Analisa Dasar (FA)

Analisa Dasar (Fundamental Analysis)

By 21/05/2015 June 12th, 2015 No Comments

Jika anda berminat untuk melabur dalam pelaburan saham, maka kita perlu tahu dua cara asas untuk menganalisis pelaburan yang selalu diguna oleh para pelabur dan penganalisis pelaburan. Kedua-dua cara analisis ini adalah berbeza antara satu sama lain dan ia memainkan peranan dalam membantu membuat keputusan apabila melabur.  Di akhir artikel ini, anda akan tahu perbezaan utama di antara dua cara asas analisis ini dan bagaimana ia dapat membantu dalam membuat keputusan pelaburan.

Analisis Fundamental Analisis fundamental mengenal pasti sebuah saham melalui nilai intrinsiknya. Ia memfokuskan pada faktor-faktor pendasar yang mempengaruhi prestasi kewangan syarikat dan potensi perkembangan perniagaannya.

Analisis ini juga melihat pada perkembangan aktiviti mikro dan makro sebuah syarikat, di mana secara kesuluruhannya ia melihat pada kekuatan kewangan dan pihak pengurusan sebuah syarikat. Para penganalisis fundamental akan memulakan analisis mereka dengan mengumpul penyata kewangan, kunci kira-kira, penyata pendapatan dan aliran tunai. Setelah itu, mereka akan  menggabungkannya dengan faktor pendasar bagi memperolehi nilai intrinsik sebuah syarikat. Sekiranya  saham sebuah syarikat itu dijual pada harga yang lebih rendah berbanding nilai intrinsiknya, maka saham itu dikira sebagai saham terkurang nilai (undervalued stock).

Leave a Reply

Or