Pelabur Saham Bursa MalaysiaSentimen dan Trend Semasa

Sentiment, Trend, Sektor, Kaunter dan Sifatnya

By 20/05/2015 June 20th, 2015 2 Comments

Sentiment, Trend, Sektor, Kaunter dan Sifatnya

1.Sentiment

Sentiment ini adalah suatu keberadaan semasa atau keadaan ke depan pasaran. Ia selalunya dirujuk kepada suatu frame masa di mana input yang diperlukan bagi pasaran menaik / menurun akan disatukan kerana sentiment yang (-) akan mendorong kebanyakan counter menurun/berlaku consolidated/correction; manakala jika sentiment (+), ia mendorong kebanyakan counter meneruskan kenaikan, mulai menaik atau behenti dari kejatuhan.

Keberadaan sentiment ini selalu diselindungkan. Nilai-nilai dan input + dan – yang tidak seragam dan dipisahkan dengan masa juga akan mewujudkan perubahan trend kenaikan dan kejatuhan. Dengan sedemikian, sentiment ini bukan dirujuk kepada kedudukan index dengan naik dan turunnya.

Adakala harga menaik dan menjatuh dengan berlawanan dengan pergerakan index. Dan bukan la tepat jika sentiment ini diistilahkan pergerakan harga kerana dalam menuju keseimbangan dan kesatuan dalam arus pergerakan, sentiment ini tidak akan mampu dikesan dan pasaran sentiasa bergerak 6 kali lebih awal dari fakta (Financial Analysis (FA) atau Technical Analysis (TA) /News/ Psychology) dan apabila keberadaan sesuatu keadaan/sentiment itu sudah dikenal pasti maka ketahuilah ia sudah pun berlaku (expired). Hanya kepada peserta2 yang mampu menilai akan keberadaan akibat lalu ia menilai dan mampu memastikan sebab munasab yang disaksikan pada pengalaman2 pasaran, sifat2 yang wujud dari belakang permukaan pasaran, maka pembacaan keberadaan sentiment ini akan menjadi lebih tepat dan pasti.

Pergerakan dari asas sentiment.
Jika ia adalah sentiment positif +,ia di istilahkan dengan rally.Pada perbentukan sesuatu rally,pengumpulan script(shares)secara luar biasa perlu berlaku terlebih dahulu pada keseluruhan atau kebanyakan counter dalam pasaran. Kebiasaaannya ia berlaku selepas pasaran berlaku kejatuhan yang besar(crash/correction). Dan tempoh pengumpulan kebiasaan perlu berlaku dalam tempoh 3-6 bulan(paling pendek) atau sekurangnya ia berlaku kepada majority counter yang bersifat penting untuk berada dalam barisan depan kenaikan untuk membentuk rally dan sentiment.Kemudian pasaran keseluruhan akan berlaku seperti kerangka pergerakan seperti fasa-fasa di bawah:

Fasa Pertama
Semua counter bergerak menyeluruhan. Counter di katogerikan kepada 3
1. Berwajaran Berat- Counter-counter yang berada dalam list index klci
2. 2nd liner.Counter yang bersifat sederhana. Dinilai dari sudut FA
3. 3rd liner,iaitu yang terdiri dari small capital atau penny stock.

Pada peringkat lantunan pertama yang berlaku pada permulaan rally. Hampir keseluruhan counter berlaku kenaikan secara drastik dengan transaksi dan volume  aktif dalam tempoh- tempoh tertentu. Ia adalah bagi menarik tinjauan dan pemerhatian peserta atau pelabur yang berada di luar pasaran agar bersedia atau mendorong mereka kembali kepada pasaran. Tanpa ada penglibatan dan penyertaan peserta pasaran yang cukup,rally sesebuah pasaran tak akan dapat di bangunkan.

Fasa ke dua
Setelah berlaku sifat lantunan pertama, di mana harga dinaikkan secara menyeluruh pada sesuatu tempoh tetentu maka akan bermulalah berlaku proses pengambilahan untung. Beberapa counter atau harga akan menerima kesan kejatuhan dan ada beberapa counter yang terus berlaku kenaikan berterusan dan ada juga yang akan kekal pada sesuatu peringkatan harga. Ia adalah berdasarkan kepada sejauh mana sesuatu counter itu bersedia untuk menaik. Dan ia diukur pula dengan sejauh mana pengummpulan script(shares) itu sudah cukup atau hanya menunggu masa(timing) yang sesuai sahaja. Pada tempoh dan fasa ini,psychology dan pemikiran peserta akan di tekan atau di desak dengan ketidak tentuan. Pemikiran dan psychology perserta juga akan di bentuk agar sentiasa atau terus berada dalam pasaran. Sub sector dan counter-counter akan terus berlaku kenaikan secara bergiliran agar peserta tidak mampu membuat keputusan dan perancangan yang besar dalam pasaran. Keraguan akan sentiasa di semai agar transaksi dan penyusunan (belian) counter portfolio tidak berlaku dengan keadaan yang besar serta tersusun.

Fasa ketiga
Setelah kenaikan harga berlaku secara bergiliran, di mana pada masa yang sama juga katogeri counter sector juga bergiliran dan hampir menaik semuanya. Dan kenaikan masing-masing harga(counter) Hampir mencapai Sifat Harga kenaikan(seperti jadual sifat harga) atau Sifat harga VS Rally.Volume pasaran akan mula di bentuk dengan transaksi-transaki yang aktif. Dalam Fasa ini pasaran akan di makin dengan issue-isue yang positif(+).Kenaikan counter akan berlaku secara menyeluruhan. Sub sector juga akan menaik secara serentak. Hampir keseluruhan katogeri counter juga berlaku kenaikan serentak(counter berwajaran berat(kenaikan index),2nd liner,3rd liner).Transaksi-transaksi yang aktif ini di wujudkan secara menaik bagi medorong peserta obses dan yakin(berkeyakinan penuh) dengan sentiment dan trend dan  membuat pembelian yang besar dan sentiasa mereka memasuki semula pasaran setelah proses pengambilan untung di lakukan(walapun harga counter semakin tinggi.)kemuncak kepada keyakinan peserta memasuki  pasaran adalah tandanya  kemuncak bagi sesuatu kenaikan.(tempoh masa rally berakhir)

Dalam fasa ini turnover pasaran kebiasaanya menjadi rekod beserta nilai Index klci(rekod baru) Jumlah counter menaik vs counter menurun(daily) di lihat jelas .Dalam keberadaan pasaran begini, tempoh ini akan berlaku dalam masa yang cukup untuk market maker dan para syndicate melepaskan script(shares) masing-masing kepada peserta umum. Mereka akan mulai menjual mulai arus kenaikan besar ini berlaku sehingga kepada harga kemuncak(penjualan secara harga purata). Apabila di lihat kebanyakan counter dalam semua katogeri telah mencapai sifat vol(yang besar/heavy spike) dan sifat harga yang sudah tercapai,maka pembetulan harga akan berlaku.Ia di lihat seolah-olah proses pengambilan untung,kemudian harga akan di jatuhkan sedikit-sedikit dan akhirnya kejatuhan besar akan menyusul.Pasaran akan jatuh merundum sehingga di luar tahap penerimaan fikiran dan psikologi peserta. Di mana mereka akan membuat keputusan untuk cut loss semuanya

2. Trend.

Dari sentiment dan signalnya (rally) Para peserta perlulah pula mebuat kajian secara lebih terperinci dalam meneanal pasti counter-counter yang berprospek tinggi menaik dan cara pegerakan harga akan berlaku.

Pada asasnya, jika sentiment menuju kepada +, sifat mudah serap atau sifat pengumpulan script oleh syndicate berlaku secara berterusan sehinggalah sesuatu harga berlaku berlaku heavy spike dengan volume yang besar dan mencapai harga kemuncak. Harga lebih terdorong berlaku kenaikan apabila berlaku sedikit peningkatan dalam faktor/fakta semasa (sama ada ia diselindungkan atau tidak dari permukaan pasaran).Kebiasaan semua fakta atau data-data positif(+) ini akan menyusul selepas pergerakan harga.

Jika dalam arus menurun, sifatnya akan menjadi berlawanan. Trend pergerakan ini tiada seimbang pada semua counter kerana struktur/keadaan yang berbeza untuk sesebuah counter/company.

Sub Sector
– Pergerakan sector bertindak dari reaksi fakta/data (ke depan) sama ada baik dan buruk (seperti yang di katakan 6 kali lebih awal) masa yang cukup untuk market maker/syndicate membuat pengumpulan atau pembuangan script sebelum fakta/data wujud di permukaan.

– Cara pergerakan counter dalam sector adalah tiada seimbang dan sejajar.
Pada asasnya ia perlu bergerak serentak pada permulaan dan kembali berlaku pergerakan bergiliran sehinggalah ia bergerakan serentak semula, maka ia baru dianggap berakhir sesuatu arus pergerakan (program) untuk sub sector. Ia seperti yang di terangkan dalam fasa sentiment atau rally.

-Apabila wujud sesuatu pergerakan subsector secara lebih menonjol dan menyerluruh dalam sesuah rally,maka peninjauan keseluruhan counter dari subsector tersebut perlu diberi perhatian. Counter-counter yang berlaku pengumpulan script dan sudah membetuk suatu pelantar harga yang cukup kukuh(samada setelah menjatuh atau kekal pada paras yang sama) perlu diberi perhatian. Dalam keadaan rally yang besar berlaku, setelah kenaikan satu-satu sub sector berlaku dengan jelas hampir kesemuanya counter dalam subsector yang sama akan berlaku kenaikan dalam kadar yang hampir sama. Ia terpulang kepada sifat counter masing-masing dan timing/masa kenaikan yang bergiliran. Dari sudut ini jika di tinjau bahawa kenaikan rally masih belum berlaku kemucakan,maka setiap counter yang masih belum menaik atau belum menaik dengan heavy volume atau dengan sifat harga yang cukup,dalam sesuatu sub sector tersebut ,maka counter tersebut adalah berpotensi.Ia perlu dikenal pasti dengan sifat-sifat counter itu sendiri kemudiannya.

Pergerakan related pikiologi counter dalam pasaran
counter yang ada skala struktur perniagaan yang sama(sub sector)
contoh maxis dan TM,Perdana dan perisai
– struktur securities yang hampir sama(katogeri) sperti total of share dalam skala-skala tententu

  • contoh counter yang total of shares besar- PDZ,TANCO,GPA
  • contoh counter yang total shares sedikit- MASTER,HOOVER

– owner sama/director atau penglibatan orang-orang yang sama

  • contoh ancom dan nylex
  • contoh facbind dan ptgtin
  • contoh pasdec dan mentiga

-Counter2 yang mpunyai hubungan dari sydcate yang sama,hanya mampu dikenal pasti dengan patern dan sifat counter,
yang ini tidak dapat dipastikan dengan baik kerana di kalangan mereka counter ini boleh diubah milik,

-Psikiologi pergerakan.pergerakan yang berkaitan antara satu counter dengan satu counter yang lain atas fakta sejarah. kemudian di ulang dgn pembentukan pemikiran dan psikiologi yang sama. Dan sehingga ia dikenal pasti dan hampir difahami. Cara pegerakan ini di tukar pula kepada corak yang berlainan. contoh.
-Contoh,apabila gtronic menaik,guh menaik dan di ikuti oleh success:

  • contoh apabila tanco dikuti oleh olympia dan dutaland dan seterusnya ptgtin
  • contoh apabila ancom dan nylex bgerak di kuti oleh muda
  • contoh mpi dan unisem dan notion
  • contoh pphb,komark,vesartl dan abric
  • contoh Aic dan Jotech
  • contoh Dataprp dan Emico

-Sambungan penghuraian pengeditan  kemudian.

Counter/company
– Program pengumpulan dan pelepasan script dari syndcate/market maker sangat penting untuk menentukan keadaan sesuatu counter/company dalam menilai prospek masa depannya. Orang yang paling ke depan dalam menerima kebaikan dari imporment dari nilai2 FA adalah market maker. Maka mereka bertindak sangat awal melebih dari pengaturan fakta/data itu sendiri; dan bertindak awal sebelum mewujudkan fakta/data yang buruk/sebaliknya.

– Mengenal pasti tahap /peringkat pengumpulan/perlepasan script  ini dirujuk pula kepada sifat yang ada pada counter dengan ilmu2 yang diterangkn sebelum ini iaitu:-

1. Sifat Que
2. Sifat Harga
3. Sifat Transaksi
4. Sifat Volume

Pandangan dan penilaian seterusnya ada terbalik proses diatas, di mana ia perlu dilihat dari sudut yang sempit dan makin meluas. Iaitu melihat kepada sifat yang ada pada counter/company- sub sector- trend- sentiment.

Bersambung dan akan diedit/penambahbaikan kemudiannya.

2 Comments

  • Shazwan says:

    Boleh tolong terangkan dengan lebih terperinci tentang sifat harga?

  • DonTrader Webmasters II says:

    Terima kasih kerana berminat dengan keilmuan DON TRADER,
    Sifat Harga adalah salah 1 silibus yang penting untuk ahli menilai tahap pergerakan harga sama ada menaik atau menurun.

    Senarai Silibus DT
    Konsep DT
    Sifat Que
    Sifat Harga
    Sifat Transaksi
    Sifat Volume
    Sifat Lantunan
    Sifat Berita
    Sentimen
    Strategi

    Untuk lebih mudah faham Sifat Harga dan lain-lain silibus, saudara boleh hadir terus ke Seminar ScriptX hujung minggu ni. Boleh rujuk image berikut :

    Untuk pendaftaran, sila tekan link http://bit.ly/scriptx
    Sekiranya ada pertanyaan, tuan boleh hubungi admin terus di page Facebook

    Sekian, terima kasih

Leave a Reply

Or