Mutiara Hikmah

Tazkirah

By 28/07/2016 30 Comments

 

hikam28.7.161

Sebagai seorang muslim, kita telah digesa untuk melakukan kerja dan mencari kelebihan kurniaan Allah s.w.t di muka bumi ini dengan bersungguh-sungguh bagi menampung segala keperluan hidup.

 

Kita ditegah untuk mengharapkan datangnya rezeki tanpa usaha dan ikhtiar dan hanya semata-mata menyerahkan urusan rezeki atas kurniaan Allah s.w.t, sesungguhnya itu adalah bertentang dengan konsep Ahlul sunnah waljamaah, iaitu perlu ada usaha dan ikhtiar dalam mendapat sesuatu kurniaan Allah s.w.t.

 

Gesaan untuk bekerja ini juga telah dijelaskan dalam banyak ayat Allah s.w.t antaranya :

 

Dan sesungguhnya kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur,tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

(Al-A’raaf ayat 10)

 

Dan kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya)masa untuk mencari rezeki.

(Al-Anbiyaa’ ayat 11)

 

Perkara penting dalam memahami konsep pekerjaan ialah sesuatu kerja yang dilakukan itu termasuk dalam salah satu cabang ibadat yang jika dilakukan mengikut cara dan bertepatan dengan kehendak syariat, maka ia dinilai sebagai ibadat.

 

Hasil pendapatannya juga akan menjadi halal dan akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.

Sebaliknya, jika berlaku perkara yang berlawanan, maka ia tergolong daripada kerja-kerja yang dilarang dan sudah pasti pendapatannya juga akan menjadi haram atau termasuk dalam kategori subahat (kesamaran/keraguan).

 

Matlamat sesuatu kerja yang Islam gariskan itu adalah jelas iaitu setiap kerja yang kita lakukan sebenarnya adalah beribadat kepada Allah s.w.t .

Apabila kita menjadikan sedemikian, sudah pasti kerja yang kita lakukan akan cemerlang dan terpelihara daripada perbuatan yang tidak diredhai Allah s.w.t. Ini termasuklah perbuatan menyeleweng, menipu, menyalah guna kuasa, rasuah dan seumpamanya yang menjadi punca kepada kerja yang kita laksanakan tidak mendatangkan hasil yang cemerlang dan sudah pasti tiada keberkatan dalam kerja tersebut.

 

Ini telah dijelaskan dalam sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a :

Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang yang melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan cemerlang.

 

Hakikat kerja yang kita lakukan adalah berkaitan dengan pendapatan atau gaji.

Dari pendapatan inilah kita gunakan untuk menyara ahli keluarga dan menampung segala kuasa kehidupan yang lain.

Islam amat menitikberatkan soal pendapatan.

Ini kerana ia melibatkan soal makanan harian kita.

 

Mahukah kita jika kehidupan kita sentiasa dilingkari dengan pendapatan yang haram atau subahat?

Pastinya kita tidak mahu.

 

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita berkenaan hasil yang kita perolehi dengan sabdanya :

Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya.

Riwayat At-Tarmizi Peringatan ini sewajarnya menjadikan kita lebih berwaspada, semoga amaran ini menjadi pegangan kepada setiap orang Islam.

 

Kita perlu menyedari betapa Islam amat menjaga soal pendapatan dan hasil kerja yang kita lakukan setiap hari.

Dewasa ini, ramai di kalangan kita memilih kerjaya dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan, maka berbagai bentuk perniagaan yang dijalankan, termasuklah perniagaan melalui internet dan sebagainya.

Di antara perkara asas untuk menjadikan kerja yang kita lakukan dinilai sebagai ibadat dengan menjana pendapatan yang halal, berkat dan bertepatan dengan kehendak syarak, ianya dijelaskan seperti butiran berikut :

 

 

Pertama : Niat untuk melakukan kerja itu mestilah betul.

Bila kita ingin memulakan sesuatu perniagaan, persoalan yang perlu ditimbulkan, apakah niat kita apabila menceburkan diri dalam perniagaan tersebut?

 

Adakah kerana cita-cita yang tinggi untuk menjadi kaya dan beriman kepada Allah atau sebaliknya?

Adakah kita berniaga semata-mata untuk menyayangi rakan kita yang telah mencapai kejayaan dan hidup mewah?

Adakah kita berniaga lantaran kerana terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan walau pun tanpa ilmu perniagaan dan kemahiran dalam bidang tersebut?

 

Sebenarnya banyak persoalan niat ini yang boleh dipersoalkan.

Maka sebagai orang yang ingin memulakan perniagaan, perlu bertanya apakah tujuan ia berniaga?

 

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan umatnya dengan bersabda :

Sesungguhnya segala amal yang dilakukan berdasarkan kepada niat dan sesungguhnya sesuatu amalan itu akan diterima oleh Allah s.w.t berdasarkan kepada apa yang diniatkan.

 

 

Kedua : Kerjaya yang diceburi mestilah diredhai oleh Allah s.w.t mengikut hukum syarak.

Perkara yang menjadi sumber pendapatan kita mestilah diredhai Allah s.w.t dan dibenarkan syarak. Sudah semestinya perkara yang melibatkan unsur perjudian, barang yang memabukkan, penyeludupan dan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum adalah tidak diredhai Allah dan haram di sisi syarak.

Oleh yang demikian perkara tersebut perlu dielakkan dan dijauhi.

 

 

Ketiga : Pelaksanaan kerja tersebut mestilah betul.

Syarat ini adalah melibatkan cara kerja yang kita buat.

Walaupun kerja atau perniagaan yang kita ceburi itu adalah yang halal dan sah, namun jika pelaksanaannya tidak betul, sudah pasti hasilnya tidak sah seperti adanya unsur-unsur penipuan dalam pengurusan,unsur riba’, perjudian dan seumpamanya.

Semua perkara ini termasuk dalam erti kata pelaksanaan yang tidak betul dan tidak telus.

 

 

Keempat : Tidak meninggalkan perkara asas yang diterima syariat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Kerja yang berkat dan sempurna ialah kerja yang sentiasa patuh dengan peraturan dan melaksanakan perintah Allah s.w.t.

Setiap pekerjaan yang dilakukan janganlah mengabaikan ibadat asas seperti solat, jika solat diabaikan, maka dengan mudah seseorang itu memandang remeh tentang hak-hak pengeluaran zakat dan pembiayaan sedekah kepada yang sepatutnya, hilangnya maruah dan harga diri dalam soal menjaga aurat, berbagai bentuk pendustaan lagi dan seumpamanya sehingga menjadikan kerja tersebut tiada keberkatan.

 

Seseorang yang melakukan kerja, tetapi meninggalkan solat tidaklah dianggap kerjanya diterima sebagai ibadat.

Sebaliknya orang yang bekerja dan berniaga mengikut syariat dengan melakukan kelima-lima syarat tersebut dianggap telah bertakwa, beribadat dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t.

 

Rasulullah s.a.w berpesan dengan sabdanya :

Sebaik-baik pekerjaan itu ialah usaha seseorang pekerja apabila ia berbuat dengan sebaik-baiknya.

 

Riwayat Ahmad Sifat jujur dan ikhlas perlu diutamakan dalam melaksanakan tugas sebagai pekerja. Kejujuran dan keikhlasan ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain keredaan Allah s.w.t.

 

Perlu diingat bahawa setiap tindakan kita, pasti tidak lari daripada pengawasan Allah s.w.t.

 Dan katakanlah (wahai muhammad):

beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah s.w.t dan rasulnya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah s.w.t) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata.

Kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan❞❞

 (At-Taubat ayat 105)

30 Comments

  • Don Trader Don Trader says:

    Saya nak kongsikan pengalaman sya yg fakir. bagaimana cara saya trading.

  • Don Trader Don Trader says:

    Puluhan tahun lamanya sya trading.
    Kebiasaan diri keseorangn.. mngintip setiap rahsia2 dalam pasaran dengan mata kasar dan mata hati..
    Sejak dari mula sehingga sekarang.
    Dalam masa trading– zikir demi zikir(zikrullah) dan perbagai kaedah amal ibadah.. saya bawa.
    Suluk demi suluk sya tidak pernah berhenti.
    Saya berjalan dr satu tahap ke satu tahap tnpa bhenti dgn sebarang pencegah dn halangan..

    Sebenarnya– perjalanan saya yg hina ini bukan lah saham..

    Tetapi kepada Allah.

    Dan saya menyamar dengan kesibukan utk monitor dan bersaham(tidak diganggu kesibukan) tetapi saya sebenrnya sibuk beribadah kepada Allah..- buat2 sibuk di depan khlayak- org pun x ganggu dan xde fitnah

  • Don Trader Don Trader says:

    Ilmu2 dan teori yg saya dapat dari syndcate sejak awal tahun 90an. Saya dalami dengan kyasaf.- (laduni)
    Saya selami dengan hati dan ilham sehingga mampu mnyimpulkan segala kekeliruan fikiran dan bab 2 kerohanian.
    Kekuatan pancaindera zahir diperkukuhkan dengan pancaindera bhatin – dengan kekuatan petunjuk, hidayah dan inayah Allah.

  • Don Trader Don Trader says:

    Pada sekitar tahun 90 an.. saya kurang monitor, beberapa jam sahaja sehari.. tetapi byk membuat carta manual. Selebihnya, banyak guna kaedah2 kerohanian.. melihat dgn mata hati.
    Kaedah ini lebih cepat sbb tiada ganggu pancaindera dan akal yg mereng.. semata musyahadah ilmu dn mukasyfah

  • Don Trader Don Trader says:

    Setelah itu setelah alat eletronic dan software.
    System dibangunkan di broker, mulai pakai laptop dan tinggalkan manual chart.
    Tp bila kita sudah faham semua teori, hukum dn konsep ilmu/pasaran..
    Kesinambungan keputusan akal dan bhatin itu mudah untuk di telaahkan- di ambil kesimpulan

  • Don Trader Don Trader says:

    Kalian perlu bersungguh-sungguh dengan ilmu akal(zahir) kemudian diperkuatkan faham dgn penyaksian2.
    Kemudian selami hakikat kebenarnya dgn Rahsia ketuhanan, di sebalik kekuatan pengaturan alam dan makluk ini. Tersusun pengaturan Allah yg maha Kukuh Sendi PenciptaanNya..
    Allah menghendaki sesuatu dengan apa yg sesuai dgn sifat22Nya.
    Sedangkan kita hanya tertumpu dan berada dalam kasab(usaha) dengan apa yg kita faham dan mampu langkaui sahaja)..
    kekadangnya sejalan dan adakalanya tidak.

  • Don Trader Don Trader says:

    Utk mencapai akan kesempurnaan itu hanya ada satu jalan, iaitu Hikmah..
    Dan tiada yg mendapat hikmah melainkan orang yg mendalami ilmu.. menemui hakikat kebenaran di dalamnya serta beramal dengannya.

  • Don Trader Don Trader says:

    boleh faham ke tak?

  • Don Trader Don Trader says:

    mana yg tak faham.sila tanya terus di sini

  • Dapat faham, perjalanan sy nampaknya masih lg jauh

  • Don Trader Don Trader says:

    Chart manual yg admin price buat tu.. saya lebih dari 10 tahun.
    Setiap hari hampir 12 jam sehari duk wat carta..
    kemudian sya halusi setiap dr kekasan kasab itu dgn matahati- kehalusan ilmu- dari sana saya memperbetulkan jalan2 petunjuk dari masa ke semasa shinggakan sampai kesimpulan selpas 15 tahun latihan.
    Di mana setiap kali keputusan2 yg hadir dlm bhatin itu menyepakati dgn kefaham akal- maka ia mejadi sangat tepat tanpa adanya sedikit pun keraguan.

  • Don Trader Don Trader says:

    Contoh yg paling terpelihara skang adalah bab arus dan sentiment–
    Di sini hampir suasana hati saya yang fakir mampu menangkap dengan mudah setiap ragam pasaran.. apa yang bakal berlaku dalam lingkungan masa sederhana panjang-(belakang,semasa dan ke depan)

  • Don Trader Don Trader says:

    Astagfirullah.. saya melihat hal ehwal admin price sudah makin ke depan dgn cahyaNya di hati– teruskan.. Selesaikan segala suluk yg telah saya jazamkan.
    Kita perlu berpindah dari seuatu himmah ke satu himmah yg lain, bagi menyempurnakan tugasan dan amanah, dan akhirnya.. perjalanan itu kita tinggalkan jejak bg ummat yg terkemudian.

  • Don Trader Don Trader says:

    Cari Allah.. dan apbila kalian menemui Sang Pengcipta..
    Akan sesuatu yg pernah kalian tinggalkan pada tempoh mujahadah..
    Akan kembali ke sisi dgn pandangn yg seorang zahid.. tidak lagi memabukkan dan merosakkan.

  • Andai 10 tahun utk chart manual, bererti kaunter dkt bursa ni dah abis tengok

  • Don Trader Don Trader says:

    Sesetengah ada dalamm hafalan. Sebab saya menghayati sifat pergerakan dn volume masing2.
    Di belakang sifat konter dan pasaran itu. Adanya bayangan kepada sifat manusia.

    Dan dari sifat2 dan karektor manusia itu adalah bukti kpd tajalli sifar2 Allah Yg Maha Tinggi .. jika kita melihat jauhar(makluk) pastu tergambar akan Penciptanya..

  • Don Trader Don Trader says:

    Dan apabila kita mngenali Pencipta. Maka kita mengenali apa yg diciptakanya..
    Keluasan ilmu itu adalah dlm wilayah kekhalifahn yg di tugaskn kpd manusia..

  • Don Trader Don Trader says:

    *dalam bahasa tasawuf * melihat alam sebagai Mahlul dan Allah sebagai Dalil..dan melihat semula Allah sebagai Mahlul dan alam sebagai Dalil

  • Don Trader Don Trader says:

    Dunia dan akhirat itu berhubung dan keduanya berada dalam keluasan ilmu Allah.. maka manusialah pd hari ini memisah2kan urusan agama mereka kepada perbagai2 bahgian

  • Don Trader Don Trader says:

    Semoga kita semua di pimpin dgn petunjuk..hidayah dn inayah..beramal lah kita semua d tempat masing2.
    In sya allah

  • Mudah2an dan dipermudahkan

  • Adakah kebanyakan sifat2 diblkng kaunter itu amat bertentangan dgn sifat2 kbykn manusia, cthnya membeli setelah gerak dan harga dah tinggi?

  • Don Trader Don Trader says:

    Kena faham erti dan hakikat ehsan.
    Di dalamnya kita akan memahami erti ruh, ilmu, kalb nafs dan syaja ah(amarah) dan dari sana kita akan memahami pula apa sifat2 yg terbit /meperbahrui drnya.
    Cabang2nya. Naik dan turun himmahnya(tingkat) yg menhilang, merubah serta menghapuskannya.
    Bahaya2 dan manfaatnya tipu daya dan pengkianatannya.
    Keadilan dan kesaksamaannya.

  • Don Trader Don Trader says:

    In sya allah perjalanan ini bertahap.
    Andaikata ahli semua sudah hadam dgn keilmuan2 yg sudah ada d website skang,
    in sya allah kita akn dibawa utk memahami keilmuan yg lebih dalam ke tahap seterusnya.

  • Don Trader Don Trader says:

    Jika d izinkan Allah pepagi esok sya akan bg syarahan bait 2 yg ada dalam gambar di atas dgn lebih jelas

  • Penuh dgn pengisian berkenaan tatacara dan panduan usaha dan ikhtiar

  • Huraian dan susunan perenggan mudah nak hadam, ..kemas

  • Tuan , perlu lagi ke chart manual ,, ? Sebb klscreener dah ada tunjuk volume dalam 30 hari .

Leave a Reply

Or