Muqaddimah

  • Selamat Datang ke DON TRADER

  • Assalamualaikum WBT

    Website ini adalah hanya untuk pelabur-pelabur yang berminat untuk melabur di Bursa Malaysia. Seperti yang semua maklumi, group ini mengenakan bayaran yuran secara bulanan sebagai komitmen atas segala sumbangan ilmu-ilmu pasaran dan panduan urusniaga yang dikongsikan di sini. Kami hanya menerima bayaran untuk pakej keahlian yang ditawarkan seperti yang disenaraikan di bawah.

    Akses Penuh
    Langganan bulanan terbuka kepada Muslim sahaja.
    • Akses penuh ke website dontrader.net
    • Akses ke Telegram Channel DON TRADER
    • Akses ke Group Tertutup Facebook DON TRADER
    • Pakej yang berpatutan
    Sebarang pertanyaan sila ke Facebook Page DON TRADER
    ScriptX
    Seminar Analisa Saham ScriptX
    • Jadual Seminar
    • Terbuka kepada MUSLIM sahaja
    • Yuran Seminar :
      RM 786 – Kali Pertama Sertai Seminar ScriptX
      RM 150 – Recharge (Mengulang sehingga HADAM dan MAHIR)
      RM 650 – Pelajar (With VALID Student Card)
        Hanya pelajar Diploma atau Degree berumur 22 tahun ke bawah)
      Harga Istimewa jika datang bersama (rujuk Admin)

      Klik sini untuk Maklumat lanjut & Pendaftaran. Sebarang pertanyaan sila ke Facebook Page DON TRADER

    Semua bayaran hanyalah atas tujuan keahlian dan sebarang transaksi yang melibatkan pelaburan bagi pihak ahli tidak diterima sama sekali. Sebarang bayaran yang telah dibuatkan kepada DON TRADER berdasarkan pakej di atas dan tidak akan menerima bayaran balik (atau refund).

    Buat masa ini fasa-fasa pembangunan group sedang giat dilakukan, terutamanya untuk menjadikan Website sebagai hub atau base utama group dan Facebook sebagai interface (muka depan). Ini bertujuan bagi menaik taraf kaedah pengurusan yang lebih baik dan mudah dikemaskini dalam mewujudkan persekitaran keadaan yang lebih tersusun dalam mencapai matlamat prestasi group. Sama ada dari segi prestasi pengurusan, penerapan keilmuan dan juga prestasi panduan urusniaga. Keberadaan group secara tersusun dan berhemah sangat perlu bagi meletakkan setiap admin yang bertugas dan para ahli dalam keadaan pengkhususan tanggungjawab masing-masing. Dengan sedemikian tumpuan pada perkara-perkara utama dapat ditingkatkan. Kaedah pelaksanaan baru sedang dijalankan. Pengisian DON TRADER sedang di susun semula. DT-PSMBM/PSBM juga sedang di susun bagi memberi kesan yang lebih efektif kepada pengisian-pengisian yang dibuat demi kepentingan warga ahli dan pelabur sekelian. Kami membawa pengisian kepada 3 segmen iaitu:

    • Keilmuan dan latihan kemahiran (live guide)
    • Panduan Urusniaga Pegang dan Singkat dan kemas kini berkaitan dengannya
    • Pengkongsian info-info pasaran seperti Signal Sentiment dan Trend Semasa

    Untuk masa ke depan, adalah kaedah pengisian dan pelaksanaan adalah seperti berikut:

    • Website akan dijadikan pangkalan data sepenuhnya bagi semua kaedah pelaksanaan.
    • Group FB DON TRADER dijadikan muka depan bagi website untuk kemaskini semasa pengisian.
    • Page ini diberikan keutamaan untuk kemaskini semasa pengisian keilmuan, rekod panduan urusniaga dan info pasaran dan trend semasa.
    • Group FB Pelabur Saham Muslim Bursa Malaysia(PSMBM) dan Pelabur Saham Bursa Malaysia(PSBM) akan dikhususkan kepada pengisian yang bersifat UMUM. Bagi menjaga keberadaan grup dan memberi ruang kepada warga ahli membuat perbincangan keilmuan dan yang berkaitan pasaran. Hanya link-link kemaskini sahaja akan dimuatkan di sana.

    Kami ucapkan ribuan terima kasih dan selamat datang kepada ahli-ahli baru yang berminat untuk menyertai DON TRADER dan juga setinggi perhargaan buat ahli-ahli yang sentiasa bersama kami dengan meneruskan berada di dalam grup.

    Seterusnya, untuk kemudahan akses di website ini, kami membahagikan kepada 4 halaman utama iaitu:

    Anda juga digalakkan membaca Terms & Regulations forum di sini. Sekiranya anda mempunyai apa-apa komen, cadangan ataupun aduan, sila hubungi kami terus di sini.

    Adakah 'Login or Register' berfungsi serentak?
    Ya, ia dwi-fungsi di mana ia berfungsi sebagai butang facebook untuk login mahupun pendaftaran dalam masa yang sama jika anda belum lagi mendaftar di website ini.
    Kenapa perlu bayar melalui ipay88?

    Sistem pembayaran keahlian DON TRADER telah dinaiktaraf dengan mengunakan sistem ipay88. Kami mengharapkan ahli tidak teragak-agak untuk menggunakan sistem pembayaran ipay88 kerana ianya secure (selamat), tiada intercept data (connection) sewaktu pembayaran online kerana ipay88 menggunakan SSL (https) di page mereka sebagaimana transaksi di website online bank. Dengan menggunakan kaedah pembayaran melalui ipay88, pendaftaran dan akses keahlian akan diaktifkan dengan serta merta (instantly activated) dan rekod tempoh keahlian akan dikemaskini terus ke dalam database. Selepas pembayaran dilakukan, anda akan terus menerima:- 1. Notis pemberitahuan yang mengatakan anda berjaya mendaftar keahlian. 2. Tarikh bermula dan luput (expired). 3. ID / Username ahli akan di notiskan melalui email. Kami berharap ahli akan memanfaatkan kaedah pembayaran melalui sistem ipay88 ini. Bagi pihak crew dontrader, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih kerana menyokong usaha kami. Untuk memudahkan pemahaman ahli DT, boleh rujuk tutorial Kaedah Pendaftaran dan Pembayaran.

    Anda akan di beri notis email sebanyak 3 kali iaitu 1 hari, 2 hari dan seminggu sebelum tempoh langganan anda tamat.

    Bagaimanakah untuk saya kemaskini profile saya?
    Anda boleh pergi ke link ini untuk kemaskini profile anda.
  • Hubungi Kami


    Sila ajukan sebarang soalan di sini dan insyallah kami akan cuba untuk membalas respon anda secepat mungkin, terima kasih.

    Forum DON TRADER


    Halaman forum DONTRADER hanya dibuka akses penuh kepada ahli berbayar sahaja, harap maklum. Untuk layari forum, sila ke sini.

    Penerangan


    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Pengisian keilmuan, latihan kemahiran pelaburan dan urusniaga serta kemas kini semasa akan di lakukan di dalam ini dan di wall FB DON TRADER (beryuran). Panduan Urusniaga yang telah mencapai TP1 dan TP2 akan di pindahkan ke ruangan ini dan ia akan di kongsikan link ke page ini, Grup FB PSMBM dan PSBM secara percuma.

    Group FB DON TRADER dikhususkan kepada Panduan Urusniaga Singkat(T+8). Kemaskini semasa akan dibuat di wall FB DON TRADER(beryuran). Setelah ia tamat tempoh, rekod panduan ini diletakan di sini. Kemudian link akan dikongsikan ke page ini, Grup FB PSMBM dan PSBM secara percuma.

    Harap maklum dan terima kasih, Don Trader.

Pengetahuan Umum

01. Bagaimanakah untuk saya melanggan ahli berbayar DONTRADER forum dan grup facebook?

Mudah, hanya ikuti semua langkah-langkah yang diberikan di sini.


02. Bagaimanakah untuk saya mendaftar di forum DON TRADER?

Anda hanya perlu klik dan daftar menggunakan facebook akaun anda di sini.


03. Bagaimanakah untuk saya melihat isi kandungan umum/percuma?

Semua isi kandungan umum terletak di PSMBM, PSBM, dan Umum.


04. Apakah maksud ruangan percuma dan berbayar?

Website ini mempunyai 2 ruangan yang berlainan untuk isi kandungan seperti dihuraikan di bawah: 1) Ruangan umum (Untuk ahli tidak berbayar dan juga untuk ahli berbayar) 2) Ruangan berbayar (Hanya terhad kepada ahli berbayar)