TAZKIRAH

Adalah perkara yg terpenting dalam sesuatu urusan umumnya dan khusus bagi urusniaga dan pelaburan saham adalah fokus /tumpuan.

Maka ia bermula dari membina kekuatan akal dengan ilmu dan mendirikan kekuatan rohani dengan akhlak.(akhlak adalah buah kepada iman)

Benteng2 agama itu perlu didirikan bagi menjaga kesejahteraan akal dan hati nurani dengan:
1.uzlah
2.zuhud
3.lapar
4.mendirikan malam
5.diam(tafakur)

Sejahteranya akal itu dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan sejahteranya hati itu dengan akhlak peribadi yang terpuji.Maka sedemikian ia mengharuskan akan keberkesanan dalam setiap amal perbuatan yang berkaitan penglibatan dan urusan yang di ceburi.Khuhusnya apa yang menglibatkan pasaran saham yang sememangnya perlukan pengamatan dan penuh dengan risiko.

Di dalam pasaran. Kekuatan ilmu adalah sumber terpenting bagi membentuk tindakan(amal perbuatan) yang tepat dan kekuatan rohani(hati nurani) menjadi pendorong kepada amal perbuatan( tindakan) yang berlandaskan kekuatan ilmu yang tadi.Agar denganya manfaat bersaham di raih sedangkan terhindar dari tipudaya dan mudaratnya.

Mana mungkin seseorang mampu meletakan setiap tindakan mereka berketapan dengan matlamat dan hakikat keberadaan pasaran yang sebenar dalam menghadapi tipu daya dan muslihat pasaran tanpa ilmu yg benar dan mana mungkin bagi seseorang mampu mengharungi segala bentuk gelombang perasaan di dalamnya tanpa kekuatan rohani(akhlak)

Betapa ramai manusia yang tahu serta faham kebenaran namum tiada mampu bertindak seperti apa yang mereka ketahui.

Apa- apa yg tidak perlu dari fikiran dan hati perlu lah di awasi dan di bendung jalan2 kerosakannya kepada akal dan hati.Adalah dari fikiran itu di hindari dari jalan angan2 dan khayalan sedang hati pula d hindari dari was- was dan wadham.Dan tiadalah jalan2 kepada kerosakan ini kecuali berkumpulnya dalam dosa dan maksiat( dosa/maksiat lahir dan bhatin)

Maka apabila akal itu di pandu dengan ilmu yg benar tanpa bercampur dengan angan2 dan kayalan, dan kemudiannya di bantu dengan kekuatan ruhani(akhlak) yang di sulami dengan (yakin,sabar dan syukur-sendi akhlak) ia membentuk amal perbuatan(tindakan) yang tepat dengan hakikat sesuatu itu di ciptakan.

Sebahagian sudut ia di ertikan dengan hikmah(berhikmah) Jalan2nya kekadangnya terbentuk dari ilmu dan kekadangnya dari gerak hati(ilham) atau sampai kepada kasyaf.Sesungguhnya kasyaf itu menerangkan ilham, dan ilham itu menerangkan akal.Sedangkan akal pula mewariskan kepada tindakan yang seiring dengan hakikat2 kebenaran sesuatu.

Dan kemudian keluarlah dari junub kelalaian hati sepenuhnya dengan perbanyakan zikrullah dan menuntun setiap gerak geri bhatin/zahir kpd apa yan di zikirkan(Al Khaliq) Maka sedemikian semoga2 hati sentiasa d pandu petunjuk dan hidayah dan seterusnya memimpin akal/fikiran tadi.Mustahil bagi manusia untuk memahami alam(pasaran) dengan hakikat keberadaannya di ciptakan tanpa mendekati dan mengenali akan Yang Maha Pengcipta alam( pasaran dan pesertanya) itu sendiri.

Ketahuilah..
Yang memberi mengciptakan.mengatur dan menjaga manusia dan kesejahteraan pada amal perbuatan(urusan trading) itu adalah dari Takluk Ilmu, Iradah dan kudratNya

Mahasuci Allah ! Dan pada diri manusia itu,khudrat itu datang dari Iradah(khendak) Iradah d pandu dari akal sedangkan akal itu d pimpin hati.maka hati itu adalah tempatnya berkumpulnya ILMU.. Benar kan ilmu2 dengan jalan2nya..nescaya akan benarlah akan segala pa yg d pimpinnya.

“Sesungguhnya di dalam setiap jasad anak adam itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruhnya. Jika jahat daging itu, maka jahatlah seluruhnya. Ketahuilah daging itu adalah hati.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka hentikan percakapn sia2 semasa berusuniaga dan bersaham.Ilmu itu bukannya dengan perbicaraan tetapi Nur yang Allah letakan di dada manusia kepada sesiapa yang di kehendakuNya.Diam itu menharuskan Tafakur.Tafakur itulah jalan kepada Ilmu.

Tingalkan gurau senda kerana gurai senda itu datangnya dari junub kelalaian.Hindari persoalan yang kurang utama dan bukan pd tempatnya.Belajar dan dalami lah ilmu dan latihlah rohani dengan berkekalan mujahadah.

Jagai akan adab ilmu dan berakhlak dengannya. Baik guru kepada murid dan murid kepada guru Sungguh bertanya itu tanda kefahaman namun * Jangan lah sesekali belajar sesuatu ilmu tanpa ingin mengamalkanya.

Binalah setiap detik masa dalam bersaham dengan menghidupkan budaya ilmu.Penuhi akan syaratnya, jagailah akan segala adab- adabnya dan bersungguh atas jalan2 kepadanya iaitu:
Mendengar, membaca,meperhatikan,memahami, beramal dan menyaksikan sendiri kebenaran dengan mata hati.Kerna itu lah pengalaman. Dan pengalaman itulah ilmu yang sebenarnya

Insyallah

Posted in:

7 Comments

  1. hati yg dekat pada penciptaNya akan membentuk tindak tanduk baik…hati yg penuh dengan kotoran akan buat hati terhijab dari kefahaman penerimaan ilmu..

    baik dalam,in shaa Allah baik juga luarnya..

    sesuatu yg berlaku pasti dariNya…

  2. Melakukan sesuatu tanpa ilmu adalah usaha yg sia2.. dan setelah adanya ilmu, mestilah seiring dgn kekuatan rohani yg timggi dlm mencapai kejayaan dan keredhaannya. Cantik sekali mesej tuan. Terima kasih

  3. Ramai dlm pasaran masuk tanpa ilmu. Bg yg mula ade ilmu.. naik perasaan ujub, riak, tamak dan kurang kesabaran. Kaedah DT byk mengajar sy erti kesabaran dan kejayaan bg org2 yg sabar sperti yg allah janjikn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *