Pelabur Saham Muslim Bursa Malaysia

Akaun CDS dan Trading di Bursa Malaysia

AKAUN CDS DAN TRADING DI BURSA MALAYSIA

Sebelum sesuatu transaksi pembelian dan penjualan saham dibuat di Bursa Malaysia, adalah penting untuk seseorang pelabur itu mempunyai akaun Cash Depository System (CDS) dan akaun Trading.

Dengan bayaran RM10.00, pelabur boleh pergi ke mana-mana syarikat broker bagi tujuan membuka akaun CDS dan akaun Trading. Antara contoh syarikat broker yang ada di Malaysia adalah seperti Maybank Investment Bank, Cimb Investment Bank, Kenangan Investment Bank dan lain-lain lagi.

Antara syarat-syarat kelayakan bagi membuka akaun di atas adalah seperti berikut:

1. Seseorang individu tersebut mestilah berumur 18 tahun ke atas.
2. Seseorang itu mestilah tidak bankrup atau muflis.

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan penyata akaun bank
3. Slip Gaji
* bergantung kepada syarikat broker masing-masing

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk membuka akaun CDS dan Trading adalah seperti berikut:

1. Isikan Kad Spesimen Bursa Malaysia Depository dalam 2 salinan;
2. Isikan Borang CDS dengan lengkap;
3. Isikan Borang E Dividen dengan lengkap; dan
4. Isikan Borang Akaun Trading dengan lengkap.

Sebagai tambahan, terdapat dua jenis CDS akaun iaitu cash akaun atau non-margin akaun.

Non-margin account juga dikenali sebagai akaun kontra di mana pembelian saham dapat dibuat walaupun pelabur tidak mempunyai cash di dalam akaun. Akaun ini membolehkan pelabur menggunakan duit bank terlebih dahulu untuk membeli saham. Walaubagaimanapun, pelabur adalah dinasihati bahawa ia adalah berisiko tinggi berbanding cash akaun.

Cash account pula adalah accoun di mana pelabur hanya boleh membeli saham maksimum sebanyak jumlah duit yang ada dalam akaun.

*Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pembukaan akaun cds dan trading ini, pelabur adalah dinasihati untuk bertanya secara terus dengan pegawai syarikat broker tersebut.

Leave a Reply