Tazkirah

WASIAT IBNU ‘ARABI 39: Wasiat Ehwal Wara’ Dalam Berbicara

WASIAT IBNU ‘ARABI 39: Wasiat Ehwal Wara’ Dalam Berbicara

Hendaklah engkau bersikap wara’ dalam berbicara, sebagaimana engkau bersifat wara’ dalam makan dan minum. Wara’ bererti menjauhi segala sesuatu yang haram dan syubahat. Syubahat adalah sesuatu yang bergetar dalam dadamu. Diriwayatkan dari Rasulullah SAW, bahawa beliau bersabda: “Dosa itu adalah sesuatu yang bergetar di dalam dadamu.” Sebahagian ulama’ kekasih Allah mengatakan, “ Tak ada yang paling ringan dalam pandanganku selain wara’. Segala sesuatu yang menggetarkan jiwaku pasti kutinggalkan.” Di dalam sebuah hadis disebut: “Tinggalkan apa yg membuatmu ragu-ragu, dan am illah apa yang tidak membuatmu ragu ragu.” Diriwayatkan juga: “Tanyalah kepada hatimu, sekalipun para mufti memberikan fatwa kepadamu,” iaitu mengenai isu penghalalan. Jika engkau ragu ragu dalam hal itu, maka jauhilah. Yang demikian itu adalah lebih utama bagimu. Hanya saja, jangan engkau mengharamkannya.

Hendaklah engkau mengikut petunjuk yang benar, iaitu petunjuk para Nabi dan mengikuti sunnah mereka yang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk diikuti, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah SWT : “Mereka itulah orang orang yang diberikan petunjuk oleh Allah, maka ikutilah mereka (QS Al-An’am, 6:90). Demikian pula halnya dengan jalan yang baik dan bersikap sederhana dalam semua urusanmu. Rasulullah SAW mengemukakan bahawa petunjuk jalan benar, jalan yang benar, dan kesederhanaan adalah salah satu bahagian dari 25 bahagian kenabian.

Berhati-hatilah engkau jangan sampai tergesa gesa, kecuali pada tempat tempat yaang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW kepadamu untuk bersegera seperti solat diawal waktu, memuliakan tamu, menguruskan jenazah, dan menikahkan anak gadis jika sudah cukup umur. Bahkan dalam perbuatan demi kepentingan akhirat, bersegera melakukan itu lebih baik daripada melambatkannya. Akhirkan dan perlambatkan dalam urusan dunia, kerana urusan dunia berlalu tidak membuatmu rasa menyesal. Diriwayatkan oleh Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda: “Pelambatkanlah setiap hal , kecuali dalam perbuatan untuk kepentingan akhirat.” Muslim juga telah menyebutkan bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Asyajj ‘Abd Al-Qays: “ Pada dirimu ada 2 keistimewaan yang dicintai Allah dan Rasul Nya.” Ia bertanya , “Apa itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab , “ Berlemah lembut dan kesabaran,” iaitu berlemah lembut kepada orang yang menuduhmu membuat kejahatan dan bersabar dalam urusan dunia serta kepentingan diri sendiri. Jika engkau mempunyai keluarga, bekerja keraslah untuk menyarakan mereka. Orang yang bekerja demi orang orang yang terasing dan orang orang miskin adalah seperti mujahid di jalan Allah.

Jadilah sebaik baik pemimpin atas segala sesuatu yang dipertangungjawabkan yang dimintakan oleh Allah tanpa pengecualian. Penguasa adalah pemimpin, dan setiap pemimpin dimintai untuk bertangungjawab ke atas pimpinannya dan atas apa yang dilakukan ke atas mereka, apakah mereka bertaqwa kepada Allah, dalam memimpin mereka atau tidak. Seorang ibu adalah pemimpin rumah dan anak anaknya. Seorang pekerja adalah pemimpin harta tuannya.
Janganlah engkau lupa untuk membawa selawat kepada Rasulullah SAW. Jika engkau menyebut nama beliau atau mendengar nama beliau disebut, maka engkau akan terbebas dari kebakhilan. Diriwayatkan bahawa beliau bersabda, “ Orang yang bakhil adalah orang yang mendengar namaku tetapi tidak membawa selawat ke atas ku”. Jika engkau tidak berbuat demikian, maka engkU disebut sebagai bakhil secara mutlak, yakni sifat paling tercela. Di sini, maka kebalhilan ialah bakhil kepada dirinya , kerana telah diketahui bahawa seseorang berselawat kepada Rasulullah SAW sekali, maka Allah menyampaikan selawat dan salam kepadanya 10 kali. Barangsiapa tidak mahu berselawat, maka ia telah bakhil kepada dirinya sendiri lantaran telah mencegah Allah memberikannya selawat dan salam 10 kali.

Leave a Reply

Or