Berita dan Pengumuman

Kaedah PUS T+8 Bermula 01.08.2015

By 30/07/2015 November 16th, 2018 4 Comments

Dengan Nama Allah

Bermula 01.08.2015, kaedah Panduan Urusniaga Singkat ( PUS t+8 ) akan dilaksanakan seperti berikut di mana ia menggantikan sebarang kaedah PUS sebelum ini.

  1. Kaedah ini menggunakan sebahagian dari peruntukan TUNAI pecahan modal keseluruhan(rujuk kefahaman strategi belian di bawah).
  2. Panduan Urusniaga Singkat dibuat di telegram channel dan group FB DON TRADER dan summary PUS akan dikemas kini diwebsite.
  3. Akan hanya diberikn nama kaunter dan harga. Tiada TP(target Price) dan formate diberikan.
  4. Sasaran keuntungan adalah tidak terbatas dan ia bergantung kepada tahap keilmuan dan kemahiran ahli yang dibangunkan dari masa ke semasa.
  5. Kaedah STOP LOSS diguna pakai di mana sebarang 3 bid kejatuhan dari harga yang diberikan, warga ahli perlu JUAL (CUT LOSS.
    Warga ahli boleh membuat penilaian dan pertimbangan awal untuk meminimakan kerugian jika didapati sesuatu PUS yang diberikan tiada menepati sasaran pergerakan dan prospek kenaikan asal.
  6. Dalam rekod summary, hanya kenaikan sebanyak 3 bid dari harga yang diberikan yang dikira untung. Julat antara harga yang diberikan dan 3 bid menaik akan di tulis *tidak berubah* . Harga maximum kenaikan dalam masa 8 hari masih direkodkan seperti biasa.
  7. Kuantiti belian yang disyorkan adalah dalam gandaan 10-20K unit, (guna sebahagian dari pecahan modal(kecairan). Walaupun begitu, penentuan jumlah kuantiti boleh dibuat penilaian semula dari tahap keilmuan dan kemahiran para ahli pelabur sekelian.(dari keilmuan yang di terapkan dan di amalkan). Utamakan KECAIRAN TUNAI dalam kaedah ini, agar kemampuan belian sentiasa wujud untuk menghadapi sebarang PELUANG dan RISIKO ke depan.
  8. PUS akan tamat tempoh sekiranya
    -sebarang kenaikan berlaku dari kaunter dan harga di berikan sebanyak 3 bid ke atas
    -atau telah melebihi T+8 tanpa ia di susuli dengan PUP(Panduan Urusniaga Pegang)
    -setelah ia jatuh melebihi 3 bid ke atas.
  9. Jika dalam tempoh T+8, kaunter yang diberikan disusuli dengan Panduan Urusniaga Pegang,(termasuk PUS yang di tulis status PEGANG semasa ia diberikan) maka ahli boleh membuat pertimbangan untuk Pegang(Pick Up).
  10. Jika selepas 8 hari atau sebelum 8 hari, PUS dibuat semula, (tanpa ada atau di susuli dengan mana-man PUP, ia bermaksud 8 hari trading maximum disambung kembali)
  11. Pengiraan 8 hari berdasar T+8 = Di mana hari nama kaunter dan harga diberikan pada hari tersebut, ia di kira T0. Dan berakhirnya tempoh panduan ini adalalah pada hari T8 pada pukul 5 petang sebaik sahaja pasaran ditutup.
  12. Kaedah ini tidak meninjau semua kaunter dalam pelbagai kategori dan timing pergerakan yang di tumpukan.Ia perlu lebih di utamakan kepada kaunter yang aktive dengan vol.Namun begitu keutamaan akan di buat kepada kaunter yang sudah ada Panduan Urusniaga Pegang(PUP) atau yang bakal di buat Panduan Urusniaga Pegang(PUP)

Sekian Terima Kasih.

Don Trader

——————————————————————-

Untuk rujukan,kajian dan penilaian warga ahli dengan kaedah dan pelaksanaan PUS T+3 dan T+8 pada masa lepas. Sila rujuk semua rekod formate kaedah- kaedah yang telah di bangunkan setakat ini dan rekod laporan summary di bawah.

laporanPUST3jan2014-jan2015

laporanPUST8 feb2015-june2015

Kefahaman Panduan Urusniaga Singkat di DON TRADER(formate bermula Jan 2014- feb 2015)

Panduan Urusniaga Singkat atau daily trade(max 3 hari)hanya di buat di wall FB DON TRADER. Selepas 3 hari /sebarang kenaikan yang berlaku dari kaunter dan harga di berikan, ia akan tamat tempoh/expired. Pelabur di kehendaki mengambil inisiatif untuk dispose pada sebarang harga. Tiada sasaran harga(target price) di berikan. Pengiraan 3 hari berdasar T+3,di mana ia bermula pada hari kaunter di berikan dari pukul 12.01 am-12.00 pm, ia di kira T0. Dan berakhirnya tempoh panduan ini adalah pada hari T3 pada pukul 5 petang sebaik sahaja pasaran di tutup.

Kaedah ini mengunakan sebahagian dari peruntukan cash pecahan modal keseluruhan(rujuk kefahaman stratergi belian). Akan hanya di berikn kaunter dan harga. Selepas 3 hari atau sebelum 3 hari, ia di post/berikan semula, ia bermaksud, 3 hari trading max di sambung kembali. Tiada TP dan formate di berikan.

Jika dalam tempoh T+3 kaunter yang di berikan di susuli dengan Panduan Urusniaga Pegang, maka pelabur boleh membuat pertimbangan untuk pick up/Pegang.

Kaedah ini meninjau semua kaunter dalam pelbagai kategori dan timing pergerakan yang di tumpukan. Kekadang ia di buat pada kaunter yang sudah ada panduan urusniaga pegang dan sebaliknya.

Walaupun begitu, utamakan kecairan dalam kaedah ini, agar modal cash sentiasa dapat rolling. Sementara bakat dan kemahiran sentiasa dapat di latih secara live trading.

Sasaran keuntungan adalah minimun rm100 sehari secara purata dari semua transaksi. Di syorkn belian dalam gandaan 10-20k unit shares, (guna sebahagian dari pecahan cash(kecairan) naik .005 sen dan keatas sudah cukup untuk dapatkan min rm100. Adapun sedekian, jika keilmuan dan kemahiran anda sudah semakin baik da mampu menilai pegerakan, pengambilan untung boleh di buat dengan margin/julat yang lebih besar.

Harap maklum.

01 - Jan 2014

02 - Feb 2014

03 - March 2014

04 - April 2014

05 - May 2014

06 - June 2014

07 - July 2014

08 - August 2014

09 - Sep 2014

10 - Oct 2014

11 - Nov 2014

12 - Dec 2014

a01 - Jan 2015

Pelaksanaan Panduan Urusniaga Singkat (PUS) T+8 mulai FEB 2015- June 2015

Dengan Nama Allah jua kita akan mulakan sesuatu kaedah dan pelaksanaan seperti berikut di mana ia mengantikan kaedah PUS (T+3) sebelum ini. Sekali gus kaedah PUS T+3 sebelum ini telah pun di mansuhkan.

1. Kaedah ini mengunakan sebahagian dari peruntukn TUNAI pecahan modal keseluruhan(rujuk kefahaman stratergi belian di bawah).

2. Panduan Urusniaga Singkat hanya di buat di wall fb DT dan summary PUS akan di kemas kini di website.

3. Akan hanya di berikn nama kaunter dan harga. Tiada TP(target Price) dan formate d berikan.

4. Sasaran keuntungan adalah tidak terbatas. Dan ia bergantung kepada tahap keilmuan dan kemahiran ahli yang di bangunkan dari masa ke semasa.

5. Dalam rekod summary baru, hanya kenaikan sebanyak 3 bid dari harga yang di berikan yang di kira untung. Julat antara harga yang di berikan dan 3 bid menaik akan di tulis *tidak berubah* . Harga maximun kenaikan dalam masa 8 hari masih di rekodkan seperti biasa.

6. Quantiti belian dalam gandaan 10-20k unit, (guna sebahagian dari pecahan modal(kecairan). Walaupun begitu, penentuan jumlah quantiti boleh di buat penilaian semula dari tahap keilmuan dan kemahiran para ahli pelabur sekelian.(dari keilmuan yang di terapkan dan di amalkan). Utamakan KECAIRAN TUNAI dalam kaedah ini ,agar kemampuan belian sentiasa wujud untuk menghadapi sebarang PELUANG dan RISIKO ke depan.

7. PUS akan tamat tempoh sekiranya sebarang kenaikan berlaku dari kaunter dan harga di berikan sebanyak 3 bid ke atas atau telah melebihi T+8 tanpa ia di susuli dengan PUP(Panduan Urusniaga Pegang). Walaupun begitu para pelabur masih boleh memilih untuk terus pegang dan merujuk kepada PUP(sekiranya caunter tersebut adalah dari PUP yg sedia ada dan masih SAH).

8. Jika dalam tempoh T+8, kaunter yang di berikan di susuli dengan Panduan Urusniaga Pegang, maka ahli boleh membuat pertimbangan untuk Pegang(Pick uP).

9. Jika selepas 8 hari atau sebelum 8 hari, PUS di buat semula, (tanpa ada atau di susuli dengan mana-man PUP, ia bermaksud 8 hari trading maximum di sambung kembali.

10. Pengiraan 8 hari berdasar T+8 = Di mana hari nama kaunter dan harga di berikan dari pkul 12.01 am-12.00 pm, ia di kira T0 . dan berakhirnya tempoh panduan ini adalalah pada hari T8 pada pkul 5 petang sebaik sahaja pasaran di tutup.

11. Kaedah ini meninjau semua kaunter dalam pelbagai kategori dan timing pergerakan yang ditumpukan. Keutamaan akan dibuat pada kaunter yang sudah ada Panduan Urusniaga Pegang(PUP) atau yang bakal dibuat Panduan Urusniaga Pegang(PUP).

a02 - February 2015

a03 - March 2015

a04 - April 2015

a05 - May 2015

a06 - June 2015

4 Comments

Leave a Reply

Or