Pelabur Saham Bursa Malaysia

Soal Selidik Modul Haji dan Umrah

By 04/10/2015 October 14th, 2015 2 Comments

Dengan Nama Allah.

Borang Soal Selidik

Borang Soal Selidik

Walau sesukar mana pun. Bumi kerendahan harus di pijak dan ketinggian langit pasti di junjung. Apa jua yang kita di kurniakan dan di anugerahkan hanyalah terkandung dalam 1 haq (hak Allah /amanah) yang Utama. Iaitu mengembalika yang Haq itu kepada yang Berhak.Bertaqqarub dan beramal ibadah kepada Nya semata-mata.

Maka sedemikian wajiblah bagi muslim bertaqarrub (mendekati diri kepada Allah) dengan segala kudrat semampunya. Dengan segala jalan dan munasab. Dengan segala pemilikan kurniaan dan anugerah daripadaNya. Baik dari segi nyawa,harta,ilmu,kedudukan dan sebagainya.

Kalimah-kalimah Allah perlu d tinggikan dalam semua urusan(amanah agama). Kepatuhan kepada perintah-perintah Ilahi perlu di laksanakam dalam segala hal dan sudut. Baik dari ideologi,teologi,metodologi dan pelaksanaannya serta displinnya. Ia sebagai jalan untuk menyempurnakan Haq dan Hikmah kemanusian itu di ciptakan. Untuk mencapai kesenambungan amanah kekhalifahan atas kehidupan d alam mulki wal shahadah..

Sesungguhnya mencari penghidupan. Dan berusaha atas jalan-jaln yag halal itu adalah wajib dan jihad bagi setiap muslim. Menegakan kesolehan (ehsan) dalam setiap urusan itu wajib bagi orang-orang yang soleh sedangkan meninggikan kalimah Allah(ayat-ayat Allah/perintah) dalam urusan itu adalah wajib bagi para pjuang-pejuang agama.

Maka jadilah lapangan urusniaga dan penglibatan seseorang muslim dalam pasaran ini ,perlulah bermatlamat dan bertujuan yang benar dari sisi fitrahnya(agama) iaitu kepada Allah semata-mata.Matlamat terakhir pelaburan dan berusniaga bagi muslim  bukanlah untuk mejadi kaya atau mengumpul harta tetapi untuk beribadah dan mendampingi Allah Ta ‘ala(Taqarrub)

Dan wajib lah bagi setiap mukmin itu mengadakan perancangan-perancangan  yang tersusun dan selari dengan segala perintahNya(syariah) untuk mencapai matlamat tersebut.Dan sebahagiannya menjadi jalan(sebab dan munasab) kehampiran kepada Allah(iman dan taqwa)Dan sebahagian dari pembangunan  yang di usahakan atas Taqarrub ini melibatkan pula kemajuan-kemajuan dalam kerohanian(iman dan taqwa),amal ibadah keseluruhannya terutama yang berkaitan dengan economi dan kekuatannya.

Dan sebahgian dari hasil dan jalan-jalannya adalah untuk zakat.sedekah.membantu ummat(kemusyahalatan umum) umrah dan haji..

Dengan sedemikian. Bagi membangunkan susun atur pelaksanaan grup dan pengisiannya serta memberi peluang dan ruang yang lebih kosisten dalam pembangunan berterusan. Selain dari Seminar2 ilmu yang bakal di laksanakan.Kami akan mula bangunkan Program Pakej Umrah dan Haji kepada masyarakat pelabur dan pedagang semua.

Kami akan mulakan dengan pelantikan seorang admin bagi membangunkan  skop ini di dalam grup DON TRADER. Dan mengalukan warga ahli/ kaum muslimin dan muslimat semua memberi sokongan kepada program ini. Di bawah adalah borang soal selidik Modul Haji dan Umrah yang di buat admin DON TRADER tersebut.Para jemaah yang pernah menunaikan Haji dan Umrah di minta untuk menjayakan kajian ini dengan menjawab soal selidik yang di sediakan

Sila isi di bawah atau ke link untuk mengisi borang kaji selidik:

https://docs.google.com/forms/d/1KkqmgehuCk5_szQ65wEUcFT3M3_iBXbZAp-RuRDZxk0/viewform?ts=5610b54a&edit_requested=true

Seterusnya.pihak kami akan berkerjasama dengan pihak Agensi Travel bertauliah dan mempunyai rekod pengurusan dan perkhidmatan yang cemerlang untuk mengadakan pakej-pakej Haji dan Umrah yang menarik,eklusif dengan harga-harga yang istimewa.Insyallah akan di bangunkan kaedah pembayaran yang bersekala bagi memudahkan dan mengalakan warga ahli sekelian untuk menjalankan Haji dan Umrah nanti. Program-program ini akan d kawal selia  oleh Admin Don Trader di atas dan jika Modul ini berjaya insyallah ia akan di guna pakai di dalam program Haji dan Umrah nanti. In sya allah.

 

Dengan kerjasama,

Prof. Madya DR HJ Mohammad Bin Seman
Faculty of Languages and Linguistics
University of Malaya
50603 Kuala Lumpur

 

 

 

2 Comments

Leave a Reply

Or