Pembukaan Akaun CDS dan Urusniaga (Trading)

Pembukaan Akaun CDS dan Urusniaga (Trading)

By 21/05/2015 February 11th, 2016 No Comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasehani. Sesungguhnya dengan kemuliaan Asma2Nya jua yang menyempurnakan akan segala sesesuatu urusan. Dan adalah berjayanya kesudahan sesuatu urusan terletak kepada baik dan berjayanya sesuatu urusan itu pada permulaannya. Dari hal  Tujuan dan matlamatnya.Dengan kaedah dan cara pelaksanaannya. Dengan keberkesanan ilmu dan pengalamannya(amal perbuatan) Yang bermula dalam  menetapkan seseorang tetap muslim dalam bermuamalah adalah yang menjadikan tujuan, matlamat, kaedah pelaksanaannya  dan segala bentuk penglibatan system, mekanisma itu dalam batasan syariat.

Kemuduian di gerakan dengan ehsan dan di junjung akan tugasan agama di dalamnya. Dan sebahagian dari haq sebagai muslim itu pada mulanya untuk menceburi dalam perniagaan saham. Maka pilih lah platform dan urusniaga dalam account berteraskan Islamic dan menjauhi system konversional yang mengamal riba.Sesungguhnya Allah menghalalknn jual beli dan telah mengharamkan akan riba. Tiada akan sampai sesekali kepada tujuan dan tiada pula benar dari keadah pelaksanaan selain dari dasar mekanisma yang kita gunakan masih tidak suci dari sesuatu yang di cegah Allah.

Kemudian apabila telah selesai akan hal yang sedemikian,beralih kemudiannya kepada keadah-pelaburan dan urusniaga itu sendiri. Dan di anatara kaedah itu ada yang d gemari dan ada yang di jauhi.Mendatang manfaat dan yang mendatangkan melarat. Ada Yang cepat menarik manfaat tetapi tiada ia berkekalan. Dan ada yang kurang memberi pulangan tapi ia selamat dan berkekalan. Dalam pengalaman pembangunan modal berkadarkan pusingan sentimen dan trend semasa sepanjang keadaan.

Pasaran pada aasanya terbentuk pada 2 asas aliran yang terbesar iaitu:

1.Arus menaik: Pada masa ini semua kaedah pelaksanaan dalam pelaburan dan urusniaga akan lebih cenderung kepada untung dan mendapat pulangan. Namun apa yang pasti setiap dari pelaburan dan urusniaga perlu di sandarkan kepada kemampuan modal cash yang sebenar bagi setiap peserta pasaran. Di mana mereka tidak mengunakan istilah CONTRA. Setiap belian adalah bersandarkan modal tunai(cash) di mana setiap risiko kejatuhan terkawal kerana mereka mampu pick up(paid share) bagi mengelak berlakunya Jualan Paksa(force selling). Dalam keadaan arus menaik keadaan menaik secara bergiliran coounter tetap berlaku.Maka dengan mengutamakn kaedah ini ia mampu menstabilkan keselamatan dan imbuhan kepada modal.

2.Arus menurun: Setiap yang menaik itu pasti menurun. Dalam situasi ini ,permulaan arus penurunan itu akan berlaku kemuncak kenaikan.Para peserta yang tidak mengamalkan etika dan disiplin ilmu dan kaedah pelaburan dan urusniaga dengan selamat pasti akan terperangkap. Kaedah-kaedah CONTRA yang mereka guna pakai sebelum ini akan mentabiati mereka dengan bersegera dn gelojoh dalam urusan berusniaga semasa keadaan kemuncak kenaikan. Di sini mereka mampu terperangkap. Dan apabila arus menurun berlaku dan di sedari ,harga sudah banyak menurun dan tiada lagi pilihan sama ada CUT LOSS atau PEGANG sehingga harga menaik semula. D sini akan akan bermula penantian yang sangat panjang di mana jika mereka tidak tahan dari segi bebanan fikiran dan emosi(pikiologi), aktivity cut loss itu akan terlaksana juga. Dan yang paling menerima kesan yang paling banyak adalah peserta-pserta yang CONTRA tadi. Selain dari mereka akan terperangkap dan rugi pada Jualan Paksa yang pertama. Sifat balas dendam dan ingin mengantikan balik kerugian(recover dengan cepat) akan menjadikan diri mereka terus CONTRA.

Kesalahan-kesalahan ini akan sentiasa berulang dan kebiasaanya sehingga modal mereka semakin menyusut dan berada di paras minima.Kesimpulan dari penyaksian pengalaman,hanya menjadi dasar kejayaan dan sumber kepada kekukuhan modal itu sebenar adalah melabur dan berurusniaga dengan kemampuan dan keupayaan modal yang sebenar. Bukan dari pinjaman,bukan dari mengambil kesempatan dan peluang (termasuk dari limit dan margin). Kerna erti muslim itu dan mukmin itu adalah kemuliaan dan Kemuliaan itu lah kekuatan yang sebenaranya. Pengunaan account trading Islamic Cash Up Front adalah kaedah yang terbaik dalam mengharungi segala macam keadaan pasaran yang di sesuai kan dengan pelbagai kaedah serta tahap kemampuan pelaksanaan bagi setiap peserta.Supaya peluang yang kita perolehi adalah menjadi apa yang berhak untuk kita miliki.Sifat Muslim (islam) dan Muttaqin(orang beriman)Dalam PasaranAdalah telah menjadi dasar kepada agama itu dalam semua kaedah dan pelaksanaan iaitu Iman dan Taqwa.

Di mana apabila kita berhadapan dengan mu a’malah(urusan jual beli dan tempat(pasar)/pasaran. Tidak boleh tidak untuk mngetahui akan hak-hak  Allah yg perlu di tegakan,batas-batasnya,syarat-syaratnya serta hukum-hukumnya. Dan untuk berjalan kepada pengetahuan itu seharusnya bagi setiap orang itu dalam keadan mencari,belajar,memahami,pempraktikan,memperbetulkan kesalahan dan kelemahan serta merujuk setiap perkara yangg menjadi keharusan pada agama itu kepada ahli2 nya. Dengan Nama Allah jua kesudahan yang baik itu hanya lah bagi orang-orang  yang bertaqwa.Kemenangan (keuntungan) adalah bagi orang2 yang sabar. Kecukupan kita adalah kefakiran(kebergantungan kepada Allah) dan kekayaan kita adalh zuhud(dunia dan akhirat).

Keselamatan kita adalah selepas titisan Al Shirat dan kealfiatan kita hanya lah di dalam surga.

Jenis account trading yang di maksudkan adalah Cash UpFront Acoount.Ia sperti di bawah:

Warga pelabur juga boleh membuat pemilihan mana2 broker dan investmentban yang menyediakan product Islamic

Di bawah adalah sebahagian dari proses-proses pembukaan account CDS/Trading dan info yang berkaitan Pembukaan akaun CDS :

1. Photostate IC.

2. Statement bank (muka depan) beserta cop pengesahan dari pihak bank.

3. Mengisi borang account trading dan borang CDS.

4. Menandatangani borang2 tersebut.

5. Bayaran RM10.

6. Tunggu pengesahan dari Bursa Malaysia dan broker/investment bank melalui surat / email.

7. Daftar secara online di id dan paswrd di platform(website) broker atau investmant bank

Semoga kita semua di berkati Allah. Sekeian Terima kasih,

Don Trader

Leave a Reply

Or