]

Pemahaman que pada harga saham(kaunter) membolehkan anda faham tentang index,
kerana index digerakkan oleh kaunter-kaunter saham dalam list kategorinya( ada sejumlah 100 kaunter ).

Sifat que ini bertahap. Kedudukan que berkadaran sentimen dan trend semasa.
Berlainan kaunter dan kategori berlainan quenya.
Berlainan struktur securities(contoh seperti total of share) merujuk kepada sifat que berlainan.
Jika anda biasa dengan memerhatikan que dan perubahan-perubahannya dalam semua kaunter.
Anda pasti akan mampu mengelaskan bagaimana keadaan que sesuatu kaunter pada tahap :-
[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]

  1. Sentimen sangat baik dan bakal jatuh
  2. Jatuh dan masih belum sempurna kejatuhan
  3. Jatuh dan sudah capai di tahap terendah.
[/list]

Kita beralih kepada queueing semasa bagi kaunter index link, 2nd line dan penny stock.
Keadaan kejatuhan yang lowest pada sesuatu arus/sentimen dirujuk oleh sifat que seperti di bawah : –
[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]

  1. Berlaku panic selling sehingga que menjadi berjarak dan mengecil. Tiada lagi minat belian dalam kebanyakan kaunter, sehingganya panic selling berleluasa. Supply yang berada dalam term FS, Margin dan semua praktis terpaksa jual dan cut loss, dan seterusya diikuti oleh peserta-peserta yang lemah.
  2. Tempoh keadaan begini berlaku sekurangnya dalam 1 seisi harian(1 hari ada 4 seisi frame masa)
[/list]

Ini adalah keadaan sifat que dalam keadaan kemuncak terendah sentimen(jatuh) sebelum momentum buying/bargain hunting terbentuk dan market kembali berlaku momentum Rally.

Keadaan selepas panic dan kehilangan que, selepas momentum pertama.
Wave pada que ini akan berulang beberapa kali sehinggakan market dianggap lemau dan tak bermaya.
Selain dari supply yang makin berkurang kerana FS/panic selling.
Transaksi akan menjadi pelahan. Que2 berada dalam keadaan terbatas.
Tempoh ini mampu kekal dalam masa sehingga 1-3 bulan 1-6 bulan, mid atau 1 tahun.

Dengan pelaksanaan IDSS dan kedudukan praktis yang telah banyak berubah dan dibangunkan oleh pihak industri.
Seperti pengecilan lot 1000 – kepada 100 /lot.
Kecairan telah mengubah landskap que.
Pasaran tidak akan berada pada tahap kekurangan que, di mana supply dan demand terlalu lama melebih 3 bulan ke atas( ini yang saya huraikan bahwa IDSS telah mengubah banyak bentuk dan kedudukn pada trend dan margin pergerakan harga.

Huraian Sifat Harga -21 Jun 2018

Sifat Harga adalah bagi mengesan range pegerakan, kadar perubahan.
Dari sifat harga ini kita akan mejangkau sejauh mana kerangka harga sesuatu saham terbentuk sama ada dalam aliran jatuh atau menaik.
[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]
  1. Kategori harga saham dari kategori yang berbeza akan mencorakkan trend yang berbeza untuk membentuk sentimen semasa.
  2. Sifat harga pada index berlainan skala berbading dengan harga saham di sebabkan angka yang besar/bundaran.
  3. Index dibentuk dari kerangka peRgerakan saham dan kerangka harga bergerakan dari sifat harga saham itu sendiri.
[/list]

Kesimpulan : Seperti huraian lepas, IDSS telah merubah landskap sifat harga iaitu julat pergerakan sesuatu saham(kebanyakan kaunter yang dibenarkan IDSS adalah kaunter heavyweight-link index- sila check dan detailkn) keadaan ini yang mejadikan harga bergerak lebih drastik dengan high volume.
Contoh, kejatuhan 25 sen untuk kaunter tenaga mampu berubah mejadi kebiasaan untuk jatuh ke sifat harga 0.25-0.50 sen untuk 1 wave.
-hubung kait sifat harga saham dengan index.

Dalam pemahaman di atas, semestinya pergerakan kaunter yang terlibat dengan IDSS akan banyak mempengaruhi Index KLCI.
Index yang kebiasaannya bergerak dalam range 10 point (jatuh atau naik) akan mudah untuk bergerak dalam range 30-50 point.
Sebab itu sering kali kita mengulas bahawa kedudukan index klci tidak lagi atau semakin tidak merujuk kepada keadaan sentimen pasaran semasa.

Jika anda ingin melihat kerangka harga, kedudukan sentimen yang sebenar dari sudut ini.
Sila rujuk index FSB Emas. Sebelum infarstruktur index dibangunkan, market Malasyia ada 2 rujukan index yang utama iaitu index komposit KlCI sekarang) dan index emas.
Index komposit mewakili sebilangan kaunter, hampir sama dengan benchmark KLCI yang ada sekarang dan index EMAS mewakili keseluruhannya kaunter dalam pasaran.

Tahap pergerakan sifat harga berkadaran tahap sentimen
[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]

  1. Sentimen kemuncak – Sifat harga rally dirujuk dari harga pelantar/sekitar terendah
  2. Sentimen pertengahan – Sifat harga biasa
  3. Sentimen terendah(buruk) – Sifat harga rally- reverse dari harga tertinggi.
[/list]

Kesimpulan kedudukan semasa index global, regional, COP dan penujuk aras yang lain.
DJIA, FTSE, NIKKEI225 masing-masing telah jatuh ke paras sifat harga yang sepatunya untuk rebound kembali.
Untuk rebound sama ada secara short, mid, long term(bentuk rally semula, perlu dinilaikan dari keadaan semasa.

INFO SIFAT HARGA COP
[message type=”info”]Info : Kedudukn sifat harga COP juga dalam sekitar sifatnya iaitu USD 62-65.
Momentum dan TP untuk benchmark di atas akan dikaji dan dinilaikan semula setelah berlaku momentum atau lantunan( perlu dinilai dalam sifat volume dan sudut-sudut yang lain.[/message]

Signal Sentimen - 22 Jun 2018 07:43AM

Alhamdulillah, hari ini telah dikesan wujudnya 1 signal sentimen yang merujuk akan bermula berlakunya perubahan sifat dalam pasaran global, regional dan Malaysia.
InsyaAllah ia akan makin menguatkan prospek sentimen di masa depan yang telah dihuraikan sebelum ini dan mampu menjelaskan bahawa arus kejatuhan bakal berakhir dan disusuli dengan momentum kenaikan.

Sila tinjau semua peluang disebalik kejatuhan dan pilih kaunter dengan tepat. InsyaAllah

18:05 Seperti posting Signal sentiment terbaru di atas. Ia di huraikan bahawa, kejatuhan yang berakhir untuk semua index global dan regional termasuk Malaysia.
Jadi perlu update semuanya di bawah ini, Keilmuan kaedah DON TRADER bukan hanya terbatas pada kaunter Penny atau warrant.
Ia mampu untuk mengjangkau prospek kaunter dalam kategori yang lain termasuk heavy weight.
COP, juga mampu melampaui market oversea (regional dan Global).

Rujuk Chat di bawah :-

Index VS Sentimen- 22 Jun 2018

Kalau kaji dan kenal pasti prospek kaunter-kaunter yang menyumbangkan naik turun index, kita akan lebih faham dan mendahului index, tapi kita tak beli index. Index bukan lah sentimen, ia sebahagian dari sentimen dan sentimen banyak mempengaruhi naik turun dan prospek harga-harga saham.

Dalam permulaan pelantar harga terbentuk dan signal sentimen yang wujud. Yang pertama sekali yang perlu berlaku adalah lantunan harga bersama volume – ia akan bakal menyumbang kepada turnover pasaran secara daily
Kedudukan dan tahap lantunan kekuatan akan berlaku mengikut sejauh mana prospek RALLY yang bakal wujud di hadapan.
Tempoh momentum lantunan bergantung sejauh mana panic selling/tekanan jualan dan kadar penyerapan/kejayaan pada masa kejatuhan.
Dalam sudut penilaian pasaran sekarang, lantunan harga perlu berlaku secara beterusan sehingga 5 hari (average) penyerapan tekanan jualan perlu berterusan sehingga semua halangan-halangan kepada supply mejadi normal kembali-kesan dari tekanan kejatuhan harga, Force Selling dan sebagainya.
Tempoh secara short term adalah 1-21 hari, mid-term 21-41 hari & long term. 1-3 atau 6 bulan.

Pembentukan trend dalam sentimen. Di sini market akan mula dengan kenaikan barisan-barisan kaunter yang telah bersedia menaik/sempurna kitaran. Isu-isu semasa dan pemulihan perlu dikaji, pengkajian sub sector dan pemilihan kaunter yang tepat perlu bagi memastikan kita dapat peluang dari kaunter yang paling kedepan dan lumayan kenaikannya.

Kalau silap kaji tema, pilih kaunter, margin gain/forecast kita akan terbantut, atau kaunter yang kita pilih tidak menaik/naik banyak walapun index/ sentimen mencanak menaik- Setiap kaunter ada perjalanan dan tahap mereka sendiri.

Superbull - 22 Jun 2018

InsyaAllah seperti huraian sebelum ini SUPERBULL akan datang – masa dan peluang yang sangat terbaik dalam sejarah 10 tahun. Kepada para sahabat dan rakan2 sekelian diminta fokus dan atur strategi pelaburan/trading masing-masing.
Asalkan kita ada modal atau ada kesungguhan.
Pasti akan ada jalan untuk kita improve, recover dan membina modal kembali.
Frame baru bermula, masih banyak ruang dan peluang.
Berlajar kuasai ilmu, dan barulah melabur/trading dengan keyakinan ilmu. InsyaAllah,Kami di grup kami akan sentiasa membantu

Kaunter TENAGA dan TM - 22 Jun 2018

Kedua-dua PUP dan PUS telah diberikan untuk kaunter TENAGA dan TM pada tarikh 22 Jun 2018.
Rujuk chart berikut untuk melihat result.

 

Panduan Urusniaga Singkat – PUS T+8

 

TM – UNTUNG(ROI) 13.29% dalam tempoh T+8
TENAGA – UNTUNG(ROI) 9.45% dalam tempoh T+8

 

Panduan Urusniaga Pegang – PUP

 

Benchmark Terakhir - 25 Jun 2018


Benchmark terakhir yang ditunggu-tunggu sejak Posting sentimen.
1. Index KLCI sudah pecah 1700 ke bawah
2. Full Kabinet bakal selesai (TheEdgeMarkets : Cabinet list finalised, says PM )
3. Beberapa benchmark- tiada sebegitu penting dan perlu setakat ni(contoh. Penarifan /rating dari agency)

InsyaAllah. Kepada newbie peluang. Belian semasa market jatuh kebiasaannya pada akhirnya sangat memuntungkan.
Kami di sini pelabur/trader tegar. Selalu masuk keluar market.
Kebanyakan kaunter portfolio yang lekat sekarang adalah belian semasa market meroket tinggi pada masa yang lepas(result lekat pada masa sekarang)

Isu Market Crash- 26 Jun 2018

MURAD maksud yang dikehendaki dari kedudukan DJIA dan FTSE adalah benchmark kepada isu trade war(yang menyebabkan ia jatuh) di mana ia terkawal. Ketakutan yang melanda masyarakat pelabur sekarang adalah isu CRASH – jadi point di fokuskan di sini, bagaimana crash berlaku atau tidak berlaku.
Jika ia berlaku bagaimana market global dan regional jatuh serta index, cfd, komoditi semua. Jika ia tidak berlaku bagaimana sepatutnya market beraksi?
[message type=”warning”]Soalan : Jadi selamat disimpulkan dari market global dan regional sekarang tidak mengambarkan crash yang sebenarnya?[/message] Dalam ketelusan seseorang dalam menyampaikan info dan ilmu, mereka akan mengatakan perkara yang mereka ketahui dan lalui.
Mengetahui tapi tidak melallui tidak sama pengalamannya dengan orang yang tahu dan mengalaminya.
Mereka yang selalu berkata dan mengeluarkan perkataan *crash* pasti pernah mengetahui dan mengalaminya.


Jika Crash, ia adalah dari sesuatu point issue yang tidak boleh tidak berlaku.
Sebagai 1 malapetaka ekonomi. Dari fakta yang diyakini ini, supply lebih banyak dari demand.
Semua orang berebut hendak menjual.
Pasaran akan jatuh mejunam berterusan tanpa memberi perluang kepada peserta.
Dari sifat harga, hanya tidak bergerakan dengan sifat harga yang betul, wave-wave rebound sangat terbatas untuk activity everaging dan harga bergerak dalam keadaan yang sangat drastik.

Seperti kesimpulan dan penghuraian sejak berminggu-minggu.
Kita telah jelaskan kosnep pengumpulan dan pelepasan saham sebelum berlakunya kenaikan dan kejatuhan.
Size kenaikan rally atau crash ditentukan dari sini.
Trend pelepasan dan pengumpulan, tahap dan tempohnya memainkan peranan untuk menentukan tahap dan kekuatan/tempoh rally/correction/crash ke depan.
Tanpa ada pelepasan yang besar-besaran semasa market menaik(maksudnya perlu ada big rally terlebih dahulu) sebelum market boleh berlaku Crash.

[message type=”warning”]Soalan : Jadi bagaimana dengan kedudukan Foreign Net Selling yang berjuta selepas PRU. Ia bukan pelepasan?[/message] Kalau fikir straigtht. Tak pandai langsung foreign fund, Cut loss kemudian market pun naik.

1. Adakah mereka jual semua pegangan mereka atau mereka ada strategi lain?
2. Adakah penjualan mereka kepada sesama mereka yang mana tidak didaftar atas pihak yang sama.

Macam case kita baca, local fund jual sana sini. Kekadang mereka dispose kepada sesama local fund sahaja.
PNB jual pada KWSP. Sampai masa KWSP beli semula.

Ilmu VS Modal - 26 Jun 2018

Modal terbesar kita dalam pasaran adalah Ilmu pengetahuan.
Modal duit yang kita ada adalah isu seterusnya. Dengan ilmu kita mampu urus dan jadikan modal bertambah.
Duit tanpa ilmu berisiko untuk jadi makin sedikit atau hilang terus.

Perjalanan ini mengambil masa, kerana ia sejumlah pengalaman yang terdiri dari bacaan, pendengaran, hafalan, ingatan, kefahaman dan penyaksian pada diri, orang lain dan dari market sendiri.
Apabila kita mampu menyaksikan apa yang kita faham seiring dengan hakikat-hakikat yang berlaku pada pasaran, pintu hati dan keyakinan barulah terbuka, dari sana jika ia diteruskan, Nur Yakin itu semakin terang dari masa ke semasa dengan penyaksian-penyaksian yang kita lalui dan alami(musyahadah).

Dewan Rakyat: First post-GE14 sitting draws focus - 14 Julai 2018

[frame style=”simple”][/frame] 02 Julai 2018 – Senarai Penuh Kabinet Malaysia 2018-Berita
14 Julai 2018 – Dewan Rakyat: First post-GE14 sitting draws focus-Berita
16 July 2018 – Complete sepenuhnya esok. InsyaAllah kita akan saksi lantunan kenaikan yang luar biasa berlaku dalam pasaran. Crash tidak ada sama sekali.
Yang ada hanya krisis keyakinan dalam diri kita. Dari sudut ilmu dan akhlak

Ilmu Itu Dicari, Bukan Mencari - 19 Julai 2018

Ia bermaksud adab dalam ilmu.
Adab(akhlak) ini lebih tinggi kedudukannya dari ilmu, kerana dengan adab/akhlak inilah syarat hakikat ilmu(kebenaran ilmu) masuk ke dalam hati.
Di mana usaha seorang pelajar dalam menuntut ilmu. Bermula mencari kebenaran ilmu.
Kemudian mencari guru dan mencari masa guru.
Bukan menunggu guru mencari pelajar dan mencari masa pelajar.
Keseluruhan bab adab pengajar dan pelajar ini adalah sebagai tuntutan kepada haq ilmu itu sendiri.
Telah dihuraikan sebelum ini dalam beberapa post.
[message type=”warning”]Soalan : Tuan macam mana dikatakan mencari kebenaran ilmu kemudian baru mencari guru?[/message] Setiap ilmu perlu ada burhan(penyaksian) dan dalil – tidak ditakrifkan ilmu selagi apa yang dibicarakan tidak berlaku pada hakikat kenyataan. Kebenaran ilmu itu terdiri dari
1. Benar dari sudut hakikatnya(waqi’- diri ilmu itu sendiri)
2. Benar dari ilmunya.
2. Benar dari perkataannya.
3. Benar dari perbuatannya(tindakan dan kenyataan yang berlaku )

Ini lah keadaan benar dalam kebenarannya.
Ilmu dilihat dengan mata hati sedangkan peristiwa dilihat dengan mata kepala.
Carilah ilmu, insyaAllah ilmu akan menjaga dan mengawal kita.

Chart COP, DJIA, FTSE, NIKKEI setiap Signal sentimen - 23 Julai 2018

Carta-carta harga kaunter yang menaik sejak setiap Signal sentimen di postkan.
Di sini kita akan melihat banyak penyaksian ilmu baik benar atau tidak.
Dalam pasaran, selagi kita tak mampu menyaksikan sendiri kebenaran ilmu dalam tindakan dan pengalaman (tindakan ) kita.
Selagi itu kita akan sentiasa dibayangi keliru dan ragu. Keyakinan kita takkan mampu menetap.
Kedudukan kita sentiasa berubah-ubah seiring dengan perubahan keadaan pasaran.

Rujuk tarikh berwarna biru pada setiap chart berikut:-

Soalan-Soalan Dari Peserta Serta Maklumat Yang Berkaitan

[divider_top]

Bila COP memecut, orang akan berkejar ke kaunter O&G. Betul ke apa yg saya nampak? - 27 April 2018

COP vs ONG kaunter. Market ada keperluan dan kehendaknya sendiri dari sifat-sifatnya.
Kebiasaannya, secara asas market akan sentiasa bergerak dalam keadaan di luar kesediaan dan keyakinan pesertanya.

Dalam bab di atas. Tiada semestinya :- [list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]

  1. COP menaik, kaunter OnG menaik
  2. Global dan regional menaik, dan market Malysia menaik
  3. Index KLCI menaik, harga menaik
[/list]

Harga akan menaik/jatuh apabila kebanyakan peserta tiada bersedia dengannya.
Setelah perubahan demi perubahan dalm pasaran telah membentuk pemikiran, pemahaman dan emosi peserta.
Kebiasaanya market akan bertindak sebaliknya.

Kita pernah meliht bagaiman pada post sentimen yg lepas.
Setelah COP menaik. Kaunter OnG tidak menaik bahkan terus jatuh dan sebaik COP jatuh baru lah kaunter OnG menaik.

Bab di atas dalam bab trend/terma dalam setiap sentiment RALLY.
Perlukan penghuraian dan penyaksian-penyaksian yang lama agar pengalaman ilmu ini benar menyifati diri kita.
Dan pada akhirnya kita akan sentiasa bertindak sejajar dengan kehendak market.
Bukan berdasarkan dengan kehendak diri kita.

Adakah pengumuman perdana menteri berkenaan hutang negara Dan kutipan GST 0% menyebabkan Pelabur asing keluar? - 24 May 2018

Untuk membuat penilaian yang tepat perlu menjangkaui kebenaran sesuatu fakta.
Kena halusi ilmu dan membuat kputusan dari ilmu bukan dari anggapan atau andaian2 di atas cerita2.
Jika penilaian kita berdasarkan cerita, dan cerita pula berubah-ubah, maka penilaian dan ketetapan hati kita juga akan berubah-ubah.
[message type=”warning”]Soalan : Maksudnya tiada kaitan lah ye?[/message] Ada berkait. Tapi report biasanya perkara yang sudah lepas. Harga bertindak 6 kali lebih awal dari harga.
Kalau foreign fund nak masuk market dan beli. Mereka tak bagitau kita dulu. Ambil masa baru kita tahu. Seolah-olah jika kita menilai dari news tindakan kita sedikit kebelakang.

Dalam kaedah DON TRADER, kita menekankan pemahaman sifat kaunter dan pasaran. Dari sana kita mampu mngenal pasti gelagat semua lapisan peserta pasaran tanpa perlu merujuk kepada cerita-cerita, penyaksian dari sifat-sifat itu sudah jelas merujuk kepada sebab dan akibat dari kegiatan-kegiatan peserta di dalamnya. InsyaAllah
Andai kata ia tersasar dari pantauan dan penilaian asal, insyaAllah ia tak begitu jauh dan masih dalam kerangka yang kita telah kenal pasti.

Pasaran sekarang telah dibiarkan terbentuk dari sentimen keadaan politik dan isu semasa seperti 1MDB etc.
Sedangkan semua pelan-pelan tindakan, agenda-agenda pemulihan ekonomi dan isu-isu masih belum jelas dikemukaakan namun akan sampai masa di mana ia perlu di dedahkan.
Market seperti biasa akan mengambil masa yang cukup untuk berlaku kitarannya.
Pergerakan harga adalah 6 kali lebih awal dari fakta.
Dan proses pemngumpulan dan pembentukan pelantar beberapa kali lebih awal dari fakta.

Foreinger fun juga menilai perkara yang sama dan mereka bersedia dan bertindak seawal mungkin mengikut unjuran dan penilaian mereka.
Dengan keadaan sentimen dan isu semasa.
Seperti yang kita tahu, Pemerintah baru PH, bukan memenagi PRU dan mejadi Pemerintah untuk memburukkan lagi keadaan ekonomi.
Mereka perlu menyelesaikan permasalahan dan recover semua isu ke arah sangat cemerlang seiring dengan integriti yang perlu ditonjolkan.

Pasaran masih tidak berhadapan dengan ulasan-ulasan dari anggota council PM mengenai market.
Daim, Anwar , Zeti masih tidak menyentuh dan memberi komen.
Jika kita ada pemahaman bagaimana integrity orang-orang yang tetentu mampu memberi kesan ke dalam market.
Maka, insyaAllah setelah market sudah sempurna kitarannya.
Pasti sentimen menaik akan dihidupkan seiring dengan komen-komen membina dari perkara-perkara yang disebutkan di atas.

Dalam pemahaman saya melalui pengalaman 2 pasaran.
Kejatuhan skala sekarang sangat perlu bagi mebentuk 1 momentum dan pelantar harga/pasaran bagi menentukan Super Bull yang dihuraikan sebelum ini.
InsyaAllah, pasaran sekarang perlu menunggu signal sentiment/perubahan sifat terbentuk sekali lagi untuk berada di tahap seterusnya.
Apa yang perlu kita bersedia sekarang adalah pengakajian terma kenaikan pasaran ke depan, pemilihan kaunter dan atur strategi portfolio sebaiknya.

Up trend perlu berlaku secara long term , dan untuk setakat ini, tiada tanda-tanda yang merujuk kepada market akan collapse atau crash. Kejatuhan hanya bersifat sementara, dalam ketakutan dan keraguan sekarang.
Kaunter-kaunter terpilih sudah pun memulakan aliran kenaikan.

Fundamental dalam market mejadi isu sekarang.
Kita boleh lihat dari QR company yg terbaru. Ini adalah cabaran pemerintah sekarang.
Tugas dan kredibiliti mereka yang pasti akan ditonjolkan.
Bab foreign fund. Keyakinan yang sebenar bukan sekadar size keluar masuk. Tetapi credibility/intergrity fund2 yang memasuki market seperti Goldman Sach dan sebaris dengannya.
Kalau tidak silap saya dulu pernah Goldman Sachs masuk Myeg sekitar 40-60sen sebelum ia terus mencanak naik.
Mereka masuk kita hanya dapat tahu setelah ada laporan dan harga sudah menaik.
Dan mereka keluar kita tak dapat trace, sebab semasa fund keluar kebiasaan harga menaik tinggi.
Market sentimen bagus dan kita masing-masing sibuk kejar harga.

Apa yang membezakan kejatuhan sebenar dengan kejatuhan semata-mata untuk pembentukan pelantar rally @ pembinaan momemtum kenaikan seterusnya? - 31 May 2018

[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]
  1. Kenal pasti frame sentimen dan trend. Kita sudah huraikan dan perbincangkan di group PSBM. Cuma mungkin gambaran perbincangan secara keseluruhan warga ahli tidak mampu fahami. Namun banyak kali ditegaskan bahawa, kejatuhan ini bukan menuju kepada Crash dan pada akhirnya ia akan menaik. Jika mengikut semua petunjuk-petunjuk yang ada setakat ini. SuperBull insyaAllah akan berlaku dalam tempoh 5 tahun ini.
  2. Kenal pasti setiap tahap kedudukan sifat-sifat kaunter secara terperinci. Ada beberapa keadaan yang akan merujuk sesuatu kaunter berada dalam kesediaan untuk mencanak menaik atau collapse. Jika kaunter tersebut adalah dari barisan index link, maka kita akan dapati julat pergerakan akan banyak mempengaruhi index. Jika barisan kaunter tersebut adalah dari 2nd liner dan 3rd liner, maka kita akan dapati perubahan trend yang berlainan dalam pasaran. Di sini yang menentukan trend/terma pegerakan pasaran. Seperti contoh. Kaunter Penny stock RALLY sedangkan dalam masa yang sama 2nd liner dalam keadaan sideway dan Index Jatuh.
  3. Mengenal pasti prospek/risk/ faktor yang berkaitan ekonomi, politik yang meliputi dalaman negara, regional dan dunia. Bab ini lebih merujuk kepada basement kepada sesuatu keadaan sentimen
[/list] Boleh tambah dan perbetulkan dari apa yang silap dan kurang lengkap*
Sentimen akan banyak mempengaruhi aliran pergerakan sesuatu harga. Jika sentimen bagus, sedikit sahaja faktor/isu positive pada sesuatu saham, harga akan terus melonjak naik.

Tapi jika sentimen berasa dalam keadaan sebaliknya, sebarang isue/faktor positive pada seuatu saham, ia tidak mampu mendorong kenaikan harga, begitu juga sebaliknya. Seperti contoh apabila sentimen sangat bagus, sedikit khabar angin sahaja, kaunter bermasalah PN17 mampu mencanak naik lebih kepada 100%.

KLCI support 1700 akan dipecahkan esok?- 19 Jun 2018

Suatu benchmark yang pernah dihuraiakn sebelum ini, bagi menyempurnakan kitaran. Tapi jika, majoriti sudah cuak dan cut loss serta fobia dengan market. Ia mampu beralih arah, antara wasail dan maqosid(jalan-jalan yang menyampai kepada tujuan, jika tujuannya sudah tercapai, maka jalannya tidak perlu adanya lagi)

Mereka yang beramal dengan ilmu TA meramalkan market akan menuju 1500, bagaimana pendapat tuan? - 21 Jun 2018

Kalau beramal dengan ilmu TA di atas. Semestinya mereka sudah cut loss. Maksudnya mereka sudah bertindak dengan harapan untuk membeli setelah index 1500. Kajian di mana nilai index dan masa ramalan dan tindakan mereka perlu difokuskan.

Dalam kaedah bukan ilmu TA pendekatan mereka berbeza. Mereka mengkaji semua gelagat peserta di dalam market termasuk, corak pemikiran dan tindakan peramal TA, otai-otai dan mentor mereka. Untuk mengkaji dan mengenal pasti dorongan dan faktor yang mendorong sesuatu tindakan dalam pasaran secara majority. Dari keadaan persediaan peserta pasaran inilah market akan melaksanakan dan melengkapkan agenda-agendanya.

Jika ramalan dan tindakan mereka lebih awal dari hari ini, ia bermaksud semua teknikal rebound yang berlaku atau kenaikan sebahagian dari kaunter sebelum ini, mereka tidak dapat ambil peluang, di sebabkan kan ketakutan mereka tehadap index. Seperti contoh kenaikan GSB

Contoh lain seperti MYEG, lowest 0.655 dan high setakat ini RM1.04
Kita boleh kaji dan melihat fakta(kenyataan) di mana pengamal-pengamal TA hanya yakin membeli setelah harga menaik ke 0.90 sen ke atas, ada yang hanya yakin setelah harga 0.975(sekitar kemuncak harga kenaikan)

Begini lah senario yang akan sentiasa berulang pada keadaan mereka. (yang berpandukan kpd TA, ini kerna indi TA hanya akan wujud setelah harga bergerak. Mungkin ada yang lebih advance daripada mereka mampu mengesan pebentukan indi TA dengan lebih awal dan kemudian dengannya (kenaikan bakal berlaku dengan terjadinya indi)

Kita sekarang berada di mana keadaan ketakutan dan cerita buruk berulang dan begitulah kita akan dapati gelagat-gelagat peserta di dalamnya terutama retailer berfikir, dan reaksi dengan sentimen dan harga.
Sememangnya pada masa lowest, ramai yang cut loss, bukan membeli dan masa menaik tinggi orang akan beli bukan jual. Sejarah akan sentiasa berulang sehingga mereka perlu adakan anjakan untuk terus belajar dan memahami dalam perbagai kaedah ilmu.

Klik pada chart berikut untuk melihat perubahan harga MYEG

Contoh lain ialah kaunter UNISEM, lowest sekitar sell off global market pertama RM1.60, dan telah pun rebound dan kekal high RM2.60.
seorang individu, di dalam market kita membeli counter saham, bukan index.
Andai masa dan kemampuan kita sibuk mentelaah index dan terpengaruhi dengannya, kaunter prospek dan keuntungan seperti konter UNISEM- langsung dan selama-lamanya kita tak akan dapat.

Jika pengamal TA perlukan pergerakan menaik baru yakin beli. Pengamal FA perlukan berita/fakta baru taking dengan mengira Fundamental Value. Jadi Tuan perlukan apa untuk yakin beli?- 21 Jun 2018

Kaedah ilmu yang ada di Scriptx/website serta pengamalan pancaindera rohani.

Komen dari ahli :
Sungguh. Itu juga yg bermain dan menjadi persoalan saya selama ini sebagai pengamal TA tegar.
Apabila masuk ke kelas scriptX, saya dikenalkan siapa penjaga kaunter, siapa jerung, siapa fund manager dan siapa hot money dan sebagai retailer bilisan hingusan,
siapa yang patut retailer ini ikut sebab retailer tiada kekuatan untuk memecah support dan memecah resistance,
segalanya diceritakan di sana hinggakan saya sendiri alami penglaman yang sungguh bermakna yang mana carta sememangnya dilukis kerana tanpa data dan fakta yg direkod,
carta tidak akan dapat dilukis dan diatur.
Aturan ini pasti ada yg mengawalnya, ada yang menadah dan ada yang memancing dan sparking dan ada yg melepas dan mengumpul.
Dalam saham ni hanya 2 seperti tuan Don Trader dan tuan guru Ibnu Muhammad terangkan yang ianya adalah pengumpulan dan pelepasan.
Skrip diatur sebegitu rupa hinggakan ‘mereka’ menganalisa emosi-emosi para pengamal tegar kerana itulah ‘mereka’ membuat langkah lebih awal dari berita sebab memang sifat manusia memerlukan asbab musabab akan sesuatu kejadian.
Itu sebahagian saja, selebihnya galilah ilmu ni di scriptX, kerana saya telah dapat berdikari.
Alhamdillah kerana ilmu di scriptX adalah ilmu yang tak terhitung nilainya bagi saya.
Syukur alhamdulillah.

Alhamdulillah jika syllabus dan kaedah pembelajaran yang sudah ada mampu mejadi jalan yang sistematik untuk warga ahli memahami dan menguasai Ilmu.
Selepas kuasai kefahaman dan ilmu, tiada lagi tugas kita melainkan beramal dan meyaksikan sendiri sehingga terbuka pintu hati dan kita mampu melihat dengan mata hati(nur yakin)
Di sini perlukan pengalaman sendiri, seterunya , akan ada tuntutan pada amalan hati tentang bab-bab hati untuk hal yang lebih halus.
Soal rezeki di sisi Allah.
Secara adab, jika kita berilmu dan berusaha dalam keadaan ilmu dan usaha yang tepat.
Harus bagi kita akan kelapangan rezeki/kemudahan, tapi masih lagi tidak mejamin apa-apa.
Allahlah yang Mentadbir dan Menjamin kadar rezeki kita semua pada hakikatnya.

Pelaksanaan Panduan PUS/PUP- 21 Jun 2018

PUS dan PUP yang diberikan dalam group adalah kaedah yang kita laksnakan bagi tujuan rujukan, dan panduan dalam pengkajian ilmu dan kaedah.
Market dan saham ada naik turun, keberadaan kita manusia ada salah silap. Sejauh mana ahli mampu faham ilmu dan follow di sana ada akibat dari tindakan mereka, untung dan rugi- namun tujuan utama adalah pengalaman berilmu dan kemahiran.
Adanya PUS dan PUP dalam grup tidak semestinya saya berurusniaga secara personal-(bukan tujuan) tujuan saya berada di sini hanya untuk bantu dan sampaikan ilmu.

Jika ada peserta ahli yang pernah mngikuti PUS dan PUP, kemudian kerugian, sila semak kembali:[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]

  1. Adakah kita menguruskan portfolio berdasarkan konsep pecahan modal/peruntukan cash dan strategi yang betul seperti yang ada dalam kaedah ilmu?
  2. Adakah pengalaman untung dan rugi kita menambah kepada akhlak dan ilmu pengetahuan serta kemahiran(tujuan ilmu)?
  3. Adakah jika kita ikut PUS dn PUP dan beli kaunter lain kita mampu jadi untung dan kaya raya?
  4. Adakah jika tak ikut PUS dan PUP kita akan terbeli kaunter lain yang mungkin buat modal kita habis terus?
  5. Adakah dan apakah keseimbangan dan manfaat yang kita perolehi berdasarkan tujuan kita menceburi pasaran saham, group-group saham dan belajar ilmu?
[/list]

Dari beribu kaunter yang kita nak scan masuk watchlist, apa yang jadi filter kita? - 21 Jun 2018

Cari kaunter yang bersifat melawan arus
Kebanyakan kaunter berlakwan arus adalah :[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]
  1. mempunyai kekenyalan harga
  2. pergerakan harga kaunter tidak dipengaruhi oleh index, sentimen dan trend dalam bahsa kampung, kaunter *power ranger*
  3. kekenyalan harga dan sifat mealwan arus itu merujuk kepada tahap pengumpulan yang tinggi
  4. kebanyaakn kaunter bersifat begini- volume dagangan harian sikit, pertengahan, que yang sederhana. di luar radar peserta pasaran- low profile
  5. sebaik kaunter ini bergerak, sifat berlawan arus akan mulai berubah kepada kebiasaan, semakin sensitive dengan sentimen.
  6. momentum kenaikan dan tahap dinilai dari sudut volume dan transaksi yang nipis. Ia tidak menaik dengan heavy volume- sebaik sentimen jatuh, ia akan jatuh dan sebaik sentimen nampak ingin pulih sAhaja, ia terus menaik
[/list] Jika jumapa kaunter begini- letak dalam watchlist asing dan follow sampai kita faham sifatnya. Dari sifat itu akan faham gelagat dan perangainya.

Boleh tuan guru berikan contoh kaunter yang ada perubahan sifat-sifat terutamanya seperti sifat harga, sifat que, sifat volume, sifat transaksi dan sifat lantunan dengan terlaksananya sistem IDSS ini?- 21 Jun 2018

IDSS ini permainan equity player dan ke atas.
Pegerakan harga lebih drastik dan kekadangnya melampaui dan tidak merujuk kepada TA dan FA – kepentingan dan tujuan yang seimbang. Kebaikannya adalah bagi penambahan liquidity dalam pasaran dengan pilihan intrument/praktis. – bagi aktiviti market terus wujud dan pelabur tidak lari terus dari pasaran dalam keadaan mana sekali pun(kerana sentiasa ada ruang untuk buat untung)

Kebiasan kita sebagai retailer, kaunter dalam radar kita, tidak terlibat dalam IDSS.
Senarai kaunter IDSS, sila rujuk kepada website badan berwajib-di Bursa Malaysia atau bursamaktplc

Bab pengaruh kepada perubahan sifat kepada kaunter lain, ia bepunca dari pergerakan harga kaunter IDSS yang tergolong dalam barisan index link.
Dengan sebab index itu ia mempengaruhi sifat kaunter yang lain.
Namun oleh kerana praktis ini baru bermula, market akan ambil masa untuk menyesuaikan dan ia akan kembali atau mebentuk kadar dan tahap sifat-sifat yang baharu dalam pasaran.
Oleh sebab ini, kita selalu dengar dan baca market sekarang sangat tidak menentu.
Semakin sukar untuk membaca dan menilai prospek dan risk market dengan berkesan dan tepat.
[message type=”warning”]Soalan : Maka ini bermaksud IDSS hanya mempengaruhi sifat sentimen dan berita dan lebih kepada index sebab sememangnya senarai kaunter IDSS bukan dalam radar tuan guru?[/message] Ya. kalau strategi portfolio kita dalam skala superb, kita akan seimbang portfolio, risk dan reward dengan intrument lain.
Seperti apa yang dibuat oleh fund2, kalau equity tak jalan, fokus benda lain yang lebih menguntungkan.
Instrurment bon, currency, futures dan sebagainya.
Atau dalam kelas equity ada pelbagai kategori yang boleh seimbang anatara satu sama lain.

Kita hanya retailer biasa, nak baca aliran dan trend pergerakan 1 kaunter pun masih tidak lepas.
Kenapa kita nak nak meneka, mejangka prospek risk index, atau intrument lain.
Semua tempat ada kepentinngan, keperluan dan agenda yang berebza, kuasai dan fokus pada 1-1 benda yang mampu kita mampu dan memberi kita pulangan terlebih dahulu.

Dalam bab ini, jika kita tak letak akal dan pola pemikiran dan emosi pada tempat yang betul, kita mudah gagal dan terpengaruh dengan faktor-faktor yang tidak sepatutnya.

Saya pernah bertemu dengan seorang trader yang berjaya – cina.
Seorang trader low profile yang berjaya dan kaya dalam market sejak tahun 90 an.
Beliau fokus beli dan jual (trading) dengan hanya 1 kaunter dan dengan asbab fokus dan pengamatan yang dalam itulah beliau mampu tepat dalam entry beli dan jual. Tapi beliau invest trading dalam value yang besar.

Sila bandingkan keadaan kita yang kurang ilmu, namun berkehendak besar.
Akal kita bersimpang siur dan dipenuhi dengan angan-angan.
Mahu masuk market kaya terus, berhasrat kuasai dan baca semua perkara, namun diri sendiri(nafsu) pun tidak mampu dikawal dan kuasai.
Anda semua tidak berada di tempat orang-orang yang bertugas di tempat kepimpinan, perlu urus diri dan orang lain,
aset sendiri dan orang lain atau pun size dan kepentingan yang lebih besar yang memerlukan permerhatian dan fokus secara menyeluruh.

Kita hanya peserta yang berada dalam bentuk dan size sendiri, namun kita berharga dan penting bagi market.
Market takkan kemana tanpa kehadiran retailer-retailer seperti kita.

Dengan ini, bagi berjaya untuk diri sendiri dulu.
Bebanan kita tak sebanyak orang lain, hanya sekitar kepentingan sendiri dan mungkin orang-orang di sekitar kita sahaja.
InsyaAllah kalau dengan ilmu-ilmu yang didedahkan, anda fokus, dan mampu mentelaah 1 sifat kaunter sahaja dengan baik.
Fokus dan follow selama 5-20 tahun – pilih kaunter yang betul.
Nanti anda akan temui jawapan dan kesesuaian sifat pada sesuatu kaunter dan yang mana tidak sesuai tinggalkan.
Setiap kita akan ada kesesuaian dengan sifat-sifat kaunter yang berlainan.

Maksudnya fokus 1/2 kaunter tertentu sahaja, sebagaimana kisah sikap trader cina yang berjaya?- 21 Jun 2018

Ya. Bagi faham 1-1 kemudian baru tambah kaunter lain dari masa ke semasa.
Dengan begitu lama anda berada dalam market kaunter ribuan pun anda mampu baca pergerakan dan permainannya.

Dalam gorup ada 1 syllabus. Buat carta Harga vs Volume daily secara manual.
Pada masa dulu, 15 tahun lamanya saya buat carta manual.
1 kaunter ambil masa 1-3 jam. Kemudian hadam sifat Harga dan Volume.
Dari sana, akan dapat kenal dan faham trend dan perangai kaunter.
Kemudian ta’kik(dalam /teguh ilmu dan pengalaman) kefahaman semasa live market open.

Harga Mendahului Berita?- 22 Jun 2018

Klik untuk baca komen dari ahliYa. Diistilahkan 6 kali lebih awal dari fakta. Sebab itu jika kita merujuk kepada news atau apa sahaja dipaparan kasar pasaran. Pergerakan harga sudah berinteraksi jauh lebih awal dari fakta atau news.


Contoh sperti COP. Ia telah mencapai lowest sejak beberapa lepas sebelum menaik dengan jelas dan tutup kemuncak kemarin. Sedangkan news kenapa COP menaik masih tidak jelas dan berleluasa dalam pasaran semasa(kebiasaan jika supply increase- harga COP jatuh)
[message type=”warning”]Soalan : Kenapa 6 kali bukan 3/4 Kali, atau ia hanya perlambangan maksud lebih awal?[/message] Tepat sekali, ia sebagai perlambangan yang merujuk *lebih awal* tidak semestinya 6 kali.

Kenapa fokus tuan kepada Nikkei, DJIA, FTSE COP dalam menilai keberadaan sentimen.
Jika pemilihan kaunter yang betul menjadi keutamaan, maka pergerakan index bukan isu utama lagi di sini. - 26 Jun 2018

Klik untuk rujukan di FB
[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]
  1. COP benchmark yang paling awal dibuka pada setiap hari. Sebarang reaksi dari kedudukan DJIA akan terkesan pada COP-check time ia di buka.
  2. Nikkei adalah bursa saham yang paling awal di buka di Asia dan Asean. Sebarang reaksi dari COP dan Djia akan terkesan di sini. Regional lain mampu di pengaruhi oleh kedudukan Nikkei semasa
  3. kemudian baru kedudukan Bursa Malaysia.
  4. kemudian reaksi seterusnya akan di tunjukan oleh FTSE sebelum pasaran Malysia di tutup. Ia akan mejelaskan kedudukan DJIA yang seterusnya
[/list] Harga akan sentiasa mendahului fakta/news semoga difahami.
Jika ingin detail lagi, kita boleh follow dan check kedudukan :-
[list type=”icon” icon=”cubes” style=”simple”]
  1. Kedudukan index regional yang lain.
    Watak terbesar yang lain adalah China. Index shenzen/shanghai, STI(singapore) dan HSI(Hang Seng)kena arif bagaimana setiap bursa regional dan global saling berkait
  2. Currency.
    Kedudukan mata wang antara regional dan global sangat memainkan peranan. Seperti contoh YEN vs USD dollar yang menentukan naik turun Nikker.
  3. Sifat berita yang berkaitan dengan global dan regional.
    Walaupun harga sentiasa mendahului fakta, tahap dan jurang dari info dan news selalu wujud.
    Di sini akan terbentuk sesuatu ruang yang akan mencorakkan trending kaunter dalam sesuatu sentimen.
[/list]

Nikkei gap down. Maka dijangka KLSE akan gap down juga pagi ni?- 26 Jun 2018

Ya, 50%+ ia berlaku.
Seterusnya kena kenalpasti, selepas gap down apa yang berlaku?
Adakah index sahaja yang gap down atau termasuk harga kaunter dan apa yang berlaku seterusnya?

Nota : Sebagai tugasan, ahli boleh perbandingan NIKKEI vs KLCI, pada tarikh 25/6/2018 dan 26/6/2018.
Sebaik sahaja Nikkei gap down, adakah KLSE pun sama?

Aktiviti harian sebagai Trader DON TRADER- 26 Jun 2018

Secara official, market buka pukul 9 dan baru peserta trading.
Dalam syllabus DT, anda perlu berada di depan PC sebaik awal pagi, sekitar 7 pagi.
Review COP, update semua news dari US, Japan, COP bagi clear.
Sebaik pukul 8.30(8.30-.9.00 – kaunter queuing buka) trading anda sebenarnya bermula jauh lebih awal dari pukul 9 pagi.
Bagi yang expert, semasa market open, kita hanya perlu monitor 9-10 pagi, ia sudah cukup untuk menggambarkan apa yang bakal berlaku seterusnya dan seisi yang penting seterusnya adalah 4-5 petang.

Kenapa tuan andaikan DJIA akan naik? Sebab sekarang trade war, Semua orang berhati-hati. 26 Jun 2018

Kalau semua orang berhati-hati maksudnya kaunter-kaunter yang menaik dari lowest itu mereka tak untung, menjauh diri.

Semasa lowest sememangnya cerita yang paling buruk dan suasana yang menakutkan.
Selamanya kalau tak hadam ilmu dan ubah konsep/seni berfikir/psikolog, kita akan sentiasa beli harga mahal dan jual harga murah.
Istilah beli harga murah dan jual mahal, hanya semata-mata ayat sahaja, tidak boleh dibuktikan.

Sekarang kita menunggu pembukaan FTSE dan DJIA. insyaAllah on track seperti yang dijelaskan di atas.
Untuk memahami kenapa dan apa. Ia hijau dan jatuh. Rujuk sifat news. Kena banyak membaca news di sana sini.
Kebiasaan setiap pergerakan harga yang berlaku. Akan dijelaskan oleh news kemudiannya.

Apa pendapat tuan dengan kejatuhan matawang Turki?- 15 Ogos 2018

Apa pendapat tuan dengan kejatuhan matawang Turki? Ada yang mengaitkan situasi ini sebagaimana serangan mata wang yang berlaku bermula dengan Thailand dan merebak ke negara lain, adakah memberi kesan kepada stock market?

Setakat ini, semua penguraian di ats, sebelum2 ini masih dalam ON TRACK.
market insyaAllah berlaku SUPERBULL dalam tempoh 5 tahun ini.

Pasaran perlu melalui fasa-fasa yang tetentu sebelum mencapai ke tahap yang tertinggi.
Fasa-fasa ini ada dihuraikan di bab sentimen dalam grup.
Ia juga telah dipostkan berkali2 ke public. Hanya baca dan kalau tak faham boleh terus respon di post.

Pasaran untuk setakat ini masih capai ke tahap petengahan.
Mode bergiliran sedang berlaku dan kadar pegerakan hanya akan semakin besar sedangkan transaksi yang makin aktive berlaku.
Volume dan turnover pasaran akan semakin besar dan capai kemucak untuk beberapa fasa, dan jatuh dan kemudian berulang kembali untuk ke tahap seterunsya.
Dalam penelitian sebelum ini. KLCI mampu pecah ke 2000 point ke atas, Peak Vol tunover daily akan mampu capai ke rekod baru sekitar 8-10 billion daily.

Leave a Reply