Tazkirah

ilmu dan kebenaran

By 01/09/2015 No Comments

As salam dan selamat sejahtera semua.. Semoga Allah sentiasa mberkati kita semua. Dan semoga2 dengan kesabaran kita dalam mengharungi ujian2 dalam pasaran (kejatuhan dan kerugian) di waktu yg lepas. Allah memenuhi segala hikmah kasih sayangNya dalam sanubari kita(kehidupan keseluruhannya). Maka jadilah kita seorang yg teguh iman nya dan semakin dekat dengan Allah. Bukan semakin bermaksiat,semakin sombong ,lalu di jadikan jauh dan hina di sisi Allah.(nauzubillah)

Di dalam pasaran.. kita akan sentiasa berada dalam keadaan di uji. Pada sudut harta dengan sikit dan banyaknya. Bertambah dan berkurangang.Risiko dan Imbuhannya.

Andai kata kekuatan bhatin dan lahiriyyah kita hanya d tumpukan kpd sesuatu yg Jauhar dan bepegang kpdnya semata2. Maka jadilah hati sentiasa dalam keadaan ragu2. akal sentiasa di bayangi kekeliruan. Kelakuan kita temunggu2(teragak2 ) kerna tiada sinar yang mbakar dari cahaya Keyakinan.

Dan bilamana hati sudah mula bpegang kepadaNya .Baik dengan sesuatu yg berhubung secara lansung kepadaNya atau sesuatu yg berhubung dgn jalan2 syariat(perintah dan laranganNya) keyakinan2 akan mulai membina. Maka jadilah hati dan amal perbuatan lebih teguh dalam keyakinan.

Sebagai Muslim,dalam pasaran kita sentiasa perlukan kepada Ilmu2 yang benar. Yang mampu membawa kita kepada manfaat dan terhindar dari mudarat.Baik yg berada di dunia dan di akhirat atau berhubung langsung dgn Allah Ta ala. Muslim perlukan kepada ilmu pengetahuan untuk mbuka hakikat2 kelemahn diri pada masa lepas agar kemudiannya terbuka jalan kepada pembaikan pada masa2 sekarang.. Dan mereka perlukan ilmu pengetahuan yang membaharui pada masa2 sekarang yang sedemikiannya untuk membuka jalan kepada kejayaan pada masa2 depan.

Cari lah ilmu dari mana jua. Dalami lah Ilmu dan cari lah kebenaran, kemudian apabila temui kebenaran. Maka baru mencari guru. Semoga sedemikin kalian tidak tertipu dengan bahaya jumud dan fanatik. lalu tenggelam dalam sangkaan.Hati tertutup dengan cahaya kebenaran shinggakan mata tidak mampu melihat dan telinga tidak mampu mendengar,Sehinggakan hati tertutup dengan sangkaan cahaya padahal hati di penuhi dengan kegelapan dan tidak mampu lagi menerima kebenaran dari yg lain(kbenaran hakiki)

Tiada Indicator yg paling sempurna(dalam pasaran saham) melainkan setelah mendapat Petunjuk,Hidayah dan Inayah Allah. Maka sedemikian berjalanlah dengan sifat2 kehambaan(kerohanian)Latihkan segala amal perbuatan dalam bertaqarrub dan berakhlak kpdNya.Dan tiada lah akhlak yg lebih mulia selain apa yang telah di tunjukan oleh para Rasul dan nabi.Sesungguh Nya Agama itu melampaui sepadan zaman,ketamdunan(peradaban) ,keilmuan serta kaedah. Luruskan akhlak dengan sifat Hiba dan Hanif(mudah bertaubat dan kembali/membetulkan diri) semoaga sedemikian Allah sentiasa menunjuki kita.

Bebaskan diri dari berfikiran jumud(sempit) yang telah mcerai beraikan urusan agama (berasingan)sejak sekelian lama. Sesungguhnya kebenaran itu hanyalah 1. Dan agama itu tiada pernah terpisah dr urusan alam keseluruhannya. Namun kenapa pada zaman fitnah ini. Urusan agama sudah tercerai berai dari kekeliruan2 manusia yg tidak di pecahkan dengan kembali kembali kepada ILAHI

Leave a Reply

Or