Analisa Teknikal (TA)

Analisa Teknikal (Technical Analysis)

Analisis teknikal adalah berbeza daripada analisis fundamental. Ini kerana keputusan analisa ini berpandukan kepada andaian yang akan berlaku pada harga sebuah saham pada masa akan datang. Ini bermakna analisis fundamental tidak diperlukan.

Para penganalisis teknikal ataupun dikenali sebagai “chartis” akan menganalisis perubahan harga sesuatu saham secara harian, minguan dan bulanan bagi mengenal pasti corak harga saham akan datang. Dengan memantau carta harga dan jumlah dagangan di pasaran penganalisis akan cuba membuat andaian yang tepat dan jelas berkenaan dengan harga saham pada masa depan.

Penganalisis akan memantau perkembangan nilai saham tersebut dengan mengunakan kiraan matematik dan carta. Dengan kiraan ini, maka dapatlah mereka mencadangkan keputusan sama ada ia sesuai untuk dibeli ataupun tidak. Terdapat beberapa komen mengenai analisis teknikal ini.

Oleh kerana semua matlumat saham masa lalu telah digambarkan oleh harga saham, analisis data terdahulu tidak memberi sebarang petunjuk terhadap pergerakan harga masa depan. Sikap pelabur juga boleh memberi kesan kepada analisis teknikal. Kenyataannya, analisis ini berhasil apabila kebanyakan pelabur membeli saham berpandukan kepada satu laporan analisis yang sama pada sebuah saham.

Maka dengan tindakan itu, ia akan menyebabkan nilai sebuah saham itu meningkat tinggi daripada nilai intrinsiknya. Bagi analisis fundamental pula, pelbagai andaian akan dibuat dalam proses mengenal pasti nilai instrinsik sebuah saham. Disebabkan oleh pelbagai jangkaan yang dibuat oleh penganalisis, maka ia akan memberi keputusan yang tidak sama.

Walaupun mereka memperolehi nilai intrinsik yang hampir sama dengan nilai sebenar sebuah syarikat itu, tidak jelas berapa lama masa yang diperlukan oleh harga saham untuk mencapai nilai terbabit.Walau bagaimanapun, kedua-dua cara analisis ini telah banyak digunakan dalam menilai sebuah saham. Kedua-duanya mempunyai kekuatan dan kekurangannya tersendiri.

Akhirnya sebagai pelabur, kita perlulah memahami kedua-dua analisis ini dan memadankannya dengan prinsip pelaburan kita.

Leave a Reply