Kaedah Ilmu-Huraian Sentimen Dan Trend Semasa

UPDATE : Perbincangan ini telah dihuraikan lagi secara LIVE (beserta screenshot kaunter dan index global semasa) di Facebook Group PSBM bermula tarikh 9 Februari 2018. Pada yg belum JOIN, sila REQUEST JOIN group terlebih dulu.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih
Berkenaan dengan isu kejatuhan DJIA, NIKKEI & KLCI, yang seterusnya Alhamdulillah rebound kembali bermula malam tadi (6/11/2018), berikut ialah Kaedah Ilmu-Huraian Sentimen Dan Trend Semasa.

3 Februari 2018 – Sabtu



5&6 Februari 2018 – ISNIN & SELASA

Antara PUS T+8 yang diberi dalam group FB DON TRADER pada
6 Februari 2018 – SELASA

SUMATEC/WA

SUMATEC : Telah tercapai harga tertinggi RM0.085, UNTUNG(ROI) 21.43% dalam tempoh T+8
SUMATEC WA: Telah tercapai harga tertinggi RM0.07, UNTUNG(ROI) 16.67% dalam tempoh T+8

HIAPTEK/WB

HIAPTEK : Telah tercapai harga tertinggi RM0.495, UNTUNG(ROI) 6.45% dalam tempoh T+8
HIAPTEK WB: Telah tercapai harga tertinggi RM0.245, UNTUNG(ROI) 11.36% dalam tempoh T+8

MRCB

MRCB : Telah tercapai harga tertinggi RM1.12, UNTUNG(ROI) 9.80% dalam tempoh T+8

Summary PUS T+8 (06/02/2018 – SELASA)

Harga Tertinggi dan UNTUNG(ROI)terkini setakat Jam 12:00PM(07/02/2018)

Untuk rujukan sentimen yang lepas, sila rujuk SINI.

Semoga Bermanfaat.

314 Comments

  1. kena study ,telaah 1-1 . kemudian kena hurai. ada bende yg sya telaah dan faham/tahu- tp sya tak hurai. dan tak tulis. Keadan sekarang sebab huru hara dengan ayat CRASH- jadi tugas org macam saya. keluar di tengah masyrakat- hurai 1-1 untuk memecahakan kekliruan masyrakat pelabur

  2. asalah sahabat2 semua selamat dan masih ada peluang untuk berusaha, belajar dan berusuniaga/melabur. Kita bukan nak cari siapa betul dan silap. Kita mengharapkan semua orang mendapat manfaat dan keselamatan di tempat dan kesusuaian masing2. Nasehat saya yg fakir. * cari lah ilmu.. insyallah ilmu akan banyak membantu kita*

  3. activity penyerapan tekanan kejatuhan berlaku dengan baik berlandaskan huraian di atas. .tekanan jualan panic lebih kecil berbanding kali pertama pada masa lepas.

  4. mode keraguan dan fobia retailer akan terus kekal dalam pasaran.
    hanya pihak2 yg expert sahaja yg akan sentiasa mengambil peluang dari sebarang keadaan sentiment dan trend semasa.

    untuk mejayakan pemulihan harga, selepas panic selling berlaku dan activity penyerapan jualan hampir selesai. pasaran perlu digerakkan oleh faktor yg seterusnya untuk membina momentum kenaikan secara beperingkat.
    Kedudukan trend Pasaran regional, nikkei (japan)dan kedudukan COP sangat sensitif kepada arus pergerakan pasaran malaysia. sebarang pemulihan rebound yg berlaku pada NIkkei dan COP akan mwujudkan aliran menaik KLCI dan harga pada masa sekarang

  5. Harga kebanyakan kaunter telah pun rebound dari paras terendah masing2.
    Dalam bab ini, untuk mengukur benchmark sebenar sentiment.
    Anda perlu mengelaskan beberapa barisan kaunter dalam kategori masing2
    1. index link- heavy weight
    2. 2nd liner
    3. 3rd liner-penny stock
    Dalam 1,2 dan 3- senaraikan kaunter2 yg menjadi benchmark utama.
    Yg aktive dalam penyumbang turnover pasaran overall(volume) dan yg paling besar julat pergerakan harga(meyumbang kpd index) dan momentum arus pergerakan harga yg lain.

    Dari sini anda boleh merujuk kepada kedudukan kaunter2 benchmark tersebut.
    Seperti contoh jika dalam sector ONG- yg selalu mejadi penunjuk aras dan active adalah HIBSCS, UMWOG dan SAPNRG
    dan untuk index TENAGA dan kaunter bank

  6. Sila ahli ambil perhatian dan fokus. InsyaAllah saya ingin huraian secara LIVE bagaimana untuk mengenal pasti dan menilai sentiment dan trend.
    kemudian dari sini, kita bakal mengenalpasti prospek2 kaunter dan peluang2 yg wujud dalam pasaran semasa.

  7. Ada beberapa faktor yg menentukan RALLY dalam Track
    1.Kekuatan harga GLC kounter- sebab market malaysia sensitive dengan politic- related
    2.Harga Komiditi yg kekal paras tinggi
    3.Currency

    Untuk asas FA economy- kena rujuk kpd ahli, di sini kita nak fokus perbincangan utk menilai sentiment dan trend semasa

  8. harga bergerak 6 kali lebih awal dari fakta.
    Apa yg kita mampu baca, faham dan kaji, ia perlukan news dan info.
    Sedangkan reaksi pergerakan harga ,menaik dan jatuh jauh lebih ke depan

  9. pasaran masih tidak wujud signal sentiment yg mana perubahan sifat confirm berlaku dan arus smenaik akan berlaku dgn jelas, walapun begitu, apa yg cuba kita dedahkan dan perbincangkan di sini, adalah sebagai panduan kepada warga ahli dalam menentukan tanda dari sudut ilmiah(pelbagai sudut) dari kaedah syllabus DT- untuk mengenal pasti pembentukan signal sentiment berlaku

  10. Untuk pemahaman di atas, ahli boleh snap dan simpan rekod jumlah dan list kaunter menaik sekarang.
    Cuba bandingkan dengan jumlah kenaikan kaunter yg wujud semasa panic selling pertama.

    Ini bab sentiment dan trend yg perlu sentiasa dikaji.
    Di sini kalian perlukan ilmu untuk mengkaji.

    Dan dari sudut2 yg lain, memandangkan kurang respon dan pertanyaan, kalian boleh rujuk penghuraian2 dan komen2 di website/fb DT(akses berbayar)

  11. news akan dtg kemudian dan harga akan bergerak dulu… itu normal..

    News dan info diperlukan bagi meyakini peserta pasaran membeli kembali..

  12. Pasaran telah memasuki frame ke-2 harian.
    Ada 4 frame masa dalam 1 hari trading yang di kelaskan pada pasaran.
    Frame masa ini lah yg menentukan perubahan2 yg bakal berlaku pd trend, sifat que, sifat harga, sifat transaksi dan sifat volume pada kaunter dan pasaran keseluruhan.

    Frame pertama telah menyaksikan kejatuhan kekal dengan buka lowest atau capai paras terendah antara index dan kaunter yg jatuh, dan berlaku lantunan kenaikan dan harga menyerap tekanan jualan dengan kekal di suatu paras dari frame pertama. Keadaan frame skang(ke-2) akan menentukan perubahan2 sifat dalam frame yg ke-3 dan ke-4

  13. Untuk kita confirmkan bagaimana perubahan trend dan sifat2 ke depan, perlu confirmkan sejauh mana kepastian aktivity pengumpulan dan pelepasan script berlaku dalam pasaran pada masa frame pertama tadi dan sekarang(frame kedua). Ini kerana

    1. Sebarang kenaikan pasaran dan harga-Perlu berlaku Pengumpulan terlebih dahulu(pihak2 tertentu) mustahil bg adat jika ada sesautu kaunter menaik tanpa sebab dan bersandar kepada kepentingan pihak2 tetentu)
    2. Sebarang kejatuhan pasaran dan harga-Pasti perlu berlaku pelepasan script(jualan) terlebih dahulu- mustahil bagi adat pasaran dan harga jatuh tanpa bersandarkan kpd kepentingan pihak2 tertentu

    Kesilapan para peserta pasaran adalah dalam kesilapan menentukan activity pelepasan dan pengumpulan script.
    Ilmu dan kefahaman yg berlainan dari konsep yg berbeza.
    Dan dari tahap ilmu, yakin, zan, syak dan wahan(ragu) kebanyakan kesilapan berlaku disebabkan bencahkmark(penujuk2) aras yg kita nilaikan dalam menentukan kepastian sesuatu silap.
    Pegangan kefahaman kita sejak awal silap dan keyakinan kita masih berkisar pada zan, syak dan angan2.

  14. Rujuk kitab2 ilmu yg bersangkutan- bab definisi- takrif banyak terkandung dalam penghuraian ilmu bab tauhid dan tasawul. Semoga kita mampu mencapai hakikat yakin dan kefahaman sebenar dalam menilai sesuatu kebenaran.

  15. Frame ke-2 harian hanya tinggal 1 jam dari sekarang.
    Admin minta upload kedudukan semasa benchmark yg sempat di upload pagi tadi d bahagian reply komen
    -kaunter2- improvement TENAGA, bakal menyumbangkan kpd Index
    -COP – mecentuskan momentum rally secara keseluruhan
    -Nikkei

    Dalam 3 di atas. Peranan COP lebih besar. Kebiasaan dalam skala dan case snetiment begini COP akan berlaku transaksi aktive dan Rebound terlebih dahalu sebelum NIKKEI dan dan index regional/world rebound.

  16. kebanyakan harga kaunter sudah bersedia untuk move ke wave seterusnya.
    Insyallah berlaku pd frame ke-3 harian(sebelah petang) sebarang kenaikan yg berlaku – itu tanda(bukti) bahawa sebelum itu telah berlaku penyerapan atau activity pengumpulan script.
    Seperti contoh case pendedahan sekarang. Kenaikan Tenaga dan Hibiscus skang adalah bukti bahwa pada frame pertama tadi ada berlaku pengumpulan dan penyerapan script dari kejatuhan.

    kesimpulan, harga akan sentiasa bergerak jauh lebih awal dari fakta.
    Dalam penghuraian di atas, kita dapat fahamkan bahawa keyakinan dan kefahaman sebenar(waqi’) pada activity pengumpulan dana pelepasan script hanya kita boleh sahkan setelah ia berlaku reaksi menaik atau menurun.
    Dan untuk mengenal pasti lebih awal kena hadam ilmu yg lebih dalam dan halus.

  17. Benchmark yg menentukan index KLCI setiap dari penilai point benchmark harus tepat pada waqi”(diri perkara itu sendiri) baru ia merumuskan kesan/result seperti yg ilmu tunjukan. Kalau dari awal kita silap, maka pada cabang dan rantingnya kita akan jauh tersasar.

  18. Ini memberikan gambaran bahawa untuk anda menilai, membuat keputusan trading walpaun hanya utk 1 kaunter atau 1 instrumen anda perlu memantau dan menguasai kebanyakan perkara dan mampu menilai setiap dari 1-1 yg difokuskan dalam keadaan yg tepat atau tidak jauh dari kebenaran.
    Dengan gambaran yg lebih jelas dengan tahap kemampuan, dari situlah anda perlu mengatur strategi portfolio, pecahan modal dan cash sebagai mengimbangi risiko dan pulangan yg bakal wujud.

  19. Bab sentiment dan trend adalah pamantau dan penilai yg meliputi dan ini adalah antara pertama kali saya yg fakir hurai secara LIVE di grup umum. Sebagai panduan kpd masyarakat pelabur tatakala kekaliruan dan ketakutan yg wujud di dalam pasaran tatkala tiada yg tampil dalam penerangan dan penghuraian.

  20. Semua info dan huraian ini akan jadi bahan ilmiah utk orang2 yg ingin belajar dan medalami ilmu, pada masa sekarang dan masa mendatang jadi lengkapkan bukti2 penyaksian sebaiknya.

  21. Untuk seterusnya setelah kita memahami konsep ilmu yg telah dihuraikn, dan telah memastikan penyaksian2 bahwa pengumpulan telah pun berlaku pada frame pertama.
    Dan kesimpulan telah dibuat bahwa frame k-3 dan k-4 lebih cederung berlaku kenaikan yg lebih jelas.
    Disini mampu diertikan bahwa, COP dan Nikkei bakal rebound.

    Penyaksian ini sudah cukup kuat utk kita memfokuskan kpd sektor,kategori kaunter dan memilih kaunter2 yg perlu kita beli atau strategi yg mampu kita gunapakai utk mengambil peluang dari keadaan sekarang.

    Kepentingan kaedah ilmu seterusnya adalah

    1. Sifat Que– tahap que bedasarkan pengerakan dan tahap sifat harga
    2. Sifat Harga– tahap harga sejak ia berlaku harga terendah dan berlaku pengumpul untuk menentukan TP(target Price) kenaikan
    3. Sifat transaksi– yg menentukan tahap kenaikan dalam pembentukan Sifat Volume
  22. Terima kasih atas peneranagan.. sangat bermanfaat.. ilmu begini tiada kt luar.. alhamdulillah tuan sanggup terangkan kpd kami.. semoga Allah merahmati dt dan admin semua

  23. Di sini kita perlu faham takrif dan kefahaman dan kepentingan setiap dari cabang2 ilmu.

    Contoh: setelah kita hampir pasti bahawa sentiment akan rebound, kenaikan pasaran seterusnya akan mampu berterusan dalam beberapa hari untuk membentuk trend. Dalam tahap kejatuhan yg berlaku sekarang, ia mampu berlaku kenaikan 3-5 hari dari setiap harga terendah harian. (rujuk huraian di posting sentiment d fb DT- sudah di huraikan)

    Contoh: jika pada masa sekarang sesuatu counter ada harga terndah .30 sen. ini bermakna dalam sifat harga.
    1 wave pergerakan adalah .025 sen dan dalam tahap teknikal rebound berdasarkan tahap kejatuhan skang.
    harga dalam kategori begini mampu ke 2 wave. Jadi .30 +.05 = .35 sen.

    Kesimpulan, jika kita telah hampir pasti dan melihat bahawa harga baru rebound sekitar 1-3 bid dari bawah(harga terendah) sedangkan volume spike masih belum wujud, tambahan dengan pemulihan sentiment masih tidak berlaku . maka itu lah peluang.

  24. Seperti yg saya jelasakan pergerakan harga akan berlaku lebih jauh dari fakta.
    Ilmu TA memerlukan pergerakan untuk membentuk Indi
    Ilmu FA memerlukan news untuk pengiraan dan penilaan

    Konsep dan kaedah ilmu DT tidak memerlukan yg di atas. Ia seperti yg cuba penulis huraikan dan dedahkan

  25. Kita akan fokuskan dan hurai di sini sepanjang hari ini sebagai menolak kekeliruan dan ketidakseimbangan kaedah2 ilmu diluar sana. Semoga ia mampu membantu warga ahli semua. Bab ni yg paling halus dan memerlukan fokus yg dalam dan luas.

  26. Frame ke-2 harian tamat. Insyallah kita akan hadapi frame ke-3 dan ke-4 harian di sebelah petang dengan penghuraian dan penyaksian LIVE- sila fokus.

    Kefahaman dari penghuraian sepanjang hari ini insyallah akan mampu merumuskan hala tuju pasaran di masa2 mendatang. Dan semoga ia memberikan inspirasi utk masing2 kita membangunkan diri kita kepada haluan ilmu pengetahuan yg lebih mantap

  27. petang insyallah sya huraikan serba sedikit kepentingan kaedah sifat harga dan volume dalam menilai index2 termasuk global dan world index-

  28. Dalam bab index ada suatu lagi sifat yg kena hadam.

    1. Pergiliran antara kaunter heavy weight dalam menentukan pergerakan index KLCI
    2. Pergiliran kaunter heavy weight dalam menentukan sentiment pergerakan kounter 2nd line kaunter dan 3rd liner(penny stock)

    Contoh, kebiasaannya jika index menaik dgn kaunter GENTING – kebanyakan harga saham jatuh- tak genuine.
    Jika index menaik dgn TENAGA, TM, kebanyakan harga kaunter yg lain juga akan menaik- (naNti kena check trend begini masih wujud ke tidak utk masa bbrapa tahun ni.- ini hukum lama

  29. Harga masih kekal tidak berubah seperti frame ke-2 harian.
    Merujuk kpd tekanan jualan, activity penyerapan masih belum selesai.
    Waktu frame ke-3 market lebih terdedah dengan tekanan jualan FS- jika sustain di sini.
    kecenderungan pergerakan dapat dilihat pada sekitar memasuki frame ke-4 harian, sekitar pukul 4 petang.

    Ia bergantung kepada kedudukan semasa COP dan pasaran sekarang sedang mnyesuaikan keadaan dan bersedia/reaksi dari pembukaan market UK(FTSE)

  30. seperti yg dihuraiakn di atas dan dalam post sentiment FB DT- SIGNAL SENTIMEN masih belum wujud.

    Signal sentiment adalah signal yg merujuk kepada perubahan sifat secara keseluruhan pasaran.
    Dari perubahan sifat ini sentiment akan bermula suatu frame/sempadan kepada pembentukan sentiment dan trend seterusnya.

    Jika pasaran mengalami kejatuhan pada masa sekarang.(jelas) maka sebaik signal di kesan ia mejelaskan bahwa kejatuhan telah selesai dan akan disusuli dgn kenaikan semula.

    Signal sentiment dikenal pasti dalam kadar hari.
    Hari ini ia tidak wujud perlu menunggu utk minggu depan.
    Walapun begitu, penghuraian posting ini adalah bagi memahamkan kita bagaimana signal sentiment bakal wujud kelak. Ilmu itu sesuatu yg meliputi penghuraian semasa jatuh dan naik. Ada penghuraian secara ilmiah.

  31. Oleh kerana pembentukan signal adalah dari kesefakatan haluan kebanyakan kaunter dan benchamrk tertentu.
    Pasaran akan dilihat akan berlaku ketidakseragaman dari segi aliran menaik dan menurun, dan paras terendah/tertinggi dari satu kaunter, bechmanrk yg lain.

    Contoh, COP boleh start rebound, tapi pada malamnya DJIA masih jatuh dan capai lowest.
    dan untuk kaunter index mampu jatuh seperti masa sekarang bersama kaunter dan capai harga terendah harian.
    Namun akan ada beberapa kaunter yg kita terlepas pandang sudah pun mencapai paras terendah dan sedang dalam aliran menaik.

    Tempoh ketidakseragaman ini mampu berlaku dalam 2 hari sebelum signal sentiment atau 2 hari selepas( jika signal sentiment utk berlaku perubahan menaik menurun)bermaksud sesuatu kounter boleh capai harga lowest 2 hari lebih awal atau 2 hari lewat berkadarkan signal sentiment wujud dalam pasaran.

  32. Sila semua ahli fokus ke penghuraian di sini – baik ahli berbayar atau umum. Saya tak pernah hurai bab-bab ini secara LIVE dan berdepan public. Hari ni, wallahu’alam mungkin sebab keperluan dan panduan untuk sahabat semua.

  33. Beberapa kaunter telah berinteraksi positive dan sudah hijau seperti PCHEM,
    kaunter2 seperti sub sector SEMICON – INARI, KESMI, MPI, UNISEM perlu fokus untuk mengenal pasti reaksi kepada pembukaan FTSE dan DJIA malam nanti. Barisan2 konter Semicon ini sangat sensitive dengan market FTSE dan DJIA

  34. FTSE masih belum ada- sudah open low, tp tidak GAP DOWN.
    Ia merujuk kepada issue negative yg telah terkawal, sekitar FTSE bukan. Sila rujuk kedudukan COP- jika dalam case sentiment CRASH macam ni, jika ada sebarang isue positive di depan COP akan mulai aktive menaik pd sekitar ini.

  35. penampakan kenaikan utk sesi minggu depan belum jelas.. walaupon wujud pengumpulan yg besar.. sepatut frame ke4 sudah wujud petanda kenaikan tapi masih tiada..

  36. Ada banyak sudut penglihatan dalam memutuskan sesuatu hukum dan ia berlainan dari 1 himmah ke 1 himmah (tingkat) yg lain
    1.Melihat dengan akal kepala
    2.Melihat dengan hati (ilmu)
    3.Melihat dengan ruh(nur basyirah(mata hati)
    4.Melihat dengan sirr(hikmah dan hakikat ilmu)

    kesemua tingkat ini menentukan kaedah dan natijah yg berlainan dan kehampiran dengan kebenaran hakiki jua yang berlainan

  37. Merujuk kesimpulan pada tinjauan menyeluruh sepanjang pagi ini.
    Pasaran berada dalam keadaan natural. Signal Sentiment tidak jelas.
    Activity penyerapan tekanan jualan masih berlaku.
    Hanya momentum kenaikan beberapa kaunter sahaja yg menaik.
    Rally Chinese New Year yg peserta harapkan tidak berlaku dan belian peserta pada masa yang lepas telah mendorong penjualan pada minggu lepas, awal minggu ini(margin acc) untuk kegunaan peberlanjaan Chinese New Year.
    Tempoh pengeluaran T+3 telah berakhir(unutk kegunaan Hari Raya)
    Ia mengambarkan tekanan juga akan makin berkurangan dan pasaran perlu bergerak dengan terma yang baru.

  38. Kedudukan trend pergerakan harga COP vs Counter OnG dalam pasaran tidak seiring pada masa yg lepas,
    ia merujuk kepada tahap activity pengumpulan dan pelepasan script yg berlaku pd kaunter.
    Walau bagaimanapun ia perlu bergantung kepada recover yg beterusan pada harga COP.
    Issue pengeluaran minyak oleh US VS OPEX( rancangan pengurangan pengeluaran)
    Seperti huraian lepas dalam fb DT- kedudukn COP pada paras usd55-usd66 masih di anggap stabil

  39. Tekanan jualan sudah semakin ringan, walapun hanya wujud signal sentiment yg kurang jelas,
    Sekarang 3.24pm-adalah antara timing yg terbaik untuk masuk (membeli) – BUY ON DIP- dengan kaedah/strategi(pecahan modal pertama)

  40. Di sini bukan *BUY CALL*.
    Grup cuma huraikan sentiment dan kaedah2 untuk mentelaah dan merumuskan keputusan2 dan mengenal pasti RISIKO DAN PULANGAN – Prospek pasaran semasa dan ke depan

  41. Sebagai rekod kajian dan ilmiah, minta admin crew tanda setiap benchmark index, COP dan harga kaunter semasa (tanda di mana point pada pukul 3.34pm (12.2.2018)

  42. Hint Signal Sentimen berkadarkan masa/frame trading harian
    Kebiasaan group memberikan signal sentimen berkadarkan harian.
    *Untuk kali ini penghuraian secara lebih terperinci tetapi bukan semua perkara dan signal sentimen diberikan pada masa trading(waktu urusniaga) sila crew sentiasa up date utk beberapa hari lagi sehingga pasaran jelas menaik.

  43. InsyaAllah, snap semasa akn diupload bawah tajuk setiap kaunter & jga global utk mudahkan ahli buat perbandingan dgn snapshot yg sebelumnya.
    Ahli perlu scroll ke atas utk view snap yg terkini.

  44. Grup tampil untuk memberikan huraian kerana pada term pasaran begini, kebiasaannya orang tak komen dan hurai/cakap lebih2- Kebanyakan orang akan senyap dan menyepi bilap asaran menjunam(sell off).
    Yang tinggal hanya newbie atau perserta terkebil2 keseorangan mencari arah.

    Setelah pasaran pulih seperti biasa, dan pasaran menyaksian keyakinan menaik semula, Masyarakat kembali aktive memberi komen dan panduan. Maka posting dan huraian di sini,kami anggap selesai.

    Ahli boleh lah merujuk kepada guru/mentor masing2 untuk seterusnya.
    Insyallah, bilamana market BULLISH, banyak peluang yg wujud.
    Mana2 kaedah pun akan mampu meraih untung dan selamat.

    Untuk mempelajari dan memahirkan dengan kaedah keilmuan di atas.
    Sila rujuk ke akses berbayar atau seminar2 Scriptx.
    Untuk peluang yg dizinkan Allah kali ini, secara terbuka, boleh lah ambil peluang utk respon, komen, kritik atau apa2 yg mampu membina grup, baik dari penambaikan kami dari barisan admin, atau dari pihak ahli dan masyrakat pelabur umumnya.

    Semoga sedikit pededahan ini memberi manfaat dan berkat kepada ahli sekelian.
    Hanya sekadar itu yg saya mampu huraikan dan dedahkan dari kerendahan budi dan singkat akal lagi banyak kenaifan.

    Mohon Halal dan terima kasih kepada semua.

    Selamat Maju Jaya

    -Don Trader-

  45. Siapa yg nak ambil peluang utk memahami- sila komen, respon dan tanya terus, sebelum post tenggelam dengan posting yang datang kemudian setelah pasaran menaik semula

  46. “kounter2 sperti sub sector SEMICON- INARI,KESMI,MPI,UNISEM paerlu fokus untuk mengenal pasti reaksi kepada pembukaan FTSE dan DJIA malam nanti. barisan2 konter Semicon ini sangat sensitive dengan market FTSE dan DJIA”

    Soalan : benchmark kaunter diatas biasanya kekal sebagai rujukan untuk tempoh berapa lama? Bolehkah disandarkan pada kaunter dari sector yg lain?

  47. Bergantung kepada terma pasaran semasa. Jika pada sesuatu rally global- semicon sedang merancak, kemudian sell off bersama. maka kenaikan/rebound juga perlu bersama

    kemudian market datang dengan terma yg lain pula, yg mejadi barisan pertama pembentukan sentiment rally, dari sudut penyumbangan kepada turnover overall dan pergerakan harga..

    untuk case terpencil- bebrapa kaunter yg melwan arus dan bersedia memulakan tema baru, kebiasaan akan menaik jauh lebih awal dari signal sentiment. Telah dihuraiakn dalam komen2 di atas- ia perlu 2 hari awal atau 2 hari terlewat.
    Sila check kedudukan dan pemulaan konter di bawah, bagaiman ia mebentuk lowest atau bermula menaik
    1.PANSAR
    2.KRETAM
    3.EKOVEST

    1. Yang pertama kena pastikan adalah pembetukan frame sentiment/RALLY atau sebaliknya. Seperti case skarang adalah perubahan dari downtrend kpd uptrend. Sehingga kenaikan mejadi makin jelas, barulah peserta menyifatkan Rally.
    2. Setelah frame sentiment/perubahan sifat dikenal pasti. Kaji terma dan trend pasaran yang bakal terbentuk, dari sudut subsector yg bakal membina momentum dan mengetuai kenaikan/turnover pasaran. Yang paling terdekat pada masa lepas adalah ONG. Di mana sekarang dalam kesediaan berlaku pantulan-sifat lantunan atau di kenali dengan teknikal rebound.
    3. kemudian barulah pilih konter. dalam 1-1 sector akan ada beberapa kounter yg dominan. lebih kedepan dan cukup bersedia untuk berlaku kenaikan.
    4. Dalam sebuah RALLY, akan sentiasa ada MODE Bergiliran kounter dalam sub sector yg pelbagai. Sebab itu kebanyakan kounter yg menaik tinggi adalah dari kalangan kounter2 yg bukan dalam radar peserta pasaran. Untuk menilai dan mengenal pasti prospek2 kounter dalam skop ini. warga ahli perlu significant dengan sebarang perubahan sifat2 kounter itu sendiri.
    5. Setiap dari momentum kenaikan kounter- ia memerlukan basement sentiment. Jika frame sentiment(kesediaan untuk menaik) tidak wujud di masa hadapan, sesuatu kounter tidak akan cenderung utk menaik. Oleh sebab itu tatkala pasaran tiada petunjuk2 yg kebiasaan yg mampu kita rujuk dr faktor sejarah, kita perlu rujuk dari sudut hukum dan sifat pasaran itu sendiri. Di sini kena kaji dan bertindak dengan ilmu(sebelum ia berlaku)
  48. adakah sebab FTSe &DJIA memonopoli pasaran technology dunia membuatkan kita kena fokus pada sub sector semicon?dgn petunjuk dari subsector semicon membuatkan kita tahu pasaran malaysaia akan kekal bertahan atau tidak? disamping melihat pasaran oil and gas

    maaf jika kurang jelas

  49. Apa 1.Yang pertama kena pastikan adalah pembetukan frame sentiment/RALLY atau sebaliknya.Seperti case skarang adalah perubahan dari down trend kpd uptrend.Sehingga kenaikan mejadi makin jelas,barulah peserta menyifatkan Rally.

    Soalan :tuan, apa yang perlu diperhatikan? Dan di mana kami nak perhatikan…

  50. Pasaran untuk setakat ini- dari sudut adat.
    Insyallah masih dalam Track Menaik seperti huraian di atas.
    Sebarang kejatuhan pada COP, DJIA,FTSE dan KLCI sekarang adalah masih disifat kan kejatuhan sementara.
    Pergerakan harga2 saham dalam masa terdekat ini telah bergerak menaik secara bergiliran.
    Insyallah masing2 kounter akan menemui paras terendah sebelum ia memulakan momentum kenaikan dan pada akhirnya akan membentuk RALLY yg mampu kita sifatkan.
    Keadaan keraguan dan keliruan yg beterusan adalah bagus untuk kejayaan activy penyerapan jualan atau pengumpulan script.
    * Sebelum harga menaik pengumpulan perlu berlaku dan sebaliknya*

    Insyallah

  51. Perkara yg kita tunggukan dari penghuraian masa lepas adalah

    1. Signal sentiment yg lebih jelas-merujuk momentum dan pergerakan yg lebih mnyeluruh dan jelas
    2. Kenaikan harga yg melawan arus index/regional dan global
    3. Kenaikan yg lebih aktive yg bakal meyumbangkan turnover pasaran sekitar 4billion sehari dan ke atas>Turnover overall pasaran hari ni mengecil. Ia menggambarkan kurangnya volume pada kebanyakan counter. Ia di ertikan dengan sifat lantunan, kesedian harga untuk berlaku pecutan , momentum untUk harga begerak dalam kadar yg besar kembali.
      Ada 2 kaedah vol vs harga

      • Vol kecil selepas besar seharinya utk belaku kejatuhan yg lebih besar pd sebelumnya(downtrend)
      • vol kecil selepas seharinya besar untuk berlaku kenaikan yg lebih jelas- heavy spike
  52. Wow hebat diskusi ni. Jrg2 tgok diskusi cm ni. Pergerakan sesuatu saham tu bkn saje2. Ade sbb n tujuan ia bergerak. Ade matlamat yg nk dituju. Kt mana nk berenti ambik nafas n kt mana nk berundur sekejap. Bkn senang juge nk kuasai kaedah ni.

  53. Kebanyakan kaunter sudah bertindak balas dan berinteraksi.
    Signal sentiment adalah Jelas, bukan sperti sebelum ini. semoga semua warga ahli mengambil peluang yg wujud.

  54. kebiasaan. peserta market tak minat beli masa harga terendah atau masa mula menaik. mereka lebih yakin dan berminat untuk membeli setelah harga menaik tinggi atau jadi pucuk

  55. Sila update kedudukan benchmark semasa seperti COP dan nikkei- ia telah merujuk kepada penghuraian yg lepas di mana kekuatan harga telah berlaku-Harga kaunter menaik dan tidak menghiraukan kejatuhan regional index(nikkei)

  56. Setakat ini boleh faham bagaiman sentimen,trend dan harga kounter bergerak?
    Jika ada kekeliruan dan kurang jelas. Boleh ajukan soklan terus ke sini. Bab ni sulit. Bukan selalu kita buat posting dan bincang secara LIVE di sini. Sila ambil peluang respon/komen dan bertanya

  57. kenapa kena snap ctr KESM,INARI,PENTA dan ctr sub sector semicond?

    kenapa x HIBI dan t7global sebab kita pun snap COP?

    kita snap DJiA dan FTSE..jadi kenapa x snap bluechip ctr sbb kita pun tgk indeks kita?

    maaf banyak tanya

  58. MatIsa Isa tidak semestinya kat luar mejadi kepala. dan Malaysia menjadi ekor. Malaysia boleh jadi kepala juga dalam case2 tetentu. cuba tgk skang. kounter minyak sedang menaik. 3.15 pm 14/2/18- COP sekarang masih jatuh/merah ,juga NIkkei(masih jatuh)

  59. Jika di rujuk di sini, Malaysia mejadi kepala, market lain kena ikut – ini tindak balas dari signal sentiment.
    Ia dari telaah kaedah2 ilmu yg diterapkan dan dihuraiakn di atas. Kemudian dipastikan dgn kesefakatan ilmu dari penyaksian nur Byasirah dan Sirr. Ia bukan dari mata kepala, tengok perkara berlaku dulu baru menilai.
    Di sini kita menilai sebelum ia berlaku, dari sebab sebab yg medatangkan akibat.

  60. insyallah- minta crew DT, sebaik market close esok. sila cmpilekan 1 senarai counter yg grup DT(akses berbayar) buat cadangan PUS sepanjang hari ni.(kebanyakan kounter oil n gas,contoh HIBISCUS seawal pagi tadi

  61. Kenaikan tak seiring..
    COP jatuh
    Kaunter minyak naik

    mgkn sbb harga kaunter minyak dah capai lowest dan dah cukup pengumpulan dr aktiviti cut lost. Mcm tu ke tuan?

  62. yer. Hadam balik yg di huraikan di atas sejak dr awal.
    Melihat sentiment bukan dari apa yg kita mampu tengok dgn mata kepala.
    Ia dari kaedah2 ilmu dan hukum.
    Dalam syllabus DT dihuraikan dengan teliti, bab sifat2 kaunter dan pasaran.
    Mampu kuasai yg ni, akan mampu melihat banyak perubahan keseluruhan,sebab dan akibat, sebelum ia terbentuk.

  63. Market berjaya buat orang cuak dan terdiam.
    Sampai otai dan mentor juga goyang, tatkala harga terendah sebelum spike.
    Itulah kemucak ketakutan kita sebagai retailer dalam pasaran.
    Sebarang hukum dan teori hanya tinggal hukum dan teori.
    Takkan sesiapa yg mampu membeli harga terendah apatah lagi mengumpul dengan keadaan yg besar

  64. Di samping ada pihak yg melihat peluang dan mengumpul sebanyak mungkin.
    Kita sebagai peserta pasaran duk sibuk dengan ketakutan/kerugian, fobia dan gambaran market yg menakutkan dr orang2 tetentu. Orang obses mebeli, kita duk sibuk CUT LOSS

  65. Sekarang kita telah menyaksikan bagaiman kaunter bertindak dari signal sentiment.
    Signal sentimen itu dari kaedah ilmu, ia di buat sebelum pasaran di buka lagi- sila rujuk masa signal sentimen di postkan.

    Seperti kebiasaan, sebarang signal dari ilmu-kita akan ragui sebab kita tak belajar atau faham.
    Setelah naik dan meyaksikan dgn mata kepala baru kita faham dan yakin,

    Seterusnya market FTSE, DJIA dan COP perlu menaik utk seiring dengan kenaikan harga sekarang.
    Setelah semua benchmark2 ini meyakinkan, kita akan melihat bahawa peluang harga terendah sudah lama tiada dan kita terpaksa membeli pada harga yg tinggi.
    Pada masa itu kita akan yakin walapun harga sudah menaik.
    Itulah kaedah2 ilmu yg berbeza di dalam market.

  66. Byk sifu suh jauhkan market time2 downtrend mcm ni. Isu opec vs US + pilihanraya & bulan QR, buat pelabur takut nak masuk.

    Kita ingat kaunter jatuh akan jatuh lagi keesokannya.
    Bila jd mcm ni market boleh jatuhkan harga melangkaui tahap skala harga ke tuan?

  67. Suri Cynn tahap keilmuan yg berbeza.
    Setiap kaedah ilmu ada had dan batas.
    Time market macam ni-seperti yg dihurai pada masa lepas.
    Takkan ada orang akan tampil komen secara terinci.
    Di sini kita tampil diri untuk mehuraikan dari bentuk dan kaedah ilmu.
    (bukan dari akal kepala-tengok berlaku dulu baru kaji)

    Indi TA perlukan pergerakan harga dan vol,
    sementra FA perlukan info dan news.
    Syllabus DT perlukan pemahaman pd kaedah ilmu – ia meliputi.
    Sememangnya ia halus lg berat, tapi untuk kita mahir dan perform, kena usaha sampai faham dan kuasai

  68. Suri Cynn grup telah keluarkan signal sentimen.
    Rasanya ahli tiada memahami kaedah ilmu DT dengan baik sehinggakan result dari kesimpulan ilmu iaitu signal sentiment yg selalu di berikan, ahli tidak mampu membuat kesimpulan darinya.
    Inilah yg di maksudkan bahawa manusia itu musuh kepada barang yg mereka tidak tahu/tidak faham.

  69. Setelah market menaik nanti dan ia mencapai kenaikan pd harga2 tetentu.
    Insyallah kita akan melihat pula gelagat peserta pasaran termasuk sifu2 dalam meberi komen dan ulasan.

    Di sini bukti bahwa ilmu ada had dan batas dan setiap orang tidak diberikan kelebihan yg sama.
    lautan ilmu tiada akan abis.
    Di sini kita bukan dan menidakkan ilmu yg lain.
    Semua itu ilmu Allah.
    Yang disaksikan hanyalah kaedah ilmu dan liptuan2 yg berbeza/berlainan.

    Kesemua kaedah2 ilmu dalam pasaran termasuk TA dan FA perlu juga di fahamai dan di kuasai.
    Bagi pemantapan kefahaman dan kemahiran kita.
    Semakin banyak yg kita tahu dan kuasai.
    Semakin besar peluang yg kita mampu perolehi dan semakin rendah risiko

  70. Market global, regional akan akan mejadi faktor kepada momentum RALLY esok dan seterusnya-tindak balas dari Signal Sentimen yg telah di postkan.

    Kepada ahli2 DT atau warga ahli yg telah mengikuti/yakin membeli awal seiring dengan signal sentiment,
    Pegang KUAT. Keyakinan anda di tahap terawal.
    Jadi tak perlu jual murah.
    Kelemahan yg sentiasa wujud di masa lepas, setelah bermula RALLY, kita sudah beli antara yg terendah.
    Tapi naik 2-5 sen sudah jual. Takut jatuh semula.
    Sedangkan masih ramai pelabur lain sedang tunggu naik 10-.20 sen baru nak beli.
    Tunggu keyakinan peserta wujud secara jelas dan yakin memasuki pasaran semula baru fikir untuk jual(take profit).

    Anda mampu kenal pasti dari gelagat2 peserta termasuk sifu dan mentor2
    (semua kita adalah dari lapisan peserta pasaran)
    kena kaji sifat peserta pasaran juga termasuk diri kita sendiri)

    Ambil pelajaran dari sejarah yg setiasa berulang.
    Dari ayat2 Crash dan Bullish.
    Kalau market turun banyak sikit akan ada ayat Crash, pastu naik.
    Kalau market naik sikit akan ada ayat Bullish, pastu turun.
    Ini adalah perkara lumrah pasaran.

  71. suport ni kira sebagai tanda harga yang mana,peserta/pihak tertentu cuba untuk mengelakkan harga dari terus jatuh..bila ada support keyakinan peserta masih ada..jika pecah support..orang akan sedikit risau,risau harga akan terus jatuh..

    tu dari ilmu yg xseberapa yg saya ada la

  72. Hari ini momentum pasaran akan meneruskan kenaikan secara lebih menyeluruh dengan dagangan yg sangat aktive di sebabkan market hanya buka seisi pagi sahaja kerana ditutup untuk sambutan Tahun Baru Cina
    Momentum kenaikan ini akan bersambung untuk minggu hadapan, bagi meneruskan reaksi dari Signal Sentimen yg di berikan kemarin .

    Insyallah kita akan dapati dari masa semasa peserta pasaran akan mulai yakin dan aktive semula berurusniaga dan komen, seiring dengan kenaikan pasaran.

  73. Sila upload/update FTSE di tempat reply komen yg berkenaan.
    Sila crew update dan perkemaskan semua info2 yg sepatutnya di update.
    Pasaran sudah kenal pasti wujud frame Rally.
    Kemudian perlu ada sedikit rumusan dan kesimpulan sebelum kita tutup bab.
    Semua penghuraian dalam posting ini-kemaskini dalam website untuk rujukan ahli untuk kemudian hari bilamana ia di perlukan

  74. Dari sudut sifat harga vs transaksi vs volume.
    Oleh kerana hari ini sesi trading hanya separuh hari aje.
    Hanya ada dua frame sesisi harian.
    Force Selling adalah pada pukul 10,
    penyerapan akan berlaku dalam tempoh frame pertama dan harga, transaksi dan volume akan lebih aktive untuk frame ke dua. 10-12.30 am

  75. maaf. saya selalu guna bahasa yg berlainan dari orang lain.
    Penyerapan bermaksud setelah harga menaik pagi tadi, ia akan jatuh dr activity profit taking dan FS
    (sekitar pUkul 10) kejatuhan itu yg diserap(pengumpulan kembali)

  76. Beberapa hukum yg kita perlu faham dgn sifat perserta dan market

    1. Setiap peserta pasaran ada agenda sendiri. sedangkan market pun ada Agenda mereka sendiri
    2. Market takkan beri untung dengan mudah kepada retailer/peserta. Tapi dalam ayat2 peserta pasaran, *Mudahnya buat duit di pasaran saham*
    3. Banyak kekeliruan yg meragukan dalma market. Tapi bagi peserta. sentiasa yakin dan rasa ingin membeli
    4. Peserta market suka kejar harga bila menaik, sebelum menaik mereka sukar utk yakin untUk menaik. Setelah jatuh mereka cenderung Cut loss. sebelum harga jatuh, mereka terperangkap dengan angan2
  77. Untuk mejadi peserta yg bijak dalam pasaran tidak boleh tidak dengan ilmu.
    Ilmu banyak membantu, tapi tak semsetinya dengan ilmu kita gerenti untung.
    Naik dan turun harga dan pasaran perkara biasa seperti mana untung dan rugi.
    Kena seimbangkan bagi untung lebih besar dari rugi.
    Dan sekiranya rugi bagi kita mahir dan pastu bagaimana untuk untung kembali.

  78. Sebagai retail, market kita tak boleh kawal dan bangunkan.
    Yang tepat, kawal dan bagunkan diri kita dengan kaedah ilmu dan kemahiran yg mantap dan optima.
    Sebab itu kaedah penilaian akan ada 2
    1.Ikut sahaja trend market. market naik beli,market jatuh jual atau simpan
    2.Nilai dan buat keputusan dari penilaian(predict). kat ni ia akan uji market dan diri kita di uji dan teruji

  79. Market telah pun tutup dengan seadanya.
    Dengan kadar ini sahaja penerangan dan huraian dari kami sebagai panduan dan petunjuk aras bagi warga ahli sekelian.
    Sebarang kekasaran bahasa, kesalahan dalam tulisan, singgungan dari kerendahan budi saya dan juga ketidak sempurnaan dalam huraian dan penerangan keseluruhanya dari singkatnya akal fikiran saya.
    Saya mohon halal dan maaf.

    Kesimpulannya:

    * Cari lah kebenaran dalam ilmu dan kemudian cari lah gurunya. Melabur lah dalam ilmu dan melaburlah dengan ilmu. Insyallah dengan ilmu yang mantap kita akan mampu berjaya menghadapi semua keadaan dalam pasaran.*

    Selamat Maju Jaya Semua. Dan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada para sahabat2 sekelian.

    Insyallah kita bersambung dengan pengisian seterusnya seperti biasa mulai minggu depan.

    -Don Trader-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *