Syarah Al-Hikam (Jilid 1) – Hikmah 8: Apabila Allah SWT Membukakan Satu Arah dari Makrifah

Hikmah 8: Apabila Allah SWT Membukakan Satu Arah dari Makrifah

Pengenalan
Syeikh Zarruq berkata: “Sebagaimana wajib tidak waham (ragu) dan syak kepada janji-Nya, begitu jugalah wajib tidak waham (ragu) kepada perbuatannya.” Justeru Ibn ‘Ajibah berkata: “Apabila sesuatu kekerasa itu zahirnya, seolah-olah kekerasan Tuhan dan pada batinnya merupakan kebaikan yang berkesudahan dengan sift sifat kesempurnaan. Ia boleh menyebabkan syak wasangka pelajar terhadap kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT termasuk al-futuhat.”

Hikmah
Oleh itu, disebutkan hikmah ini:

“Apabila Allah membukakan satu arah daripada makrifah atau pengenalan bagimu kecuali Dia hendak berkenalan denganmu. Tidakkah kamu tahu bahawa perkenalan merupakan kedatangan-Nya kepadamu, hasil daripada amalan-amalan yang kamu hadiahkan kepada-Nya itu berbanding kedatangan-Nya kepadamu.”

Syarah Lafaz
1. Buka, dengan maksud memudahkan, dan kebiasaannya digunakan kepada perkara kebaikan. Terdapat banyak jenis pembukaan hingga terbuka maqam hati dan zahir sifat kesempurnaan – Nya.
2. Pihak atau laluan – Maksudnya di sini ialah pintu dan tempat masuk.
3. Makrifah iaitu mengenali hakikat sesuatu dengan mengetahuinya ma’ani yang tidak mungkin dirungkai daripadanya.

Mafhum Hikmah
Apabila Allah SWT bertajalli dengan nama-Nya al-Jalal dan al-Qahhar (menggambarkan kekerasan) dan membuka jalan bagimu untuk mengenal-Nya, maka ketahuilah bahawa ia merupakan tanda Allah SWT prihatin kepadamu dan memilihmu supaya dekat di sisi-Nya. Justeru kamu hendaklah menjaga adab beserta dengan redha dan penyerahan diri kepada-Nya di samping menerima-Nya dengan kegembiraan. Oleh itu janganlah kamu runsing dan hirau disebabkan sedikitnya amalan zahir kamu. Hal ini adalah kerana ia berfungsi sebagai wasilah dan perantaraan bagi amalan hati.

Iktibar Hikmah
Jalan menuju kepada hidayah Allah SWT dan mengenali-Nya ada dua jalan.

1. Jalan hidayah
Beramal, belajar dan mengetahui serta mendalami hakikat iman dan rukun-rukunnya termasuk mencintai Allah SWT. Dengan kata lain, lakukanlah amalan dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan. Konsep (amar makruf nahi mungkar) atau jalan ini mempunyai ranjau dan kepayahan. Ianya dikenali sebagai jalan hidayah dan ‘inayah.

2. Jalan al-ijtiba’
Allah SWT memilih hamba-Nya ke hadrat-Nya dikenali sebagai jalan al-ijtiba’.

Perbezaan antara JALAN HIDAYAH dan JALAN AL-IJTIBA’
– Jalan hidayah ialah perbuatan daripada hamba
– Jalan al-ijtiba’ ialah daripada Allah SWT.

Contohnya, seorang yang tenggelam di dalam lautan maksiat, tiba-tiba berlaku kejutan didalam hidupnya dengan sebab-sebab tertentu yang membawa kepada keinsafan. Semuanya berpunca daripada rahmat Allah SWT dan berakhir dengan kesungguhan ibadah dan pengabdian diri kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Allah SWT yang memilih akan siapa yang dikehendaki-Nya dan diberi petunjuk atau hidayah siapa yang kembali dengan kehendak-Nya juga (Surah al-Syura:13).

Al-Imam al-Nasafi didalam tafsirnya menyatakan bahawa: “Allah SWT memilih dan menarik sesiapa yang dikehendaki yakni kepada agama dengan taufik dan thbat untuk dating kepada Nya dalam ketaatan.”

Apabila Allah SWT memilih hamba-Nya sudah tentu dia diberikan sedikit ujian bagi melayakkan dirinya sebagai hamba Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW daripada Abi Hurairah r.a. firman Allah SWT: “Apabila Aku uji hamba-Ku yang beriman dan jika tidak mengeluh kepada yang menziarahinya nescaya Aku kuatkan ikatan-Ku (kurnia kesihatan) dan Aku gantikan dagingnya dengan yang lebih baik dan darahnya dengan yang lebih baik darinya, dan kemudian Aku berfirman kepadanya: “Mulakanlah amalan baru.” (Allah mengampuni dosanya).

(Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak 1/349 dan al-Baihaqi di dalam sunannya 3/375. Al-Hakim mensahihkannya dan al-Zahabi mempersetujuinya)

Biasanya pemilihan disebabkan penyakit yang menimpa. Antara kisah mengenai insan – insan terpilih:

1. Abu Al-Khair R.HM.:
Di Maghribi, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Abu al-Khair r.hm. berasal dari Saqoliah, Baghdad. Dalam usianya yang mencecah 95 tahun, dia masih menjadi hamba dan tidak dibebaskan oleh tuannya kerana kehendaknya sendiri, sedangkan tubuhnya penuh dengan kusta. Tetapi bau tubuhnya cukup wangi bagaikan kasturi sehingga dapt dihidu dari jarak jauh. Seseorang memberitahu kepadaku bahawa dia pernah melihat Abu al-Khair bersolat di atas air.

2. Muhammad Al-Sanfaji:
Derita penyakit dan sanggup dirantai besi.

Begitu juga seorang yang bernama Muhammad al-Sanfaji yang menghidapi kulit keputihan. Aku bertanya kepadanya: “Wahai tuan! Tiadakah lagi orang lain yang Allah boleh menurunkan bala selain darimu?” Jawabnya: “Diamlah, jangan kamu berkata begitu, kerana tatkala kami diberi peranan yang banyak kami tidak mendapat sesuatu yang lebih baik daripada bala untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.” Walaupun dagingnya luruh dan kulitnya mengalir darah dan nanah, dimakan ulat, dihingaapi lalat dan didatangi semut, namun pada waktu malam dia tidak berasa puas sekadar berzikir kepada Allah SWT yang mengurniakannya rahmat sehingga dia mengikat dirinya dengan rantai besi dan menghadap kiblat sambal berdoa sepanjang malam.

Dua cerita ini dicatat oleh Abu ‘Abbas bin Yusuf dalam kitabnya. Syeikh Ahmad al-Rifa’ie berkata: Aku lihat jalan-jalan menuju Allah SWT terlalu sibuk (ramai yang berbaris), kemudian aku lihat jalan bergoncang dan berpecah dan didapati ianya kosong.”

Perbezaan perbuatan Tuhan yang ketara untukmu supaya Berjaya dan perbuatanmu untuk Berjaya ialah perbuatanmu perlu keikhlasan, sedangkan perbuatannya tidak disertai syirik dan kekurangan. Benarlah kata Khairul al-Nasaj (berumur 120 tahun): “ Hasil amalanmu ialah apa yang layak dengan perbuatnmu. Justeru, mintalah limpah kurniaan-Nya dan kemulian-Nya. Maka itulah yang utama bagi kamu.”

Ibn ‘Ajibah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Yang paling banyak ujian dikalangan manusia ialah para nabi kemudian yang seumpamanya dan yang seterusnya.” (Riwayat Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah daripada Saad bin Abi Waqas dengan sanad yang hasan).

Apabila Allah SWT hendak mendekatkan jarak antara-Nya dan hamba-Nya, maka ditimpakannya bala sepertimana emas dan perak yang dibakar untuk pembersihan. Dengan sebab itu para auliya’ amat bergembira apabila ditimpa bala. Syeikh al-Syuyukh Sayyidi Ali al-‘Imrani menamakan bala sebagai lailatulqadar.

Menurut Syeikh al-Yazidi, Ta’rifat al-Jalaliah ada tiga bahagian iaitu:
1. ‘Uqubah dan tard (hukuman dan buang)
2. Ta’dib
atau Tanbih (pendidikan dan peringatan)
3. Ziadah dan Taraqqi (tambahan dan peningkatan).

Orang yang biadab, lantas dihukum oleh Allah SWT, sedangkan dia jahil. Dia akan marah dan berterusan ingkar terhadap hukuman Allah SWT itu. Akhirnya dia semakin jauh dari Tuhannya. Orang yang dipilih oleh Allah SWT tanpa sebab lantas dia kenal Allah SWT. Akhirnya dia akan sampai kepada maqam tetap dan kukuh.

Kata-kata seperti ini masyhur dikalangan pengikut tasawuf antaranya:
• Berdasarkan tahap ujian, begitulah kita dapat kedudukan
• Menguji yang kekal memutuskan perkara yang seakan-akan kekal.

Syeikh Maula al-‘Arabi berkata: “Hakikat hanya satu. Kalua kamu minum madu, kamu rasa madu, kalua minum susu kamu akan rasa susu dan kalua minum pahit rasa pahit. Justeru wahai saudaraku, minumlah yang baik dan bukan minuman yang tidak baik.”
Sifat sabar bukan sahaja ketika menerima unjian kesusahan bahkan perlu juga ketika mendapat nikmat agar tetap bersyukur. Ia akan dapat dicapai dengan amalan mentaati perintah Allah dan istiqamah dengannya.

Antara doa yang diucapkan oleh Imam Abu al-Hasan al-Syazili ialah: “Ya allah! Kurniakan kepadaku sifat sabar untuk mentaati perintah-Mu, menjauhi larangan-Mu dan menjauhi nafsu syahwat yang semua itu akan menjauhkan aku dari sisi-Mu.”
Sufi yang sabar akan menapak ke hadapan untuk mencapai martabat yang tertinggi pada maqamnya. Sehingga dia bersedia untuk menerima apa sahaja bentuk azab atau seksa. Ketika itu ia dinamakan memiliki kesabaran yang istimewa iaitu maqam Nabi Yaakub a.s.

Posted in:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *